Mi Sup Ekspress

Minggu lepas ammi mula berpuasa ganti.  Banyak hari sebenarnya ammi perlu ganti puasa gara-gara period yang tak menentu ni sejak awal tahun.  Sebab dah diberi suntikan minggu sebelumnya jadi kita yakinlah sikit nak puasa.

Tahun ni puasa 6 pun ammi tak buat sebab tak sempat nak buat.  Puasa sunat bulan Zulhijjah, puasa Tarwiyah, puasa Arafah semua tak dapat buat.  Semoga adalah rezeki ammi nak buat tahun hadapan sekiranya masih dipanjangkan usia.

Biasanya balik kerja memang abah dah siapkan lauk atas meja.  Bini yang lemak terlebih ni tinggal basuh tangan dan makan je.  Tapi hari Rabu tu, abah ada kerja di luar.  Tak sempat nak masak sebab memang lepas jemput je Alip dari sekolah abah tinggalkan dia dirumah bersama lunch yang juga ditapau dan terus je ke lokasi.  Pesanlah berkoyan supaya dia tak keluar bermain waktu abah ammi takde kat rumah.  Yelah risaukan kalau jadi apa-apa. 

Turun je bus, ammi macam teragak-agak nak tapau or masak.  Hmmm kita decide masak jelah dalam dalam otak fikir nak buat mee segara tumis je.  Order grabcar cecepat dan masa dalam kereta tu terfikir pulak untuk buat mi sup.  Sampai rumah dah pukul 7.10pm.  Its ok...buka dulu dengan air pun tak jadi masalah.

Kita masaklah selaju yang mungkin.  Mujur ada beli shabuyaki cut beef jadi senanglah nak masak.  Kita basuh-basuh potong sikit tumis je biar dia masak sekali dengan bawang.  Kata nak cepatkan.

Alip siapkan air nescafe o ammi.  Dia dah tau dah sukatan nescafe untuk ammi.  Ammi lain abah lain.  


Tadaaaa...7.25pm siaplah mi sup ikut suka untuk Ammi dan Alip.  


Masa dalam kuali lain pulak rupanya...dah masuk mangkuk jadi clean & clear je supnya.

Ammi guna mi telur.  Lupa baca instruction...perlu dicelur dulu ke, masuk terus ke dalam hidangan.  Tapi ni ammi masaklah air dan rebus asing then baru masukkan dalam kuah sup yang dah mendidih.  Sekali bila dah masuk mulut ehhh tawarlah pulak.  Baru teringat dalam terkocoh-kocoh tu ammi cuma letak cube ayam je...ammi lupa letak garam.  Ahakss.  

Tapi its ok...kita buat dia.  Kita tabur je garam halus sikit-sikit dalam mangkuk yang kita makan ni.

Post a Comment

5 Comments

  1. Hari tu akak beli dging pejal kat ST Rosyam..mintak buat shabu2 cut nipis2 tu...masukkan dalam maggi kari..sedap uolls...tapi sebab masak dah tengah malam..masa tu tgok Netflix citer hantu..lupa amik gambar..nanti nak buat perangai lagi la..tapi lepas 15/8..HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. saya pun puasa hari ni bila tengok mi sup ekspress ammi tertelan2 liur..lambat lagi nak tunggu petang,ni belum lagi jalan2 rumah blogger lain

    ReplyDelete
  3. mantop mi sup express tu..ada shabuyaki beef tu sedap

    ReplyDelete
  4. Nampak gaya mmg kena masak mee jugalah malam nanti, telioq tengok 😋
    Kalau masak unplanned gini, cepat je siapnya kan

    ReplyDelete