Makan malam di Man Taiping Yong Tau Foo Seremban

Dah beberapa bulan juga tiap kali balik kerja kalau ammi layan TikTok ammi nampak owner kedai ni buat live di TT dan live dia FYP.  Ammi ni kan memang suka makan Yong Tau Foo jadi macam menggelitis je tekak dan perut nak merasa.

Dua kali juga kami pergi tapi kedai tu full house.  Siap kena beratur lagi.  Hmmm kalau dah kena beratur memang tak kuasalah ammi nak beratur.  Jadi kita makan je di kedai lain.

So, ada sekali tu di pertengahan bulan (kita bajet ramai orang dah kehabisan gaji) ahaks... dan kita pun pergilah.  Alhamdulillah.  Betullah tu ramai yang dah mula bersukat makan gamaknya.  Ishhhh tak baik betul seketul perempuan ini.


Yeayyy akhirnya dapat juga merasa makan di Man Taiping Yong Tau Foo yang terletak di Senawang.  Ada juga cawangan barunya berhampiran Seremban Palm Mall.

Itupun kita suruh KakChik yang memang tinggal di Senawang pergi dulu.  Kita gerak dari rumah lepas solat Maghrib.


Kak Chik ada 5 orang anak.  Tapi dak Emy sekarang ni kategori "anak tunggul" dalam rumah sebab dia sorang je masih berkepit dan ibu ayah.  Dak Emy ni jenis ada je tempat baru confirm nanti dia cakap "mandak, kat situ ada kedai baru...nak gi tak?".


Ni je gambar yang ammi ambil sebab ramai juga orang yang nak memilih.  Kita jadi segan pulak nak berdiri kat situ sibuk pegang fon.


Tujuan asal memang nak makan YTF, tapi tiba-tiba terorder mi kari kerang pulak.  Sedap mi kari dia.  Kerang dia comel-comel je.  Gigih betul orang yang kopek kerang ni.  Good job kerana anda sangat sabar.


Okay... ini je yang kami pilih.  Besar betul senduk dia macam tak sesuai je dengan size mangkuk.  Yang bergoreng itu adalah terung sumbat isi ikan.  Ammi tercari juga peria sumbat tapi tak ada rupanya dikedai ini.  Tapi ammi dah proposelah pada owner kedai masa dia buat live.  Mudah-mudahan dia take notelah sebab peria walaupun pahit ada peminatnya sendiri.


Didatangkan dengan dua jenis sos.  Sos manis yang ada kacang tu, dan sos pedas.  Ammi ingat pedas biasa je...ehhh boleh tahan pedas juga sos tu.  Ngam!



Alip ambil chicken chop.


Dak Emy walaupun ibu dia dah ambil semangkuk YTF, dia tetap nak makan nasi lemak juga sebab dia kata geram dengan ayam gorengnya.

Boleh ke nak repeat?  Boleh je kalau di tekak ammi.  Tapi kalau suruh ammi pilih kedai Yong Tau Foo mana yang paling jadi pilihan di Seremban, ammi akan pilih Yong Tau Foo Kak Yam di dalam Seremban Centre Point sebab dia ada cili kisar yang bila ko campur dalam sup tu hilang semua resdung ko.  Ahaks.

11 comments

  1. Selain yong tau foo, mee kari dan ayam goreng tu nampak sangat menggoda ammi oi

    ReplyDelete
  2. mee kari tu nampak sedap...

    ReplyDelete
  3. Iyolaaa....sendok @ sudu tu saiz besar, bak kata lebih sudu dari kuah hahaha.

    ReplyDelete
  4. Akak pun sama..3 kali pi senawang ni nak mencoba...tengah viral...memang x dapek la de nak beratur..yang cawangan depan Palm Mall tu x singgah lagi..nanti la..tunggu dah suam- suam skit viralnya tu...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya yong tau fu, lama tak makan. Chicken chop pula nampak simple. Tang sudu tu besooo betul, haha. 2,3 cedok kuah habis dah.

    ReplyDelete
  6. Macam-macam dijualnya selain dari YTF.
    Sedap ar kalau mee kari ada kerang.

    ReplyDelete
  7. Mi kari kerang di kedai Man Taiping ini nampak sangat menggoda, gabungan sos pedas yang padu memang menambat selera.

    ReplyDelete
  8. Okay baik, senang kalau teringin makan YTF boleh cari kat blog Ammi je. Yang kat Seremban Centre Point tu nak cuba tak pergi² lagi.

    ReplyDelete
  9. Nak pergi tempat viral famous ni mmg kena pergi tgh bulan huhu.. kalau tak nak beratur panjang :D

    ReplyDelete