Semalam Selangor cuti dan ammi pun memang bermalasan sepanjang hari di rumah. Pastu gedik pulak tetiba nak tukar warna blog. Tu yang tukar dari hijau kepada purple pastu rasa macam kelakar. Biarlah purple ni buat appearance jap sebab ammi pun kan product dari universiti purple. Tiberrr
Tengok dalam photo gallery ada gambar yang ammi belum share lagi. Tak penting pun tapi dah alang-alang ko tak de benda nak share, ko letak jelah sekeping dua buat ghaso-ghaso.
Hari Sabtu kami sampai Seremban sekitar waktu maghrib. Belum masuk kariah sendiri bolehlah kita jamak lagi. Lepas solat jomlah cari makan. Ammi ni tak ada lah lapar sangat tapi kalau tak makan karang lapar pulak tengah malam.
Kita ke alahaiii tiba-tiba lupa pulak nama mall sebelah sekolah Alip ni.
Sebab tak dapat makan Yong Tau Foo yang katanya paling sedap di Segamat, kita makan jelah YTF di sini. Sini pun katanya yang paling sedap di Seremban. Dah makan 2 kali dan memang bolehlah layan.
Mangkuk abah ammi. Kitorang share je.
Yang dah beruban tu imam ammi dan disebelah tu bakal imam siapa ntah.
Khilfi bukan peminat tauhu jadi dia awal-awal dah order nasi goreng kampung. Sedap dan pedas.
Yang paling bongsu mana boleh nampak perkataan AYAM PENYET. Dia terus je order menu ni padahal tadi dalam kereta di kata dia tak lapar. Pastu, dia makan sikit, bangun terus gi basuh tangan buat muka tak bersalah. Helooooooo, ingat harga makanan ni 20sen ke? Dah tak memasal imam ammi kena habiskan. Aishhhhh lemak budak-budak sekarang ye. Dorang tak rasa lagi apa itu ertinya "tak cukup duit". Dorang tau duit tu adaaaaa je.
Sampai rumah, mandi-mandi dah jomlah bobom. Sekarang ni jalan jauh sikit penat macam hapa ntah. Padahal duduk je dalam kereta. Bukan kena tolak pun kereta tu.
Hari Ahad patutnya ammi pun hantar sekali Khilfi balik asrama. Tapi lepas sarapan pagi tu (abah beli roti canai) eh meragam pulak perut ammi. Dari pukul 9 ke pukul 12 tu entah berapa kali ammi keluar masuk toilet. Orang lain makan roti canai gak...ok je perut dorang.
Sudahnya ammi tak ikutlah hantar Khilfi. Duduk jelah keluar masuk toilet.
Abah belum stock up lauk pun dalam fridge. Jadi ammi masak jelah apa yang mudah untuk cover balik apa yang dibuang tu. Perut meragam tapi tangan tu tetap juga nak ambil cili padi dan ketuk masa menumis tu. Memang sejenis tak serik kan?
Harini Jumaat, dan hari Rabu haritu boss cakap "you don't have to come on Friday Shila, see you on Monday". So, kita standby je on laptop pastu type entry ni.
0 Comments