Ammi kalau kat office ni tak pernah lagi turun ke bawah dan beli makanan. Its either ko beli siap-siap di mana-mana stesen LRT, ko order dari grab atau bawa dari rumah. Ammi tak yakin dengan status halal di restoran-restoran bawah office ammi ni.
Ammi dah lama tak buat intermittent fasting. Berat pun dah jauh tersasar dari target. Ada masa ammi makan berat, ada masa ammi makan sekadar nak isi perut je.
Ini kisah Khamis minggu lepas. Adik despatch datang bersama bungkusan ditangan. Nampak je plastik kuning tu ammi macam cakap dalam hati "alamak kena makan nasi ke, baru plan nak order Subway"...tapi dah dia memberi kita makanlah juga sampai habis.
.png)
Tu dia...nasi kandaq, ada sayuq kobis, ada ayam goreng, ada peria goreng. Kenyang.
Hari Isnin ammi bawa bekal dari rumah. Telur rebus 3 biji bersama ubi kentang & sosej rebus. Ok, tang sosej tu memang tak sihat tapi terlupa pulak nak defrost ayam. Sosej je lah paling senang.
Hari Selasa, ko sarapan pagi macam nak pergi ke bendang. Harga RM5 je. Ammi ambil basic nasi ambeng, dan memang sampai ke petang waktu sampai rumah pun ammi masih kenyang sebab banyak minum air masak kot kat office.
Hari Rabu turun bus di Central Market ammi takdelah rasa lapar ke apa tapi ammi belilah 2 ketul kuih ni. Seketul 70sen je. Ha besarkan size kuih ni. Ammi nak tanya ngan acik tu nama kuih ni tapi acik tu sibuk betul sebab memang sentiasa full la kedai dia. Pukul 10.30 masa dah terasa lapar barulah ammi makan kuih ni.
Ingatkan bolehlah kenyang sampai ke petang tapi lebih kurang pukul 2 lebih rasa lapar teruklah pulak. Malaslah pulak nak order grab.
.png)
Pagi Khamis tak rasa lapar pun sebenarnya tapi mulut ko gatal nak mengunyah. Selalu buat black coffee with no sugar tapi pagi ni ammi bancuh 1 sachet White Coffee Aik Cheong ni. Haritu masa gi Eco shop ternampak yang pack kecil ni beli jelah buat ghaso-ghaso.
Roma Sour Cream & Onion Crackers ni sedaplah di tekak ammi. Dia ada masam, masin yang sedaplah kalau nak dibandingkan dengan Sour Cream Cracker jenama Julie. Eh tercompare jenama pulak ye...ahaks.
Untuk lunch, ammi bawa telur hancur bersama udang + kobis hiris nipis + carrot. Buat pedas-pedas sikit letak chili flakes. Pedas tau chili flakes ni...ammi rasa dia guna cili kering yang super pedas tu kot.
Jumaat ni ammi kerja sebab boss sibuk uruskan kelahiran triplets dia. Sarapan ammi cuma minum satu mug black coffee without sugar yang ko gatal capai frother dan buat sampai dia foamy gitu. Bermisai terus mulut lepas minum.
Sebab lapar, sebelum jam 12 ammi dah reheat bekal. Ammi bakar ayam je semalam dalam air fryer pastu pagi tadi ammi rebus sikit brokoli & cauliflower dengan garam. Sos kewpie pun ammi siap kocak2 dengan air panas sbb dia sikit sangat dan taknak pulak dia turun. Ada sekali tu ammi rebus sayur lupa letak garam...pastu terkulat2 ko nak kunyah sebab tasteless.
Sekianlah apa yang saya makan sepanjang seminggu di pejabat.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Terima Kasih atas perkongsiannya. Oh! kerja kat jalan harapan. Seksyen 14 kan kat situ? Gomen yek!
ReplyDeleteFuhh nasi kandaq dan nasi ambeng tu jenuh nak habiskan. Baik betul adik despatch tu ye. Senang Ammi masak ringkas-ringkas je untuk bekal. Janji kenyang dan sihat. Mana yang kurang sihat tu kira buat-buat tak nampak lah kan. Buat selalu cheat day gitu.
ReplyDeletebyk jugak menu sihat ni yg ammi amalkan. boleh reduce weight tu insya Allah
ReplyDeleteSaddam ni kalau kat KL kemain panjang Q nya... x tau la sedap ke idok sbb kita x makan sgt nasi kandaq 😅
ReplyDeletesama lah, saya pon dah lama tak turun cafe bawah opis untuk beli makanan. dah jemu sebenarnya, setiap hari mcm masakan yang sama jer.. saya selalunya order online sahaja
ReplyDeleteMeriah betul variasi menu bekal & sarapan Ammi seminggu di pejabat! Paling kelakar bab minum 'black coffee foamy' sampai bermisai tu.
ReplyDeleteMakanannya hari2 berbeza. Baguslah tak bosan camtu. Fuh boss dapat triplet? Tahniah kat boss!
ReplyDeleteJimat cermat tu Ammi..alhamdulillah , terjaga makan minum..kita mahu makan yang kita yakin kehalalannya kan..
ReplyDeleteUwaaaah dpt triplets 😅😅. Congrats lah utk bos. Dah terbayang saya mengurusnya nanti, 😅.
ReplyDeleteLihat nasi kandar, memang lah saya tak sabar rasanya menunggu Desember 🤣. Bakal lama di Malaysia , 2 mingguan. Nak puas2 makan nasi kandar, nasi lemak, etc.
Diet banyak2 jalan jelah dekat KLCC 🤣🤣.
Kue itu macam risol kalau dari bentuknya kak. Favorit saya. Tp suka kalau isinya ragout ayam. Kalau di sini Macam2 isian soalnya.
Alhamdulillah.. sempat juga sediakan bekal ke pejabat. Saya asal lunch balik rumah sebab jarak rumah dhn opis dalam 10 km je tapi kena lalu 4 trafik light
ReplyDeletenasi kandar saddam pernh mkn tp takeaway la sbb dgr kalo kt restoran pjg beratur..tk pernh mkn nasi ambeng
ReplyDeleteWahhh Ammi bila bawa bekal dari rumah memang eat clean ye💪💪💪Tapi nasi kandar itu menggoda sungguh
ReplyDelete