Kami di hari Ahad

Ada satu pagi Ahad tu lepas sarapan abah cakap "harini buat ayam bakar je boleh tak?"... Benda senang mestilah boleh.  Requestnya beriya tapi dah pukul 11 pagi orang yang request tak keluar gi pasar.  

Gitulah bila dah layan candy crushnya...lupa terus bini duduk kat sebelah pun.  Abah balik je dari pasar ammi terus jelah perap ayam tu dengan bawang putih, halia dan serai tumbuk pastu letak sos tiram, minyak dan garam dan serbuk ayam sikit.  

Masukkan dalam air fryer pastu masaklah pada suhu 180° selama 20 minit.  Selesai 20 minit tu, terbalikkan ayam tu dan bakar lagi 10-15 minit.  


Alhamdulillah, sedap dan terasalah pedas-pedas halia tu.  Kat dalam fridge ada baki sambal nasi ayam haritu, ammi keluarkan je.  Bolehlah buat cicah-cicah.  

Dah alang-alang lambat siap masak sebab tukang gi pasar lambat pergi, lepas masak ammi mandi solat zohor semua barulah kita makan.

Ammi ada juga buat sup kaki ayam campur kacang tanah, tapi lupa pulak nak snap gambar.  


abah ada beli lettuce dan kobis.  Kita basuh dah belah-belah jelah gitu bersama baki timun dari beberapa minggu sudah.


Sayur tu kita makan dengan kuah pecal pemberian Fanny.  Ammi simpan pes ni di freezer sebab taklah kerap sangat ammi buat pecal.  Risau kalau letak belah bawah nanti rosak pulak. Lupa pulak nak keluarkan awal.  Lepas dah curah air panas jenuh juga nak lembutkan dia.  Takpe, kita masukkan dia dalam microwave.

Selesai makan memang layulah mata tu kan.  Kita layanlah mata ni jap.  Lepas je solat Asar ajak abah keluar mencari krim muka untuk Alip.  Pastu masa scroll TikTok ada orang kata 2 jenis perkara ni iaitu Nivea Creme dan Brighty Exfoliating Toner elok untuk membersihkan kulit.  Nak buang kerak-kerak celah kelangkang, celah ketiak, celah pelipat lutut bagai.  


Ahhhhhh saya teracun disitu.  Ammi ni selalu je kena bersihkan ketiak Alip tu sebab macam mana ntah dia ni mandi.  Mandi bukan sekejap-sekejap ye dia ni...selagi kita tak panggil dia suruh keluar memanglah berlama-lama dia kat dalam tu, tapi celah tiak, belakang tengkuk tu berdaki.  

Selesai membeli di Watson abah ajak gi minum petang.  


Kami ke Kafe Moghun yang terletak dekat-dekat dengan rumah ammi.  Ammi pun tak expect dalam kawasan ni boleh ada cafe sebab dia macam kampung je kat bawah ni.  And itu first time ammi masuk kawasan itu.

Jalan Temiang Jaya tulisnya...hmmm rasa lokasi sebenar di Kampung Merbah.  Ontahlah.


Ammi order kopi koghuh (share ngan abah) dan Alip order Strawberry Soda.  Air dia rasa macam air kopi karim Dua Darjat tu.



Masa order tu Alip request juga loaded fries.  Tapi tengoklah tu.. air sampai pukul 6.30petang.  Fries sampai pukul 6.50 petang.  Lama betul penyediaannya.  

Malam tu kitorang dinner kat rumah ratah-ratah ayam bakar tu je.  Macam dah tak lalu nak makan nasi sebab baru lepas minum petang tu kan.  

Begitulah hari Ahad kami 19/7/2026.  Dah 2 minggu ammi train Alip iron baju sekolahnya sendiri.  Manalah tau ada rezeki dia nak masuk asrama juga tahun depan.  

Ammi dah isi borang kemasukan sekolah khusus tu.  Pilihan sekolah pun ammi isi je ikut pilihan yang Alip nak.  Sama macam anak no. 1 dan no. 2, ammi terangkan dan silalah buat pilihan.  

Psst...pagi ni kalau tiada aral dan lancar segalanya boss ammi akan menimang 3 orang baby sekaligus.  Semoga pembedahan isterinya berjalan lancar.

4 comments

  1. ada air fryer mmg senang nak baut ayam bakar huhu.. benda simple kenapa tidak..
    Kafe Moghun lokasi mcm dgn rumah makcik .. boleh la terjah kalau ke sana lagi..

    ReplyDelete
  2. Kita ammi kalau tak mampu nak menahan godaan TikTok ni bahaya...tahu-tahu je sampai dkt rumah hahaha..mcm nieyl skrg ni tak boleh tgk G2G..habis di borongnya walaupun byk lagi hahaha..ampun..

    ReplyDelete
  3. Santai betul aktiviti hari Ahad, ayam bakar air fryer tu nampak sangat membakar selera! Bagus jugak latih anak gosok baju sendiri, persiapan awal yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Ahad akak diserang sakit mata kan...so takde kemana rasanya..ada je lepak kat rumah...macam pernah nampak la cafe Moghun tu...nanti la nak explore...benda macam ni elok ada Dania

    ReplyDelete