Terima email dari Fanny penghujung Oktober minta ammi berikan alamat untuk dia post barang. Eh tiba-tiba ammi jadi segan.
Hari Selasa ammi dapat notification WhatsApp dari postman. Dia dah tinggalkan parcel tu di lobi office. Bila ammi turun ambil, walawehhhh beratnya. 1.72kg beratnya. Fannyyyyyyy, kenapa kamu begini?
Hari Khamis malam baru ammi sempat buka parcelnya.
Comel kotaknya. Sesuai betul dengan warna tema blog ammi.
Bila dibuka. Ya Allah, banyak betul barangnya.
Ada 4 jenis sambal keluaran Indoculinaire. Ada sambal korek, sambal udang hebi, sambal bawang. Ammi dah cuba sambal udang tu. Perghhh mantap pedas dia. Bon Cabe flakes tu pun bukan kaleng-kaleng korang.. level 50 terus dia bagi.
Ada minyak aromatik juga. Boleh feeling-feeling macam baby kalau pakai ni.
Ada embroidery bag. Bag ni warna dark brown tapi dalam gambar ni nampak macam black. Begitulah kalau kamera berada di tangan yang salah. Anak-anak buah (tak kisahlah belah abah or belah ammi) selalu pinjam phone ammi sebab katanya camera phone ammi cantik. Tapi bila tuannya sendiri yang snap gini jelah jadinya.
Lawa beg ni.. kalau perkara-perkara yang melibatkan needlework ni harganya mesti tak murah. Thank you so much Fanny for your generosity.
Last but not least, ada set telekung travel daripada Guzel by Tisbo.
Fanny, terima kasih sangat-sangat atas kemurahan hati kamu ya. Pasti berat barang-barang ini kamu bawa dari seberang. Bukan hanya untuk ammi tapi untuk rakan-rakan blogger yang lain juga. Semoga Allah sahaja yang balas budi baik kamu ini.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)



0 Comments