Hari Khamis dan Jumaat lepas boss bagi ammi work from home sebab tak ada keperluan untuk ammi ke pejabat.
Bangun pagi alamak, internet pulak down. Tak memasal je masa nak buat kerja office tu ammi kena guna hotspot dari mobile data. Unifi biasanya kalau ada service interruption gitu dia akan hantar whatsapp untuk confirmation pastu nanti dia akan buat report dan hantar technician. Kalau ikut report tu katanya technician datang dalam pukul 4 petang gitu. Baiklah.
Lebih kurang pukul 10.30 pagi ammi mulalah masak sebab ammi tak sabar nak betulkan blog. Sebab kita WFH 2 hari jadi gatal tangan gi tukar template blog pastu huru hara sebab font bapakkan besar. Dari planet Mars pun boleh nampak. Ahaks.
Lepas je ammi letak santan dalam periuk eh ada pulak orang call. Aishhh ktia nak jaga santan tau. Rupanya budak technician tu kata dia boleh sampai lagi 5 minit. Ehhhhh, menggelupur pulak kita nak cari baju senonoh pastu pakai tudung bagai.
Ok mujur masalah bukan dari modem atau router dalam rumah. Masalah dari luar rumah. Contract ammi dengan Unifi dah habis jadi kalau masalah dalam rumah kita kenalah bayar sendiri.
.png)
.png)
.png)
.png)
Rajin betul eh awak tukar template...akak ni tak tukar2 lagi...x reti daku...sedap lauk tu semua..comfirm bertambah makan kan....hahahahaha
ReplyDeleteKalau godek template blog ni makan hari. Ada je tak okay. Bertabahlah Ammi siapkan. Saya pun masak ngam ngam je, nasi pun sikit je tanpa tambah-tambah. hihi..Bagus tiada pembaziran berlaku.
ReplyDeleteCantik ikan goreng tu Ammi.
ReplyDeleteBab template blog saya hentam keromo saja sebab tak ada yang tolong buat hihihii.
Gitulah kita kalau masak untuk anak beranak je, lauk, sayur memang ngam-ngam je
ReplyDeleteComel pulak ikan tu dikelar² gitu... macam pertama kali nampak. Biasa kelar selari je.
ReplyDeleteBoleh relate haha... Kadang tu elok je nak berehat dekat atas time tu la ada orang ting tong bell dekat pagar. Kadang sampai nak terjatuh tangga tau berlari turun. Belum masuk bab nak pakai tudung, cardigan semua 😂
ReplyDeleteNampak kemas dan bersih layout template ni.
ReplyDeleteMasak lemak cendawan tiram, tak pernah buat. Banyak juga tu, lauk dia. Time kita sibuk di dapur la, orang nak datang, ye.
ReplyDeletebiasa mkn cendawan goreng..ni cendawan masak lemak..syok WFH tu
ReplyDeletebentuk bekas tu sama macam (bekas) tupperware kat rumah sy ;-)
ReplyDeleteMenyelerakan menu Amie harini.. kembong berlado tu nampak sedap betul.. sebab Lin suka pedas-pedas..
ReplyDeleteBestlah WFH. Tempat saya sekarang tak ada istilah WFH.
ReplyDeleteUwaaaah kalau pedas memang pasti sedap lah 😄👍👍. Saya suka ikan, tp memang jaraaaaang sangat masak, sebab tak pandai buat. Apalagi kalau digoreng, memang nak pergi perang rasanya 😂😂.
ReplyDeleteSedapnya menu...Terliur...Oh..dah tukar template ek...Bagusnya..saya salu upah orang godek...tak Dan sendiri buat...huhu ..
ReplyDeleteTak boleh bayangkan kalau WFH tetiba internet problem. boleh nangis dibuatnya.
ReplyDeleteSedap ikan kembung berlado tu Ammi - menyelerakan kejadiannya.
saya tak berani nak godek blog sbb takut lari setting then jd stress. sedap nya ikan goreng tu!
ReplyDeletewahh ammi adjust template blog ni sendiri? cantik dan clean!
ReplyDeleteCantik pulak corak perut ikan tu....
ReplyDeleteTak penah tahu cendawan tiram boleh dibuat masak lemak. Nampak menarik juga. Boleh buat idea masak akan datang..
ReplyDeleteTemplet saya tak pernah tukar dari wujud nya blog ini hahahaa... Masak dirumah mmg seronok mkn puas dan jimat..
ReplyDeleteCantik kejadian ikan goreng tu sis =D
ReplyDelete