Hari Khamis dan Jumaat lepas boss bagi ammi work from home sebab tak ada keperluan untuk ammi ke pejabat.
Bangun pagi alamak, internet pulak down. Tak memasal je masa nak buat kerja office tu ammi kena guna hotspot dari mobile data. Unifi biasanya kalau ada service interruption gitu dia akan hantar whatsapp untuk confirmation pastu nanti dia akan buat report dan hantar technician. Kalau ikut report tu katanya technician datang dalam pukul 4 petang gitu. Baiklah.
Lebih kurang pukul 10.30 pagi ammi mulalah masak sebab ammi tak sabar nak betulkan blog. Sebab kita WFH 2 hari jadi gatal tangan gi tukar template blog pastu huru hara sebab font bapakkan besar. Dari planet Mars pun boleh nampak. Ahaks.
Lepas je ammi letak santan dalam periuk eh ada pulak orang call. Aishhh ktia nak jaga santan tau. Rupanya budak technician tu kata dia boleh sampai lagi 5 minit. Ehhhhh, menggelupur pulak kita nak cari baju senonoh pastu pakai tudung bagai.
Ok mujur masalah bukan dari modem atau router dalam rumah. Masalah dari luar rumah. Contract ammi dengan Unifi dah habis jadi kalau masalah dalam rumah kita kenalah bayar sendiri.
.png)
.png)
.png)
.png)
Rajin betul eh awak tukar template...akak ni tak tukar2 lagi...x reti daku...sedap lauk tu semua..comfirm bertambah makan kan....hahahahaha
ReplyDeleteKalau godek template blog ni makan hari. Ada je tak okay. Bertabahlah Ammi siapkan. Saya pun masak ngam ngam je, nasi pun sikit je tanpa tambah-tambah. hihi..Bagus tiada pembaziran berlaku.
ReplyDeleteCantik ikan goreng tu Ammi.
ReplyDeleteBab template blog saya hentam keromo saja sebab tak ada yang tolong buat hihihii.