Separuh hari di hari Jumaat

Hari Jumaat lepas sebab ammi WFH jadi ammi ambil peluang pergi ke Klinik Pergigian as suggested by doctor yang rawat masalah HBP ammi.  


Nak keluar rumah pun sekian punya cabaran sebab si Popia Nasuha taknak turun dari kereta.  Abah dah reverse pun dia tetap duduk kat situ buat muka comel minta kena penampar.  Lagi best masa abah dah reverse tu dia gi duduk bawah storage box tu.  Ko memang ehhhh...ammi cepuk karang.


Ammi cutikan je Alip sekolah sebab tak belajar pun ahaksss (ada sambutan hari guru).  Dia dok komplen geraham dia sakit je lately ni.  Jadi ammi bawa jelah sekali.  Kalau tak tu ntah bila nak bawakan.


Masa nak tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran pendaftaran, sempat weiii dia ajak ammi lawan chess dengan dia. 

Ammi ni since kerja tak pernah dah pergi klinik gigi kerajaan.  Ammi dok bayangkan bilik macam dulu-dulu.  Dalam satu bilik ada few kerusi.  Rupanya sekarang satu patient satu bilik.  Dah canggih.  Jadi terpaksalah suruh abah naik juga sebab bilik ammi dan alip lain-lain.  Karang sapa pulak nak temankan dia.

Masalah sakit alip tu cuma ada gigi geraham bongsu nak tumbuh kata doctor.  Yang lain giginya tak ada masalah.  Doctor kata "all sound" kata Alip.  

Masalah "electric shock" yang ammi selalu rasa pula bila doctor check satu persatu gigi, mungkin disebabkan oleh tampalan yang sedikit pecah di bahagian dalam.  Luar ok tapi belah dalam pecah.  Jadi doctor cuba fix semula tampalan tu dan kita tengoklah masih ada rasa "electric" tu atau tidak.  

Lepas ni nak buat appointment untuk scaling gigi la pulak.  Kalau korang nak dapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian kerajaan berhampiran, korang downloadlah semula apps MySejahtera tu pastu set je appointment kat situ.  Kita sendiri pilih, cawangan mana, tarikh, waktu bila.  


Selesai di klinik gigi kita singgahlah di hospital lain, melawat anak buah yang sorang ni pulak.  Kena slip disclah pulak dak cantik ni.  Cepat-cepat sembuh ye, nanti dapat panggilan masuk U satu hal pulak.



Selesai di situ, kami makanlah alas perut sebelum lelaki dalam rumah pergi solat Jumaat.  Gi makan cendol dan rojak di kedai favourite Alip.  Cendol kedai ni ammi approve tapi rojak dia tak masyukkk.

Budak tu muka gini sebab "brain freeze" katanya.  

Terbayang dulu-dulu kalau lepas tampal gigi seriau nak makan benda sejuk nanti mengilu teruk.  Dulukan tampalan macam yang warna silver tu.  Sekarang ammi try ok...tak ada langsung rasa mengilu.

Post a Comment

7 Comments

  1. sekarang tampal warna putih...kita pulak teruja tengok gigi anak...kita nie tak pernah tampal gigi...kikiki..anak2 semua gigi dah rongak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul…nak gelak besar pun tak malu ada warna lain kat gigikan

      Delete
  2. Iris pun call tadi balik sekolah, dpt surat gi dentist jugak.. cuti sekolah ni kena la bawa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap sgt prosesnya sbb agak efisyen jugaklah

      Delete
  3. Service kat Sikamat tu okay tak Ammi? Tak pernah pergi lagi. Dulu rajin ke klinik gigi Seremban tu. Senang walk in je.
    Sekarang tampal warna putih dah eh. Baguslah tu sewarna dengan gigi. Sempat lagi tu main chess.

    ReplyDelete
  4. Betuuul kak. Tambal gigi skr dan bagus. Tak macam dulu yg macam silver 😂. Kalo itu memang dah tak dipakai lagi kan. Gigi saya termasuk yg sensitif, kalo minum terlalu dingin pasti ngilu juga . Tp sejak ganti pasta gigi utk gigi sensitif, berkurang lah memang

    ReplyDelete
  5. Gigi kalau sakit memang tak boleh bawak bincang

    ReplyDelete