Khilfi lagi

Tak ada idea letak tajuk, kita belasah jelah camni.  Blog kita suka hati kitalah kan.

Jumaat lepas ammi kerja.  Abah pun ada 'job' juga di KL.

Disekolah Khilfi pulak ada mesyuarat PIBG tapi kami tak pergi.  Disebabkan abah dah tau dari awal ada job ni makanya kami pun belikanlah tiket bus sesiap untuk dia dua minggu sudah.  Minggu lepas adalah minggu pulang wajib.  

Tup-tup hari Rabu kami dimaklumkan bus ke Melaka Sentral tak dapat disediakan.  Alamakkkkk.  Camna ni?  Ammi pun deallah dengan mak-mak di group Temenggung (kami ada group khas untuk dorm anak) kot-kot ada yang lalu di Melaka Sentral.  Alhamdulillah ada sorang mak yang boleh drop off Khilfi ke Melaka Sentral lepas habis meeting.  Thank you Ira.


Antara mak-mak Temenggung yang hadir.  Yang baju hijau ni anaknya MC patah tangan sebab main rugby, tapi ammi salutelah kat dia sebab dia tetap datang meeting PIBG.  

Kejap tu ammi dapat video ni dengan (tp yg ammi letak ni ammi dah edit sikit) caption "sedap suara anak awak".. auwww.  Selain nasyid ada juga persembahan pancaragam dan apa satu lagi, lupa pulak ammi.


Masalahnya sejak bila dia boleh menyanyi ek?  Apsal ammi taktau.  Video ni panjang, tapi ammi ambil sampai part sebelum dia berqasidah.  Part qasidah tu ammi nak buat 2nd video.  Ahakss.  Saja nak meramaikan video.

Habis je meeting si Ira ni tak jumpa Khilfi.  Dah jadi satu hal pulak, rupanya ada miscom tunggu dimana rupanya antara Khilfi dan Putera (anak Ira).  Tapi mujur sekolahnya kecik je.  Senang nak jumpa.  Itupun suami Ira yang jumpa Khilfi.  Nasiblah dorang cam rupa anak ammi.  Ammi yg tak berapa nak cam rupa anak orang.  Aduhaii.


"Anak telah ditemui", katanya.  Aduiii melongot betul kamu ye anak.  Gi menyanyi je kot tadi bukan merentas desa pun.


Dalam kereta baru Khilfi tau yang kawan sebelah dia ni pun naik bus turun kat Seremban jugak.  Naik bus yang sama.  Budak Izzam ni awal-awal dah deal dengan Ira dengan pertanyaan "acik ada lalu Melaka Sentral harini?".. hebat kamu anak.  Kamu tau mcm mana nak hidup.  Ikut kata Ira, Izzam ni pernah tumpang dia sekali dulu, tu yang bila keadaan memaksa ni dia terpaksalah kot ringan mulut bertanya.

Alhamdulillah, Khilfi tak perlu tunggu abah lelama di terminal bus.  Kawan dia ni masih panjang lagi perjalanan sebab dia perlu naik bus ke Jelebu pulak.  

Post a Comment

9 Comments

  1. Alhamdulillah ada insan yang sudi membantu...hari ini mereka membantu kita...in shaa Allah akan datang kita pula yang membantu mereka

    ReplyDelete
  2. "melongot" tu apa yer sheila?

    ReplyDelete
  3. kalau anaknya tidak ditemui, mesti nangis2 maknye

    ReplyDelete
  4. lain dah rasenya khifli dari masa mula2 masuk MOZAC....

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mak² lain pun sedia membantu.
    Lepas ni ada geng la Khilfi balik naik bas

    ReplyDelete
  6. Sedap suara awak Khilfi...ni kalau nyanyi lagu jiwang pun sure sodap ni

    ReplyDelete
  7. Lelaki kalau bergambar mesti tunjuk good

    ReplyDelete
  8. bakat terpendam dak ni. cer ammi nyanyi, entah2 bakat terwarisi ammi.

    ReplyDelete
  9. Dah tinggi sangat nampaknya khilfi ya kak. Baguuus memang suara dia. 👍👍. Bisa makin diasah nanti. Tahu2 bisa jadi penyanyi nasyid terkenal ☺️.

    Baguslah kalo sesama orangtua di sana saling support seperti ini. Yalaah, kalo anak jauh, saling membantu kita satu sama lain dengan parents lain

    ReplyDelete