5 jam di Segamat

3/5/2025 adalah giliran outing untuk anak perempuan di sekolah Kyra.  Ammi memang sangat sibuk minggu tu tapi ammi gigih lupakan kejap kerja ammi yang banyak tu demi nak jumpa anak dara yang sorang ni.  

Last dia balik ke sekolah masa cuti selepas raya tu, 6/4/2025 lah kan?  Tapi kemudian dipertengahan April kami adalah ke Segamat bagi sokongan masa dia ada game bola jaring inter SBP.  Next kalau kami tak jumpa dia masa outing ni, 31/5 baru kami boleh jumpa dia semula.  Ehhhh macam lama sangat pulak.  Rindu betul ammi.  Dan ammi tau abah pun sama rindu sebab lepas Subuh bila ammi cakap "gi jumpa kakak jom"... abah terus je cakap "siaplah".  Ahaksss.

Tapi pukul 10 lebih baru kami keluar dari rumah sebab pagi tu Kyra ada kelas sampai pukul 1.  Baru ingat nak surprise tetiba waktu rehat dia call pulak.  Kita pecahkan jelah rahsia itu.  

Jemput dia di asrama, kami terus je makan tengahari dan lepas tu kita tujulah ke Bandar Segamat.  Kakak kata "kawan kakak kalau outing selalu pergi Segamat Sentral, kita gi sana boleh tak Abah?".  Aterrr kome ingat abahnya nak kata tak boleh ke?


Moh le kita ke Segamat Sentral.  Masih baru lagi mall ni rupanya.  
Yeayyyy, kami bersatu kembali.  Ammi tak bengkokkan kaki ke apa korang, memang itulah ketinggian ammi.  Hmmmmm...i redha.


Kami ke Watson, pastu ehhh si budak kecik ni pow ammi belikan dia chess pulak.  Oklah, sebab tak mahal makanya ammi onzz.  

Dah keluar dari Segamat Sentral baru perasan, sama pulak tema baju dua beradik ni.  Panas merelit cuaca di Segamat haritu.


Lepas tu kami ke Econsave berhampiran.  Mencari kudapan dia dalam bilik dan barang-barang keperluan lain.  Dah hampir penuh bakul tetiba dia nampak biskut kesukaan dan mulalah buat muka kesian camtu.

Selesai situ, kita pekena cendol pulak.  Cendol memang kesukaan kami sekeluarga.  Apa yang ammi suka ammi akan pastikan anak-anak suka, tapi apa yang anak-anak suka belum tentu jadi kesukaan ammi.


Kami ke Cendol Segar Amat (di sebelah Masjid India Muslim).  Dulu kami taktau kami pergi yang kat Taman Yayasan tu.  Samalah juga cendolnya cuma vibes tu lainlah kot bila ditempat asal dan dicawangan.


Boleh juga kalau nak minum cendol diseberang jalan.  Tapi takyahlah.  Ada ruang lagi dalam kedai tu, kita makan kat situ jelah.


Cendol pulut utk ammi dan Kyra, yang jagung untuk Alip dan yang ada cincau tu untuk abah.



Jam yang Kyra pakai ni sebenarnya jam ammi masa tahun ke-2 perkahwinan.  Jam hantaran kahwin entahlah cicir di rumah siapa jadi ammi beli jam baru.  Lepas ammi beli jam lain, kebetulan jam arwah mama rosak jadi ammi bagi jelah jam ni kat mama.  Lepas mama dah tak ada, masa kita agih-agihkan barang mama, along ngan adik lelaki ammi kata "ni jam angah, you take it back".  Lama juga ammi simpan dalam laci, tapi entah macam mana Kyra cakap "boleh ke kalau kakak nak pakai jam Muma?"... of course you can.  Ammi pergi repair sikit talinya, tukar bateri dan silakanlah pakai dengan cermat.  

Jangan kata jam, kain batik muma pun dia bawak pergi asrama.  Eloklah tu, none of us reti pakai kain batik (along, ammi, Alya).  Tup tup Kyra reti.  Itulah kelebihan bila duduk diasrama.



Tetengah makan cendol tu datang pulak idea dia ni lagi.  "Boleh tak agak-agak kalau Abah belanja kawan-kawan BADAR kakak yang gotong-royong kemas surau harini?  Ada 10 orang.  Beli air Tealive ke, pizza ke".  

Tealive mintaknya.  Kalau untuk sorang dua bolehlah, ni utk 10 orang.  Boleh botak rambut panjang abah tu karang nakkk oooooii.  Kita order pizza jelah ye.  



Order online dia website Dominos, 2 regular pizza cuma jadi RM32 kalau tak silap.  Ammi bagi juga duit untuk dia beli air botol di 7Eleven.  Oklah tu buat rasa-rasa ye nak.  Kami ada rezeki lebih nanti kita fikir lain.  Request mengejut camni, boleh terkejut juga wallet abah.

Alhamdulillah, dapat jumpa anak untuk 5 jam je pun dah cukup berharga.  

Belajar bersungguh ye anak ammi.  Ini tahun penentuan.  Ammi tau belajar itu tak mudah, begitulah juga tak mudahnya abah ammi besarkan anak-anak.  Kami belajar untuk korbankan apa yang kami suka demi nak tengok anak-anak selesa, demi nak tengok anak-anak tersenyum.  

Lebih kurang jam 9 lebih kami sampai di Seremban.  

Post a Comment

1 Comments

  1. semoga anak2 linda berjaya macam anak2 akak juga...
    moga Kyra berjaya dalam SPM nanti..aamin

    ReplyDelete