Saya kerja

Ramai kawan-kawan ammi yang kerja di KL bekerja dari rumah sejak hari Jumaat lepas sebab ASEAN 2025 ni.  Tapi ammi kerja sebab ammi ada kerja yang perlu dibuat.  Office ammi bukan di KL tapi di PJ, cuma kalau naik bus dari Seremban memang akan turun di Central Market, dan lalu di laluan yang memang ditutup.

Jadi solution ammi adalah, naik komuter dari Seremban.  Ammi pilih untuk naik komuter yang pukul 6.40 pagi sebab kalau yang limited stop train tu memang tak sempat nak solat Subuh karang.  Ada je dulu ammi tengok org solat dalam train, tapi ammi tak reti.  


Ini komuter hari Jumaat lepas.

Ammi turun di Kajang then swap naik MRT dari Kajang terus ke Phileo Damansara.  Masalahnya adalah i have to stand all the way dari naik sampailah turun.  Auwwwwww 55 minit berdiri tu satu penderaan untuk lutut yang dah season ni uolls.  Tapi ammi sempat naik bus yang pukul 8.40pagi di MRT Phileo untuk ke office ammi.

Hari ini, Isnin ammi pilih naik komuter jam 6.40 juga tapi turun di KL Sentral.  Nak berjalan dari komuter KL Sentral untuk ke stesen MRT Muzium Negara tu boleh tahan ye uolls.  Kalau laluan tu takde aircond boleh lencun ketiak semua.  Tapi kita jalan jelah perlahan taknak rushing.  Lagipun last week ammi ada bagi tau boss yang ammi mungkin lewat.  

Ammi ni nama je cakap gitu kat boss, tapi the moment lewat sikit ammi mesti rasa sesuatu.  Ammi sangat tak suka masuk lambat ke office.  Office ammi takde pun sistem punch in punch out...tapi ntahlah.  Apa ke perangai ntah.  Tapi bila keluar awal masa balik boleh pulak...ahakss.

Sampai di stesen MRT Phileo masih agak awal, dalam 8.35 pagi tapi alamakkk nak shishi la pulak.  Kita selesaikan apa yang patut dan tengok di bawah jejantas....huhuhu.


Bus yang berhenti betul-betul di depan office ammi baru je gerak.  Kalau tak gi shishi tadi insyaallah sempat.  

Lama dah ammi tak naik DRT ni.  Sebab asal nak order je mesti keluar "sorry, all our drivers are busy".  Nyampah.  Tadi saja je try...and yeayy dapat.


Tulis situ pick up time 9.15am.  Ammi book je walaupun next bus pun memang itulah timingnya.  Which one come earlier itulah ammi naik.  Tiba-tiba dalam pukul 8.55am dapat notification "your pick up is next".  Wahhhh very fast.  So, sempatlah ammi sampai di ofis cun-cun.  

Balik nanti apa ceritanya ntahlah.  Mudah-mudahan ammi tak perlulah berdiri dalam komuter.  Memang ammi akan duduk je bersila atas lantai nanti.

Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau akak memang akan bersila la kalau xde tempat duduk..x kuasa nak berdiri..jenuh..dah la lama perjalanan...aik naik MRT pun kena berdiri ek..kat kajang tu?

    ReplyDelete
  2. Tgh membayangkan mcm mana rupa bersila dlm MRT, ada pernah nampak org mencangkung. Teringat train kat Thailand, semua berdiri tak pegang palang, rupa2nya kat KL tak dpt nak buat mcm tu sbb bentuk muka bumi. Silap2 tertomos. 😂😂

    ReplyDelete
  3. hari jumaat dan nhari ni jalan clear dr rumah smpi ke opis... heaven sangat

    ReplyDelete
  4. Lama tu berdiri, almost 1 jam. Semoga Ammi terus kuat.

    ReplyDelete
  5. moga petang nanti ada kerusi untuk ammi

    ReplyDelete
  6. Nak berdiri lama tu yang tak tahan tu kan. Tambah masalah lagi kalau nak shishi tiba-tiba. Mujurlah boss Ammi okay boleh bawa bincang dan tak da punch card. Boleh santai-santai gitu.

    ReplyDelete
  7. Memang harus pagiiii sangat ya kak.. esok baru selesai Asean summit kan?

    ReplyDelete
  8. Salute lah Ammi... naik pelbagai transport untuk sampai ke ofis.

    ReplyDelete
  9. Pergh!! 55 minit berdiri, memang lenguh lutut dibuatnya..

    ReplyDelete
  10. jauh tu..dari Kajang ke Phileo...akk pun WFH dari hari Jumaat, hari ni last..esok masuk office InshaaAllah..

    ReplyDelete