Bersatu kita teguh

Rasanya semua sekolah menengah di Malaysia sedang ada PPT sekarang ni.  Dan untuk Form 5 dan juga Form 4 mereka sedang gigih drill apa yang patut disamping fokus untuk exam.  Kalau disekolah Kyra, telah dimulakan perkampungan ilmu untuk F4 & F5 since awal May haritu.  Maknanya tiap kali anak-anak menengah rendah (Form 1-3) balik, mereka perlu berkorban "hari cuti" untuk program ilmu.

Hujung bulan ni pun bila pelajar lain pulang 28.5.2025 untuk cuti pertengahan semester, anak-anak menengah atas perlu kekal disekolah dan pulang sedikit lewat dari adik-adik untuk program ilmu yang dah dirancang sejak awal untuk persediaan mereka.  Insyaallah, anak-anak SESS, pengorbanan kalian dan pahitnya hari ini akan ada manisnya dihari esok.

Untuk batch Form 5 kami parents ada group khas yang mana kita buat poll untuk collection dan akhirnya kita memilih RM30 sebulan untuk program-program gini.  Kita topup mana yang patut untuk makanan tambahan anak-anak sebab mereka adalah anak-anak yang sedang remaja.  Level makan dorang tak sama dengan kita.  Setiap sejam akan ada je suara anak-anak yang mengadu lapar.  Kita faham sebab kita pernah remaja.  Kita pernah ada nafsu makan macam godzilla.

Duit yang kita kumpul untuk taja makanan waktu rehat, iaitu waktu diluar waktu makan di dewan makan.  Untuk parents yang tak mampu untuk hulurkan RM30 sebulan its ok.  Tiada paksaan sebab kita kena faham taraf ekonomi setiap ibu bapa adalah berbeza.  


Tapi ada juga parents yang bermurah hati sumbang macam-macam untuk kudapan anak-anak.  


Ada juga yang taja kismis untuk setiap anak-anak Form 5.


Eh tiba-tiba terselit gambar anak dara kita... pucuk dicita ulam mendatang.


Ada juga yang taja biskut bertin-tin untuk anak-anak prep.  Kyra kata, satu kelas dapat 1 tin, pastu dorang gi tukar-tukar biskut dengan kelas lain.  Sekejap je licin satu tin.  


Antara kegunaan duit sumbangan ibu ayah.  Ini makanan pertama rasanya sebab kita plan hari Jumaat, hari Sabtu tu dah ada perkampungan ilmu pertama.  Memang kita lambat plan, jadi inilah hasil "lambat" kita tu.  Tapi at least anak-anak kita tak lapar.  Alhamdulillah.  

Ini tahun pertama Form 5 disekolah kakak.  Kita semua masih mencari rentak untuk beri yang terbaik untuk anak-anak.  Kita adapt idea dari parents yang pernah ada anak di sekolah asrama yang lain.  

Terima kasih parents Warriors2425.  Kita jalan seiring dengan anak-anak dan guru-guru.  Terima kasih juga guru-guru Form 5 sebab anda semua sanggup berkorban masa dan tenaga untuk anak-anak Warriors.

Post a Comment

4 Comments

  1. bagus betul parents semua menyumbang tu

    ReplyDelete
  2. Bagus parent sehati sejiwa macam ni...eh Kyra amik SPM ke tahun ni...

    ReplyDelete
  3. Betul, umur-umur macam tu memang selera makan lain..
    Bagusnya parents ada inisiatif buat macam ni❤️👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Form 3, Form 4, Form 5 tahun ni memang kena struggle gila ...sebab tgk gaya KPM nak mulakan sesi persekolahan bulan 1 semula...jadi memang banyak laaaa kena laju pembelajaran SPM tahun ni dan beberapa tahun lagi.

    ReplyDelete