Ke Nippon sebelum mendaki bukit

Hari Isnin masa cuti Wesak Day kami bermalas-malasan di rumah sampai lepas Zohor.  Tapi ammi takdelah malas sungguh.  Ammi ironlah baju sendiri, baju sekolah anak-anak.  Kita mudahkanlah tugasan anak yang diasrama tu.  

Lepas Zohor marilah kita gerak ke Melaka sebab nak hantar balik seketul bujang ni ke asrama.  Time nak balik tu lah baru terhegeh-hegeh "ammi, macam mana nak transfer lagu ni masuk dalam MP3" ehhhh dia ni.

Bila  tanya anak-anak nak berhenti makan dimana dan makan apa, dua-dua laju je jawap nak sushi.  Wahhhh tetiba selera jepun pulak korang berdua ni ye.  Mimpi yang sama ke apa malam tadi?  Jadi sebab nak sushi kami singgahlah beli kudap-kudap alas perut sementara nak sampai ke Melaka.  Nampak ada orang jual kuih minum petang, ktia beli jelah.

Sampai di Ayer Keroh teruslah ke Nippon Sushi.  Kiranya sebelah je taman ni dengan sekolah Khilfi.  



Kata nak ambil gambar air, tapi kenapa muka cari gaduh ammi pun dia snap skali?  Anak-anak je order air.  Sorang apple juice, sorang lagi order apple lemonade soda.  Abah dan ammi kita minum je air sejuk yang dah dibawa siap2 dari rumah.  


Haaa...camnilah baru nampak ammi macam isteri mithali sweet-sweet sebelah suami.  Yang tadi tu macam biniku dari neraka.


Aside from sushi abah kenalah makan "sesuatu".  Kalau tak karang saka dalam perut tanjat pulak makan ringan sangat.  Abah order apantah, abah dah buang resitnya.  Ammi pun takboleh nak recall namanya sangat.  Macam Mapu soft ramen ke camna ntah. Abah kata macam makan mi bandung pulak rasanya.



Khilfi dia ambil spicy beef fried rice.  Dia dan spicy memang berpisah tiada.  


Budak ini bila tanya nak makan lain atau tak jawapan "I only want sushi".  Amacam rambut depan tu...member gi cukur rambut tu pakai shaving blade.  Biasalah tengah fasa mencuba kan... kalau gondol tanggunglah sendiri ye.  

Tu yang haritu ammi masa menyapu jumpa cover shaving blade atas karpet kat hall.  Ammi ingat abah yang terlupa nak buang.  Kemudian, ammi jumpa pulak shaving blade atas dressing table dalam bilik Kyra.  Mustahil abah shave misai kat dalam bilik Kyra.  Khilfi tak ada.  Hmmmm rupanya itulah dia pelakunya dengan rambut begitu.



Ammi pun tak rasa nak makan yang lain.  Terlebih minum air agaknya sebab macam panas sangat cuaca tu yang minum air sejuk dalam tumbler berkali-kali.

Lepas makan tanyalah Khilfi nak beli apa-apa untuk asrama dan jawapannya sentiasa "semua ada",  semua cukup,  abang taknak jajan".  Kalau soalan yang sama ammi tanya kat Kyra, huhuhuhu...nak tanya soalan pastikan ada duit sebab nanti confirm sebakul penuh.  itulah bezanya anak lelaki dan anak perempuan ammi.

Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah sweet gitu.. baru bahagia gitu

    ReplyDelete
  2. Seronok la dua beradik tu dapat makan sushi idaman hehe...
    Kami pula Angah yg suka order macam²... Abang tu ikut Ummi la nak beli apa 😇

    ReplyDelete
  3. precious time!! my boys pun suka la sushi ni tp dan hubby dua2 tak mkn sushi

    ReplyDelete