Sarapan pagi di Kedai Tepian Sungai Rasah

Terjumpa gambar sarapan kami berdua minggu lepas.  Sarapan di hari yang tiba-tiba ehhhhh terpaksa tak pergi kerja sebab ko terlambat bangun lepas ko tertidur semula lepas solat Subuh.  Ahaksss.  Sapa ingat kes muka tak malu tu?

Dah terbangun tu, laparlah pulak perut.  Rasanya perut ni pun memang dah setlah kalau kat rumah dia memang kena lapar pagi.  Kalau kat office ok je ammi setakat minum kopi o tanpa gula sementara menunggu lunch.

Ammi pun mandilah dulu, segarkan biji mata yang memang mengantuk sepanjang masa (penangan ubat kolestrol).  Pastu marilah mencari sarapan.  Tekak rasa nak makan mee kari di pagi hari.  Cari punya cari di area rumah tak jumpa, sudahnya marilah kita ke flyover di Rasah je.  Kita pergi ke Mi Kari Tepian Sungai di Rasah.  Dulu kedai ni bebetul di sebelah masjid Rasah tapi masa kami pergi tu macam "ehhhh mana hilangnya kedai ni?"... baru plan nak tukar haluan makan di kedai lain tetiba nampak ohhhh kedai tu pindah kat bawah tu kot.  


Tekak teringin nak makan mi kari, tapi bila sampai kedai ko order kuehtiow sup.  Apoo??  Tapi ammi rasa ammi prefer soto kedai ni kot banding dengan sup dia.  


Abah bagus.  Dia tetap pendirian dan dia order mi kari.  Terima kasih Ba sebab pilih untuk kekal setia.  ehhhh tiberrr. 

Post a Comment

7 Comments

  1. Ha haa. Kadang gitu la kan kita tiber tukau menu
    Lain yg nak lain yg di order
    Tp kalu dgn suami ok je kita tukar2 la rasa2 sb lain menu

    ReplyDelete
  2. Sama la ngan akak..adakala dah set dh nak makan apa..sampai kedai tgok menu terus tukau...

    ReplyDelete
  3. Hehe.. teringin yang lain , lain pula yang order kat kedai. :D
    Ya Allah, sedapnya mi kari.

    ReplyDelete
  4. kdg2 bila tukar menu, rezeki dapat yg sedap..kdg2 sebaliknya kan..
    itu kata orang setia hehehe...:P

    ReplyDelete
  5. Selalu gak jadi camni....fikir nak makan lain....bila tiba eh eh makan lain pulak. Hehe

    ReplyDelete