Malam Rabu haritu semua laki-laki dalam rumah ammi berada di Stadium Bukit Jalil.
Yang dua besar tu bukanlah fan MU pun tapi yang kecik tu memang korang pun taulah kan. Dia diehard fan MU.
Lepas ambil Alip dari sekolah (ye silalah ke sekolah walaupun dalam whatsapp kelas tu dah ada macam-macam alasan anak tak hadir sekolah), abah terus shoot ke Melaka jemput Khilfi dari asrama pastu terus je ke Bukit Jalil. Perghhhh ke 3 negeri suamiku harini.
Geng mak-mak hantar gambar ni...jam teruk dalam kawasan sekolah nak turun bukit. Itulah MOZAC! Tapi We love u MOZAC sebab disitulah anak kami menimba ilmu, disitulah anak kami "membesar".
Masa balik dekat stesen Merdeka terjumpa "geng-geng Alip". Hantar whatsapp kat dia tapi abah kata dia tengah caj tenaga kat belakang.
Abang sepupu Alip yang bertugas di sana hantar gambar ni "cepat, dah sampai", katanya.
Patutlah ammi check location abah kat bebelah Bangsar…gi menjemput dadek ngan abangnya rupanya.
Kami tak kuasalah nak membeli tiket. Kena bagi credit dekat Alip yang berusaha message mama dia (mak kepada dadek) untuk dapatkan pass masuk percuma.
2 penyokong cilik MU yang akhirnya kecewa. Mereka sebaya. Alip lahir bulan 7 dan dadek bulan 8. Tapi size mereka sangat berbeza, padahal masa lahir Alip lagi besar dari dadek.
.png)
Kita share jelah gambar yang anak buah kongsi lepas selesai bertugas. Terima kasih team PDRM kerana menjaga keamanan dan keselamatan para penyokong dan peminat yang “penat”.
Dorang sampai Seremban pukul berapa ammi pun taktau. Ammi macam pukul 9 lebih dah belayar jauh. Bangun pagi buka lampu bilik alip, ehhhh ada geng rupanya. Pandai dadek pujuk mama papa dia nak duduk ngan kami masa cuti.
Nanti ammi kongsi “cerita sedih kekalahan MU” dari anak cilik berdua ni ye. Kekecewaan dan airmata. Yeeee AIRMATA.
Next ada friendly match lagi…kalini tiket free ja korang ahaksssss. Sapa free bolehlah pi tgk kat Loqstaq sana. Terus terbayang lirik lagi Sufian Suhaimi “betapa hinanya aku dimatamu”.
7 Comments
Bertabahlah ye Alip and fans Menyu. Mujurlah tak kalah banyak goal kan. Pengalaman buat Alip. Ini kalilah dorang turun Malaysia. Biasa ke Singapore.
ReplyDeleteBertabahlah ye Alip and fans Menyu. Mujurlah tak kalah banyak goal kan. Pengalaman buat Alip. Ini kalilah dorang turun Malaysia. Biasa ke Singapore.
ReplyDeleteTaufik kurang minat pada bola tapi bila member post dalam group kerja....memang terkekek kekek mereka komen hahaha
ReplyDeleteada tengok yg video cilik tu nanges sbb MU kalah hehe
ReplyDeleteHappylah mereka semua ya
ReplyDeleteWak tak pernah kisahkan MU ke MC ke
ReplyDeleteMacam2 komen netizen. Kesian pulak kalah.
ReplyDelete