26.4.2025 diadakan Hari Asrama Terbuka (HAT) di sekolah Khilfi. Biasanya sebelum HAT akan dibuat gotong-royong dulu bersama anak-anak dan ibu ayah. Memandangkan gotong-royong dibuat dihari bekerja jadi memang tak dapatlah nak lari ke sana.
Khilfi ada buat persembahan nasyid masa hari HAT ni. Tidak kusangka bakat itu ada pada anakku. Auwww.
Aik..ada 3 banner je? Mana banner Bendahara?
Ini hari gotong-royong pada hari Jumaat. Ada parents Temenggung yang hadir sama-sama tolong bersihkan apa yang patut. Terima kasih pada mak ayah Tem yang bagi sokongan pada anak-anak. Dorm tengah serabut masa ni sebab dorang dok alihkan itu ini.
Hari kejadian (Sabtu) lepas je acara di bawah, ibu ayah bleh naik ke dorm anak-anak dan makan bersama-sama. Kitorang buat konsep potluck. Abah tak dapat hadir, jadi ammi pun order je dari salah seorang mak Temenggung untuk gorengkan ayam untuk anak-anak.
Ni gambar awal-awal setting, kemudian-kemudian makin bertambah lauk sebab ada parents yang lewat sampai. Rezeki anak-anaklah kan.
Ammi tak datang tapi ammi hantar ayam je sebagai pengganti diri. Boleh gitu?
Terima geng mak-mak Temenggung yang kami kenal dari anak-anak form 1 lagi. Walaupun ada yang anak dah bertukar dorm sebab jadi pengawas, tapi kami masih tetap dalam group kami. Insyaallah semoga ukhwah ni terus kekal hingga anak-anak kita besar nanti.
.png)
Gambar kurang jelas tapi belasah je. Gambar masa form 2 kitorang semua musykil tak ada sebab tak ingat ada ke tidak HAT ni?
0 Comments