Hari Jumaat lepas sebab ammi WFH jadi ammi ambil peluang pergi ke Klinik Pergigian as suggested by doctor yang rawat masalah HBP ammi.  


Nak keluar rumah pun sekian punya cabaran sebab si Popia Nasuha taknak turun dari kereta.  Abah dah reverse pun dia tetap duduk kat situ buat muka comel minta kena penampar.  Lagi best masa abah dah reverse tu dia gi duduk bawah storage box tu.  Ko memang ehhhh...ammi cepuk karang.


Ammi cutikan je Alip sekolah sebab tak belajar pun ahaksss (ada sambutan hari guru).  Dia dok komplen geraham dia sakit je lately ni.  Jadi ammi bawa jelah sekali.  Kalau tak tu ntah bila nak bawakan.


Masa nak tunggu nama dipanggil untuk buat bayaran pendaftaran, sempat weiii dia ajak ammi lawan chess dengan dia. 

Ammi ni since kerja tak pernah dah pergi klinik gigi kerajaan.  Ammi dok bayangkan bilik macam dulu-dulu.  Dalam satu bilik ada few kerusi.  Rupanya sekarang satu patient satu bilik.  Dah canggih.  Jadi terpaksalah suruh abah naik juga sebab bilik ammi dan alip lain-lain.  Karang sapa pulak nak temankan dia.

Masalah sakit alip tu cuma ada gigi geraham bongsu nak tumbuh kata doctor.  Yang lain giginya tak ada masalah.  Doctor kata "all sound" kata Alip.  

Masalah "electric shock" yang ammi selalu rasa pula bila doctor check satu persatu gigi, mungkin disebabkan oleh tampalan yang sedikit pecah di bahagian dalam.  Luar ok tapi belah dalam pecah.  Jadi doctor cuba fix semula tampalan tu dan kita tengoklah masih ada rasa "electric" tu atau tidak.  

Lepas ni nak buat appointment untuk scaling gigi la pulak.  Kalau korang nak dapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian kerajaan berhampiran, korang downloadlah semula apps MySejahtera tu pastu set je appointment kat situ.  Kita sendiri pilih, cawangan mana, tarikh, waktu bila.  


Selesai di klinik gigi kita singgahlah di hospital lain, melawat anak buah yang sorang ni pulak.  Kena slip disclah pulak dak cantik ni.  Cepat-cepat sembuh ye, nanti dapat panggilan masuk U satu hal pulak.



Selesai di situ, kami makanlah alas perut sebelum lelaki dalam rumah pergi solat Jumaat.  Gi makan cendol dan rojak di kedai favourite Alip.  Cendol kedai ni ammi approve tapi rojak dia tak masyukkk.

Budak tu muka gini sebab "brain freeze" katanya.  

Terbayang dulu-dulu kalau lepas tampal gigi seriau nak makan benda sejuk nanti mengilu teruk.  Dulukan tampalan macam yang warna silver tu.  Sekarang ammi try ok...tak ada langsung rasa mengilu.