Saya masak apa

Segmen menayang hasil masakan kembali lagi.  Tak banyak pun hasil tangkapan gambar menunjukkan betapa sendunya aksi ammi di dapur.  


Kalau ditanya lauk bila, malas ammi nak ingat.  Yang pasti masa ni ammi buat bubur sebab Alip request bubur daging.  Gambar bubur lupa nak snap.

Dah ada bubur, kita buat peria goreng pedas melahar, goreng kubis tak pedas dan bawang putih goreng.  Bawang putih tu yang request bukan abah tau, tapi Alip.  Adoiiii budak ni memang selera orang tua betul.  Kalau ammi menumis sayur biasanya bumbu memang ammi tumbuk.  Jadi bawang putih dah hancurlah.  Tapi kalau abah yang masak, abah sejenis ketuk-ketuk je dan dia memang selak-selak sayur cari bawang putih.  

Disebabkan dia suka bawang putih, ammi hiris-hiris dan suruh dia goreng.



Rupanya dia tak suka bawang goreng garing camni.  Dia nak bawang putih yang masih ada rupa bawang putih.  Kiranya takdelah warna brown2 gini.  ehhhhh lepas ni suruh abah stimkan jelah bawang putih dalam nasi macam masa kita dalam pantang tu.  Lain macam ehhh selera budak sorang ni.


Ini lauk minggu lepas kot.  Ammi malas nak tunggu abah balik dari game bola alip jadi ammi masak jelah apa yang ada dalam fridge.  Dok plan nak masak lemak cili api ayam sekali cili api sebijik pun tak jumpa.  Abah belum topup sayur lagi.  Ammi masak jelah guna cili flakes.

Buat juga kailan goreng belacan dan sambal gesek cili kering sebab masak lemak tu tak pedas langsung.  Cili kering ni jenis yang pedas sangat tu, jadi memang jarang bergunalah sebab yang tahan level pedas tu abah & khilfi je.  Untuk buat sambal gesek ni macam sesuai jugaklah.


Ini lauk hari Ahad.  Ammi pun silap masa buat entri breakfast roti canai tu, ammi tulis sabtu.  Kita recycle je kari sardin readymade tu, buat daging kicap, goreng kacang botor udang kering, dan panaskan leftover lauk hari Jumaat.  

Hari Sabtu memang lunch dan dinner di luar je.  Sarapan je ammi buat mi segera goreng.  Pastu kita buat spring cleaning rumah.  Buang segala jemala kat belakang rumah tu.  Tempoh simpan 2 tahun lebih dah berlalu.  Ammi cakap kat abah "kita dah duduk sini 2 tahun, tak pernah sekali pun awak atau saya ke belakang cari barang untuk guna.  Maknanya semua tu kita memang tak gunakan", silalah buang.

Banyak juga dah buang, tapi masa sorting tu abah ada macam "dalam laci ni takyah buang, ni semua kabel kerja saya"... fineeeeeee.

Lepas ni mungkin ammi akan masak kat campsite je sebab insyaallah kami akan bercamping 1-3 June ni.  Camping pertama di tahun 2025.  Dah lupa dah macam mana nak setup khemah ahakss.

Post a Comment

11 Comments

  1. MZ sgt jrg beraksi di dapur..last was ari ahad lps ie masak nasi lemak utk sarapan :p

    ReplyDelete
  2. Taufik dengan isteri bekerja memang jarang-jarang laaa nak masak...

    ReplyDelete
  3. wah best nya, nak gi camping lagi

    ReplyDelete
  4. menu sedap2 macam menu kat kedai.
    daku berhasrat nak menapau lauk tengah hari lagi hari ni, ahahahaaa! maleh nak bersilat kat dapo.

    ReplyDelete
  5. Banyak la jugak kak , dana ni kalau hari kerja memang tak masak... sabtu atau ahad je kadang masak . Kadang beli je kak oi.... lagi sendu

    ReplyDelete
  6. happy camping... sekali masak, haa..banyak menunya...kita nie menu nya 1 je..tak pun 2... kikiki

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan lauk tumis peria. Tak beli sebab kita sorang je yang makan. Membazir nak masak. Lain macam eh selera dak alip ni. Selagi dia berselera nak makan, layan kan je Ammi.
    Selamat bercamping Ammi dan keluarga. Masa cuti sekolah ni lah nak spend masa bersama.

    ReplyDelete
  8. jrg bdk suka makan bawang goreng...kita pn jrg masak sbb slalu chef husband masak tp bila kita masak wajib la snap gmbr and buat video utk rujukan mendatang haha

    ReplyDelete
  9. Kira banyak gak la masuk dapur ni..dah banyak masaak ha....alip...apo tokak macma orang tuo ni nak oiiii.....

    ReplyDelete
  10. tak suke betul kalau makan tergigit bawang putih...

    ReplyDelete
  11. wahh nak bercamping la ya..dah lama akak tak bercamping, dah bertahun

    ReplyDelete