Ammi ni kan sebenarnya tak tau pun yang anak bujang ni ada kebolehan menyanyi. Selalu kalau dorang berkaraoke di rumah adik ipar dia suka je reserve suara dia. Malu nak menyanyi.
Masa cikgu penyelaras share video di hari Asrama Terbuka tu (ya ampun video tu punyalah jauh pastu blur) ammi cuma nampak pergerakan, dengar suara tapi tak nampak sharp "manusia" dalam gambar tu. Ammi siap tunjuk kat Alip kotlah mata ammi yang kabur tapi memang dia pun tak nampak dengan jelas cuma dia cakap "Alip rasa yg nyanyi first tu abang".
Ammi masa tengok video ni bercakap dalam hati "ohhh sedap suara budak yang nyanyi first tu, makhrajnya jelas sungguh". Yang nyanyi first daripada pergerakan nampaknya macam budak 3 dari kanan.
Bila kemudian cikgu letak gambar baru ammi macam...ohhhh budak yang nyanyi first tadi tu anak aku ke?
Bila dia cakap dia masuk nasyid ammi dok ingatkan dia jadi backup singer. Tapi tak guys. Dia salah sorang yang menyanyi pegang mic. Unbelievable but I have to believe and don't underestimate the ability of your children.
Cikgu penyelaras Form 3 (yg berbaju royal blue) bersama dengan mak siapa ntah selepas anak-anak habis perform di Hari Asrama Terbuka.
Ini pula para penasyid MOZAC sebelum mereka bergerak ke tempat pertandingan untuk bertanding di peringkat Melaka Tengah.
Yeayyyy dapat sijil tempat ke-4
.png)
Sebab sijil yang cikgu kongsi di FB tak ada nama jadi kita letak je gitu...ahakss.
Tengok posting cikgu, baru tau nama group nasyid MOZAC ni Soutul Najah dan terima kasih ustaz kerana gigih melatih anak-anak Soutul Najah ni dalam masa yang sangat singkat. 2 hari je nak hafal lagu baru. Kelasssss ustaz dan nak-anak.
Cuma ammi tak ada video masa pertandingan tu.
3 Comments
wahhh berbakat sgt tu!! tahniahhhhh
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah! bukan senang nak kedepan menghadapi nerves hahaha mmng hebat!
ReplyDeleteKadang2 kita tak sangka kan.. Tahniah buat abang
ReplyDelete