Lunch di Leh Pak

Hari Jumaat lepas, Abah dan Alip balik je dari solat Jumaat Ammi memang dah standby nak keluar gi makan tengahari.  Tujuan keluar bukan nak gi lunch semata tapi nak ke bank juga settlekan urusan bank anak-anak.

Dari haritu kitorang nak try makan kat sini, tapi manjang jelah terlupa.  So, marilah kita pergi lunch dedekat dengan office Mummy Ayu tapi tak jumpa Ayu.  Dulu ammi taktau pun restoran ni boleh kita pergi sebab ingatkan kedai yang tak halal.  Rupanya kedai ni dah dapat halal certification tahun 2021 lagi.  Ahakss.

Kami ke Leh Pak Restaurant yang terletak di Bandar Seremban.  


(Pinjam je gambar dari FB restoran ni) sebab Jumaat tu panas weiii.

Tak berapa ramai yang makan masa kami sampai tu.  Tapi ramai je abang Grab dan Food Panda kat luar.  


Dia serve dalam cawan steel gini.  Dulu arwah aca suka minum air dalam cawan ni sebab kalau panas dia memang panas dan kalau air tu sejuk, memang rasa sejuk.

Alip order teh tarik ais (mana dia belajar minum teh tarik ntah)...dah ditarik pastu ada ais pulak.  Ammi minum barli limau ais dan abah order cincau.


Game MU dan Chelsea awal pagi Sabtu (waktu tempatan), tapi dia dari awal pagi Jumaat dah pakai baju merah ni.  Sebab katanya, malam nak pakai jersey MU yang biru pulak.


Alip punya kueh tiow special.  Ammi order laksa asam dan abah order yee mee cantonese.  Taste wise, oklah.  Adalah rasa ke'chinese'sannya.  

Selesai makan kami teruslah ke Bank Rakyat, sekali tengok dari luar perghhhh ramailah pulak manusia yang duduk di kerusi dalam bank menunggu nombor.  Alahhhh ni yang ammi lemah ni bila nak menunggu lelama.  Lenkali jelah.  

Jomlah ke kedai buku jap, cari stationery dan sketch book untuk budak kecik ni jap.  Ammi nak ajar dia buat peta minda untuk UPKK.  Sambil dia buat peta minda manalah tau banyak yang dia boleh register masuk otak sekali.  Alip ni effort belajar dia kurang.  Tak macam abang dengan kakak dulu.  Dorang tau bila nak buka buku, bila nak main dan adalah rasa risau tiap kali nak periksa.  Dak bongsu ni apa dia kisah periksa ke tidak...huhu.  Ammi yang risau.  

Setakat ni ammi masih guna teknik yang sama macam abang dan kakak.  Ammi akan pegang buku, dan buka je mana-mana mukasurat dan soal secara rawak.  Ko ready ke tak ready, ko kena ready.  Kyra dan Khilfi kata dorang suka cara ammi camni, tapi si kecik kata dia tak suka.  Ehhhh dia ni.  Selalu orang kata yang banyak perangai anak no. 2, tapi ni kenapa yang bongsu pulak yang paling banyak perangai?

Post a Comment

0 Comments