Sabtu lepas walaupun cuti ammi tak masak. Kami mengemas ruang luar dapur tu....eh kami tu abah dan alip je. Ammi dari balik pintu tu dok bagi arahan sampai spray lipas. Kat rumah belakang tu ada orang dok baiki rumah, jadi ammi malas nak tukar baju pakai tudung bagai.
Sambil-sambil tu ammi mengemas di dapur dalam. Kita lap-lap kabinet dapur, rak mangkuk, lap tingkap. See saya bukan sekadar bagi arahan, kejap tu dak Zaitun masuk, kemari kamu ammi mandikan. Minggu lepas Popia Nasuha dan Aswad mandi dia ntah ke mana menghilang. Tak sempat nak masak air panas, kita mandikan je pakai air sejuk.
Lepas zohor baru kami keluar cari lunch. Alip nak nasi kandar so kami tawakal jelah ke Gany Nasi Kandar. Dalam FB kata tutup pukul 3 petang. Sampai situ, alhamdulillah masih ada lagi lauk walaupun dah tak berapa nak banyak.
Ini kali ke 3 kami ke sini. Setakat ni ammi rasa ini antara yang terbaik di Seremban dan sangat ammi yakini dari segi kebersihan.
11 Comments
Ok tu, berpatutan harganya. Sedap, nasi kandar ada lauk kambing. 😋
ReplyDeleteOK puan, boleh lah saya cube nanti..
ReplyDeleteSenang ye anak² bulus Ammi mandi...
ReplyDeleteSedap tu pekena nasi kandaq 😋
Alhamdulillah berpatutan harganya...
ReplyDeletetau kewujudan Ghani nasi kandar ni tapi blom pernah cuba...boleh cuba gak nanti ni
ReplyDeleteEh murah jugak harganya
ReplyDeleteLast week pun saya baru makan nasi kandar setelah hampir bertahun tk makan. Kita tk pilih kuah banjir 🤣
Pembersihan luar, biarlah lelaki je yang buat. Samalah, malas nak tukar baju dan tudung bila nak bersihkan kat luar. Kat dalam je sudah.
ReplyDeletePernah nampak di TikTok. Tapi tak singgah-singgah lagi. Kurang sikit nasi kandaq, tapi kalau teringin boleh ke sini.
ala...esok cuti...baru igt nak singgah, laang2 balik Melaka kan
ReplyDeleteAiiih pengin cobaaaa 😍😍😍😍. Tuhlaah, saya jarang sampai seremban kalo ke KL . Agak jauh soalnya kan. Tp THN ini nak ke KL lagi, nanti diplan lah, kuliner agak jauh dr KL 😄
ReplyDeleteSaya, anak bungsu dan suami memang sukaaa sangat nasi kandar kak.
3 pinggan tu, murah ya. Aduii kecur air liur tengok nya.
ReplyDeleteSambal kelapa tu macam tak semua nasi kandar ada. Masa akk gi resto NK dato sagor kat Ipoh, pertama kali jumpa sambal kelapa.
ReplyDelete