Warung Kopi Peng, kami datang

Kedai kopi ni terletak di Singapore Street.  Bukan di Singapore tapi di Seremban.  Ini tempat tumpuan kami dulu-dulu masa bulan Ramadhan.  Sebab masa bulan Ramadhanlah kita beli bahan untuk nak buat kuih.  

Ramadhan tahun ni pun ammi dan Kyra ada ke sana, tapi hmmmm suasana dah tak semeriah dulu.  Dulu masuk kedai ni penuh, masuk kedai tu penuh dengan acik-acik yang nak beli bahan buat kuih.  Kyra kata agak mahal harga butter, harga tepung kalau dibandingkan dengan pasaraya.  Oh really?  Camno ni anak lebih alert pada harga daripada mak?

Tapi kenapa ammi tak pernah tau Warung Kopi Peng ni wujud disini?  Ammi baca blog Mummy Ayu hari Jumaat tu baru ammi tau ada tempat ni.  Masa ammi google, rupanya orang Tanah Jauhar pun dah pernah sampai uoolls.  So, marilah hari Sabtu tu kita ke sini, dah alang-alang ko pun memang sejenis malas nak masakkan.

Kami dapat satu parking yang cun, terlindung dari cahaya matahari.  Bila abah keluar je dari kereta, sepantas kilat abah masuk balik.  Rupanya kami parking bebetul depan kedai jual daging ba alif ba ya.  Tergantung-gantung daging tu dalam kedai tu.  Ahaksss. Dah marilah cari port parking lain.


Lawa pulak bahagian luar kedai ni.  Kalau ammi buat camni kat rumah ammi, silap haribulan jadi port kucing yang datang-datang tu buat "projek" pulak.


Scan QR dan silalah order.  Sapa tak reti nahhh dia ada letak kat tiap meja cara nak order.


Food display shelf dia.  


Kuih tu sepiring..RM4.50.  


Kami order mi kari untuk abah, nasi lemak untuk Alip dan roti goyang untuk ammi.  Aisehman ada kaya pulak atas roti tu...potong disitu.  Tulah masa order tak reti nak baca bebetul.  Ammi order juga latte dan kopi C.  Alip macam biasa ... dia dan teh tarik ais dia.  Air orang tua bak kata kak SA.


Relax nak ooiii.  Makan je pun.  Muka takyah nak stress sangat.  Stress keluarkan telur kuning dari telur rebus tu benarnya.



Dia memang pencinta nasi lemak...kat sekolah setiap hari kalau tak pagi, waktu tengahari rehat nak ke kelas KAFA mesti dia makan nasi lemak.  Gaul nak jangan tak gaul.

Boleh repeat lagi kedai ni?  Boleh je cuma pilihan makanan pagi taklah banyak sangat.  Tapi lebih baik tak banyak sebab kalau banyak pun itu juga menu yang ko pilihkan.  

Post a Comment

0 Comments