Saya tak rajin masak tapi kalau saya masak kadang-kadang saya lupa ambil gambar.  Jadi bila teringat nak ambil gambar marilah kita eksyen kat sini.


Ini gambar sarapan pagi sebelum kita hantar Khilfi balik ke asrama selepas Zuhur.  Goreng nasi goreng bodoh-bodoh dan goreng ayam je pun.  Ayam tu pun gunting plastik pastu terjunkan je dalam minyak panas.  Tu pun kecohkan.



Ini ammi masak masa hari adik ammi datang tidur di rumah.  Pagi Sabtu tu kami bertiga (abah, ammi dan alip) pergi beli barang dapur pastu kitorang lunch je diluar.  Kitorang lunch apa pun ammi dah lupa.  

Ammi buat grilled chicken with mushroom gravy pastu rebus jelah potato dan brocolli sikit.  Grill ayam lelebih sikit sebab kalau ada baki kita jadikan salad, kalau habis alhamdulillah.  Acah-acah menu dietlah kononnya tapi kalau dah ko masak letak cooking cream pastu ko nak claim diet food.  

Sebab yang datang rumah tu adik ko, ko ajak sekali kuali naik meja.

Pagi Ahad tu kita raikan tetamu dengan mihun sup, tapi macam biasalah...kita lupa ambil gambar.



Ni ammi masak masa hari anniversary.  Ammi tengok dalam fridge ada 3 biji bunga kantan.  Ammi pun buatlah ayam masak bunga kantan.  Ammi ingatkan abah beli bunga kantan tu.  Rasa sekarang orang jual boleh tahan harganya kan.  Sebijik ke sekuntum bunga kantan ni dalam RM1.50 gitu.  Rupanya ada jiran yang bagi.

Gorenglah juga terung dengan udang.  Dah selesai masalah.

Hari Jumaat ni Khilfi balik, hari Sabtu insyaallah ammi cubalah untuk masak.