Saya tak rajin masak tapi kalau saya masak kadang-kadang saya lupa ambil gambar. Jadi bila teringat nak ambil gambar marilah kita eksyen kat sini.
Ini gambar sarapan pagi sebelum kita hantar Khilfi balik ke asrama selepas Zuhur. Goreng nasi goreng bodoh-bodoh dan goreng ayam je pun. Ayam tu pun gunting plastik pastu terjunkan je dalam minyak panas. Tu pun kecohkan.
Ini ammi masak masa hari adik ammi datang tidur di rumah. Pagi Sabtu tu kami bertiga (abah, ammi dan alip) pergi beli barang dapur pastu kitorang lunch je diluar. Kitorang lunch apa pun ammi dah lupa.
Ammi buat grilled chicken with mushroom gravy pastu rebus jelah potato dan brocolli sikit. Grill ayam lelebih sikit sebab kalau ada baki kita jadikan salad, kalau habis alhamdulillah. Acah-acah menu dietlah kononnya tapi kalau dah ko masak letak cooking cream pastu ko nak claim diet food.
Sebab yang datang rumah tu adik ko, ko ajak sekali kuali naik meja.
Pagi Ahad tu kita raikan tetamu dengan mihun sup, tapi macam biasalah...kita lupa ambil gambar.
.png)
Ni ammi masak masa hari anniversary. Ammi tengok dalam fridge ada 3 biji bunga kantan. Ammi pun buatlah ayam masak bunga kantan. Ammi ingatkan abah beli bunga kantan tu. Rasa sekarang orang jual boleh tahan harganya kan. Sebijik ke sekuntum bunga kantan ni dalam RM1.50 gitu. Rupanya ada jiran yang bagi.
Gorenglah juga terung dengan udang. Dah selesai masalah.
Hari Jumaat ni Khilfi balik, hari Sabtu insyaallah ammi cubalah untuk masak.
9 Comments
rm1.50 tu kira murah juga...linda pernah beli rm2.50 sekuntum...ajee, naya pak karim
ReplyDeletebab tak rajin masak tu....err bolehlah sheila geng dgn MZ hehehe
ReplyDeleteKalau ada masa, tak lapar, mmg suka je ambik gambar, tapi kalau dah macam zombie kelaparan mmg x dan sy ambik gambar ammi... ahaha
ReplyDeleteKita tuari beli bunga kantan RM2.50 sekuntum, huhu.
ReplyDeletekuali naik atas meja tu, selalu terjadi kat sini. ahaahaaa!
ReplyDeletesenang dan mudah. takyah nak cuci pinggan bebanyak.
Jom buka kedai makan sama2 masa pencen nanti..mendonia kan...pas tu kita paksa la adik beradik kita makan kat kedai kita...hahahahaha...akak bunga kantan amik stok kat kampung...puas hati..dapat free..
ReplyDeletekita tak rajin masak tp rajin amik gmbr especially chef husband masak tp kalo kita masak mmg wajib gmbr and video haha..senang rujukan mendatang....nasi goreng bodo2 gitu mkn ngan ayam goreng mantop
ReplyDeleteuishh nasi goreng bodo-bodo yg sllunya disukai ramai! bunga kantan skrg mahal nak mam***
ReplyDeleteNAsi Goreng nampak macam biasa tapi itu makanan paling simple dan sedap untuk kita makan
ReplyDelete