Kari atau sambal

Hari apantah minggu lepas, ammi makan di kedai abang sepupu ammi.  Ada sorang anak buah pun memang berniaga kat situ juga.  Dia buat roti canai.  Dan latest produk dia, roti canai frozen.  

"Pawas, buatkan PakNgah 1 set roti frozen tu", abah buat pesanan.  "Ok, siap pakngah", katanya.  1 set ada 5 keping dan harganya RM6.  Dia akan buat bila orang order...jadi kami terima dalam keadaan roti tu masih panas lagi.  So, ammi tak letak pun kat freezer, ammi letak kat chiller je.

Hari Jumaat pagi sebab ammi pergi kerja lewat sikit sempatlah ammi grill atas pan roti canai tu untuk Alip sarapan sebelum ke sekolah.  Dia kalau makan roti memang kosong gitu je takyah kari bagai.

Hari Sabtu tu jomlah kita makan roti canai juga untuk breakfast.  Ammi pun nak rasa juga.  Tak ada kari, ingatkan nak buat sambal sardin lelaju je sambil-sambil kita buat telur separuh masak.  Dah tumbuk bawang, cili bagai ammi pun buka tin sardin.  Ammi macam, eh kenapa sardin ni lain macam.


Ahakss... salah beli sardin rupanya kami ni.  Terbeli kari sardin dalam tin.  Lelaju tengok dalam cabinet simpan stok tu ok, nampaknya yang satu ni je yang salah.  

Mujur tak tumis lagi bawang tu semua, dah kita simpan je bawang tu.  Kita tuang je kari tu dalam periuk dan panaskan.  Ammi bilas juga tin tu dengan air sikit sebab ada pes kari yang tertinggal dalam tu.


Oklah, masih pekat likat walaupun ammi campur air sikit.  Isi sardinnya pun banyak.  Berapa ntah harga 1 tin ni.  


3 keping roti canai.  Sorang satu je.  Pastu 6 biji telur 1/2 masak.  Kita jemput periuk naik meja sekali.

Kari tu memang membawa sampai ke dinner sebab kami bertiga je kat rumah ni.  


Telur 1/2 yang dah tak berapa nak separuh.  Ini semua tin sardin punya pasal...tapi ammi rasa next time ammi cuma nak buat 6 minit je kot.

Cara buat telur separuh masak ni..
  1. Didihkan air dalam periuk
  2. Bila air dah menggelegak, tutup api
  3. Masukkan telur yang dah dibasuh perlahan-lahan.
  4. Tutup tudung periuk.  (Tak perlu buka dah api tu, biar je tutup).
  5. Set timer 6 minit.
  6. Timer dah berbunyi, terus je angkat telur tu.
  7. Siap.

Post a Comment

14 Comments

  1. tak pernah lagi try beli sardin perisa kari gini. nampak menarik laaa...bab rebus telur tu..zmn2 study, i memang rendam telur dlm air mendidih jer sbb tak de periuk/dapur gas nak masak2 kat hostel, so memang telur akan jd masak ala2 separa gitu..sedap jer mkn dgn nasi putih dan kicap, sambal, ikan bilis goreng etc--tiba2 teringat zmn study hahahahha

    ReplyDelete
  2. Baru je beli oh rupanya kari sardin. Tak yah buat sambal lah ye. TQ share citer

    ReplyDelete
  3. Murahnya ammi roti anak buah tu jual... kalau dekat mau jugak dana oder . Dana pernah jugak beli sardin kari adabi tu sedap jugak,...

    ReplyDelete
  4. My husband kata setiap kali saya buat buah telur separuh masak tu still fail...dia nak mcm dekat kedai...telur dekat rumah keluar peti ais...x boleh nak dapat perfect mcm dekat kedai...

    ReplyDelete
  5. Ada stok Kari Sardin ni dlm pantry. Hari tu ada promosi, beli juga 2-3 tin buat stok.
    Sedapnya telur separuh masak tu ..

    ReplyDelete
  6. Sedap tu, roti canai cicah kari sardin. Ada telur separuh masak pulak. 😋

    ReplyDelete
  7. Dengan berlakunya kejadian ini, saya pun baru tahu kewujudan sardine curry dalam tin ni. Nasib baik salah ambil yang satu ni je kan. Kari pun karilah.

    ReplyDelete
  8. Dengan berlakunya kejadian ini, saya pun baru tahu kewujudan sardine curry dalam tin ni. Nasib baik salah ambil yang satu ni je kan. Kari pun karilah.

    ReplyDelete
  9. Uncle suka je terlur yg texture dia cam tu.... i like

    ReplyDelete
  10. oo..ada kari sardin adabi..tak pernah beli lagi...sedap tu roti canai cicah kari sardin...

    ReplyDelete
  11. Baru tahu ada sardin perisa kari .... Penemuan baru untuk taufik ni hahahaha..

    ReplyDelete
  12. wah..ada ek, kari sardin mcm ni, x pernah jumpa plak

    ReplyDelete
  13. ini baru! nanti nak cari.
    sardin tin da tau la, trik kita buat sardin tin dimasak jadi kari. sedap2.

    ReplyDelete
  14. tak pernah jumpe plak kari sardin dalam tin...

    ReplyDelete