Hari apantah minggu lepas, ammi makan di kedai abang sepupu ammi. Ada sorang anak buah pun memang berniaga kat situ juga. Dia buat roti canai. Dan latest produk dia, roti canai frozen.
"Pawas, buatkan PakNgah 1 set roti frozen tu", abah buat pesanan. "Ok, siap pakngah", katanya. 1 set ada 5 keping dan harganya RM6. Dia akan buat bila orang order...jadi kami terima dalam keadaan roti tu masih panas lagi. So, ammi tak letak pun kat freezer, ammi letak kat chiller je.
Hari Jumaat pagi sebab ammi pergi kerja lewat sikit sempatlah ammi grill atas pan roti canai tu untuk Alip sarapan sebelum ke sekolah. Dia kalau makan roti memang kosong gitu je takyah kari bagai.
Hari Sabtu tu jomlah kita makan roti canai juga untuk breakfast. Ammi pun nak rasa juga. Tak ada kari, ingatkan nak buat sambal sardin lelaju je sambil-sambil kita buat telur separuh masak. Dah tumbuk bawang, cili bagai ammi pun buka tin sardin. Ammi macam, eh kenapa sardin ni lain macam.
- Didihkan air dalam periuk
- Bila air dah menggelegak, tutup api
- Masukkan telur yang dah dibasuh perlahan-lahan.
- Tutup tudung periuk. (Tak perlu buka dah api tu, biar je tutup).
- Set timer 6 minit.
- Timer dah berbunyi, terus je angkat telur tu.
- Siap.
14 Comments
tak pernah lagi try beli sardin perisa kari gini. nampak menarik laaa...bab rebus telur tu..zmn2 study, i memang rendam telur dlm air mendidih jer sbb tak de periuk/dapur gas nak masak2 kat hostel, so memang telur akan jd masak ala2 separa gitu..sedap jer mkn dgn nasi putih dan kicap, sambal, ikan bilis goreng etc--tiba2 teringat zmn study hahahahha
ReplyDeleteBaru je beli oh rupanya kari sardin. Tak yah buat sambal lah ye. TQ share citer
ReplyDeleteMurahnya ammi roti anak buah tu jual... kalau dekat mau jugak dana oder . Dana pernah jugak beli sardin kari adabi tu sedap jugak,...
ReplyDeleteMy husband kata setiap kali saya buat buah telur separuh masak tu still fail...dia nak mcm dekat kedai...telur dekat rumah keluar peti ais...x boleh nak dapat perfect mcm dekat kedai...
ReplyDeleteAda stok Kari Sardin ni dlm pantry. Hari tu ada promosi, beli juga 2-3 tin buat stok.
ReplyDeleteSedapnya telur separuh masak tu ..
Sedap tu, roti canai cicah kari sardin. Ada telur separuh masak pulak. 😋
ReplyDeleteDengan berlakunya kejadian ini, saya pun baru tahu kewujudan sardine curry dalam tin ni. Nasib baik salah ambil yang satu ni je kan. Kari pun karilah.
ReplyDeleteDengan berlakunya kejadian ini, saya pun baru tahu kewujudan sardine curry dalam tin ni. Nasib baik salah ambil yang satu ni je kan. Kari pun karilah.
ReplyDeleteUncle suka je terlur yg texture dia cam tu.... i like
ReplyDeleteoo..ada kari sardin adabi..tak pernah beli lagi...sedap tu roti canai cicah kari sardin...
ReplyDeleteBaru tahu ada sardin perisa kari .... Penemuan baru untuk taufik ni hahahaha..
ReplyDeletewah..ada ek, kari sardin mcm ni, x pernah jumpa plak
ReplyDeleteini baru! nanti nak cari.
ReplyDeletesardin tin da tau la, trik kita buat sardin tin dimasak jadi kari. sedap2.
tak pernah jumpe plak kari sardin dalam tin...
ReplyDelete