Beriya betul si Sharmila ni control food intake di pejabat, tapi bila dia kena kerja dari rumah, bila weekend dia makan macam dia tu cuma 42kg. Kurang kesedaran nampaknya dia ni.
Khamis pagi lepas Subuh kita bakarkan roti butterscotch untuk anak bongsu sebelum ke sekolah. Diluar bungkusan kata "lebih enak apabila dibakar", jadi marilah kita bakar dia atas pan. Toaster ammi dah campak buang sebab selalu lepas pakai ammi masukkan dalam plastik dan simpan. Ammi ni jarang-jarang guna toaster, sekali bila nak guna eh ada lipas bersarang pulak dalam tu. Mungkin lepas digunakan ammi lupa masukkan semula dalam plastik. Yelah nak simpan kenalah tunggu sejuk sikit.
Sambil-sambil bakar roti Alip ammi pun keluarkanlah baki sambal telur hancur yang abah masak untuk dinner hari Rabu. Ammi kan balik kerja agak lewat jadi makanlah sorang-sorang. Tapi mak aihhhhh tak termakan ammi sambal tu sebab macam masin nau. Abah kata masin tu ok je kat dia...tapi kat ammi macam tersangatlah masin. Its ok...jangan membazir, kita jadikan dia nasi goreng.
Merah nasi goreng pagi itu. Kita potonglah habiskan beans dalam fridge, goreng ikan bilis, tambah cili flakes dan jadilah nasi goreng pedas gini untuk sarapan suami & isteri.
Selalu di office pepagi minum black coffee without sugar je, pagi Khamis itu eh terkejut perut kita. Mula-mula senduk sikit je, pastu macam "eh sedap pulak nasi goreng pedas gini".... marilah tambah sesenduk lagi buat-buat macam berat kita memang 42kg.
Lepas sarapan ammi on laptop office, buat kerja sikit-sikit pastu ammi layan jelah drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar kat telegram sampai tertidur-tidur dalam bilik Kyra. Eh, memang sedap betul duduk dalam bilik dia ni rupanya. Sejuk dan tenang je, patutlah anak-anak semua memang suka "berkubang" dalam bilik kakak. Ammi just standby je kalau-kalau boss call suruh buat apa-apa.
Kita tunggu Alip balik sekolah pastu kita makan yang ini pulak untuk lunch. Baki kari ayam hari Rabu, yang ayamnya tinggal seketul dua je.
Ammi hiris bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi, tumis semua pastu campur dengan ikan bilis goreng. Goreng juga telur mata pastu curah-curah kicap masin sikit, dan habiskanlah salad dan tomato dalam fridge tu. Alamakkkkk sedaplah pulak tapi kita tahan dari nak tambah nasi.
Pepetang sikit lepas kain di ampaian dah kering, ammi dah selesai melipat kain, marilah kita mula packing bag Alip untuk pergi camping Unit Badan Beruniform di Kem D'Agroloka, Jelebu. Camping sehari je jadi kita bawak ikut cadangan cikgu. Baju ammi pack cun-cun masuk dalam bag sekolah je. Setiap set baju & seluar ammi ikat dengan getah supaya bila dia ambil baju taklah berterabur. Dah nama pun anak lelaki.
Begitulah saya jalani hari Khamis saya dirumah. Plan asal abah ajak gi pasar malam untuk cari makan malam. Si isteri bersetuju, tapi tiba-tiba si isteri bertukar fikiran sebab malas nak bersiap. Maka pergilah si suami bersama anak bongsu mereka ke pasar malam mencari makan malam.

.png)
.png)
mcm terliur plak nasi goreng tu!!
ReplyDeleteSeronok kan kalau dapat work from home... hehehe...
ReplyDeletemakan je lah kak, selagi selera masih ada... nnt dah sakit huidang semua bende taknak makan... hehehe
Ya Allah sampai masuk lipas ke dalam yaaaa 😂... Memang seram kalau ini. Sayapun tak cocok lah pakai toaster. Pernah punya, tp memang saya tak suka juga. Lebih suka makan roti yg masih lembut drpd yg dibakar 😄.
ReplyDeleteJadi toaster di rumah tuh macam tak terpakai. Dah terpikir nak kasih orang.
Kalau bumbu asin, memang bagusnya dibuat nasi goreng. Tak mubazir. Saya juga tak sanggub makan kalau asin kak.
Saya nih, sejak dah pakai tudung, macam malaaaaas sangat kluar hahahahah. Krn malas cari tudung bagai. Belum lagi harus sapu bedak sikit 🤣. Makanya dah sering suami ajak keluar, saya biasa jawab, bisa takeaway tak? Bawakan utk saya please 😂.
Padahal dulu semangat betuuuul kalau diajak makan kluar. Zaman blm pakai tudung 😄.
Akak buat nasi goreng pagi Sabtu tu...mak aii..apesal mcm sedap sanagt plak..terbabas 2 senduk..hahaha...lantak la...dah hari2 bekerja jadi kambing makan salad je kan
ReplyDeleteLama dah takde toaster kat rumah kak... kalau ada mesti hari-hari si aiyan makan roti bakar hahah
ReplyDeletePaham sangat rasa mengantuk lepas pekena nasi goreng pedas waktu pagi tu! Bilik selesa memang auto lena.
ReplyDeleteAkak ada toaster juga tapi jarang pulak nak guna. Kadang masuk air fryer je.
ReplyDeleteBest nyer la hai kalau dapat work from home gitu..
ReplyDeleteIkan bilis goreng gitu makan dengan nasi panas memang sedap.
ReplyDeleteSalam. Hadir BW. Salam Maulidur Rasul
ReplyDeleteBahaya betul ek duduk rumah. Semuanya dirasakan sedap. Bila lagi nak feeling berat 42 kg tu kan..Makan je tanpa rasa bersalah. Lepas tu baru menyesal. kekeke...
ReplyDelete