Semalam Ammi agak sibuk jugalah di office. Ammi dah siap compilekan rekod rayuan dan dah difailkan pun. Tapi kita kena serahkan physical copies juga pada pihak yang satu lagi dan juga Mahkamah. Dalam bahasa guaman biasanya serahan ni kita sebut sebagai "service/serve".
******************
Ammi teringin nak share ngan korang sebab masa ammi memula join dunia guaman back in 2011, ammi jadi keliru. Sebelum ni selama 10 tahun ammi kerja di syarikat broadcast engineering. "Service" disana bermaksud memang repairlah. Kita hantar equipment untuk repair. Sekali bila join legal firm, boss cakap "prepare a service letter to ......". Ammi tanya dia "nak service barang apa" hahahaha. Masa tu terus boss ammi tanya "where do you work before?" Bila ammi kata engineering firm... terus dia macam "no wonder". No wonder tu datang dengan muka tak mesra alam ye. "Hahahha, i can still remember your tone and your face expression". Tapi nasib baik saya fast learner kan boss?
Ada satu lagi masa kita failkan pembelaan. Pembelaan (Defence) ni difailkan oleh orang yang disaman maksudnya Defendantlah. Masa awal kerja ammi tak tau benda ni. Ammi masih tak boleh nak bezakan siapa Plaintif, siapa Defendan. Masa nak buat surat tu ammi jadi macam eh kita failkan Defence ni, kita ni sebenarnya Plaintif ke Defendan? Hahhaha...memang kalau tanya kat bos soalan ni confirm dalam hati dia akan cakap "bodoh betul secretary aku". Ammi ask around dan memang ada satu notebook ammi tulis semua supaya ammi tak tanya soalan yg sama berulang kali.
*******************
Kisahnya, semalam masa ammi tengah buat fizikal copies tu, tiba-tiba photocopier jam pulak. Biasanya paper stuck di tempat yang memang kita boleh buka dan tarik je. Tapi kalini dia stuck di tempat yang memang tak boleh nak bukak. Ammi cuba tarik kertas tu, mak aihhhh panas wei tempat tu.
Jadi ammi pun message jelah adik technician tu personally. Selalu kalau machine problem ammi kena buat report dulu, ni konon tanya jelah ingatkan kita sendiri boleh buat.
.png)

.png)
Bestnya kerja berdua je satu office...kalau akak suka aje..ada kerja kosong x?hahahaha...kalau akak plak kat opis ni..selalu kalau paper sangkut, akak la tukang keluarkan...tapi kalau x berjaya..baru panggil technician...hehehehe...
ReplyDeleteini soalan tak cerdik yang pernah saya dengan, 'Yang ni kalau nak print kene tekan print kan?'...
ReplyDeleteDekat office saya paper stuck kena buat sendiri la...nak tggu technician lambat la sampai.
ReplyDeleteKadang sel otak kita tak dapat berhubung. Kadang confused. Kadang lupa. Begitulah. Tapi mujurlah boss tak garang marah atau tengking kan. Tapi ye lah situasi macam tu mesti kita ingat tak pernah lupa. Risau kadang nak tanya soalan yang dah pernah tanya kan. huhu..Nanti tak tanya, silap buat lagi naya.
ReplyDeleteBagus juga tanya adik tu dari kita pandai-pandai sendiri. Selesai juga akhirnya keje Ammi.
Rajin betul Ammi siap print & bind 3 set tu! Mana nak handle kerja, mana nak urus bab office documentation lagi. Kelakar pulak psl istilah service tu! Culture shock betul dari engineering ke legal firm. Tapi Ammi cepat catch up!
ReplyDeleteMacam kat opis saya, kami lah boss kamilah kuli.. kalau ada machine photostat, printer @ fax rosak.. masing² tahu siapa yg kena settlekan.. hehe
ReplyDeleteWujud lagi ke opis boy? Sorry tanya soalan kuang cerdik gak..sbb kat opis kita dah x wujud post tu 😅😅 semua mmg kena buat sndri even keje admin pun dah bubar.. mengagau laa nak buat keje² admin semua haha
ReplyDeleteeee rindu nak kerja typing typing. pekerjaan pejabat kita yg pertama, kerani guaman. utk 2 orang peguam. same like you la, main dgn mesin fotokopi and fax. paling tak suka posmen dtg return surat saman, dia mengorat i. ewww.....~
ReplyDeleteKerja opis boy tu ada perempuan tak?
ReplyDeleteSoalan tak cerdik juga ni
tak ramai la kerja kat firm tu ammi sorang je. tak bosan ke ammi sorang2 kalau bos takde? soalan ni cerdik kan? hahahah
ReplyDeleteYelah kan lupa lak ammi ngn boss je ada situ kan... adik tu mesti pelik ngn soalan ammi tu kan hehehhe
ReplyDeleteOfis kecik tapi job besar² ni Ammi kan ahak!
ReplyDeleteBab nak handle photocopy machine tu bila tersangkut paling malas. Mujur ofis kita dulu ramai staff lelaki, diorg la rajin selesaikan masalah ni
Biasalah tu Ammi, benda baru mesti byk yg kena belajar. Macam saya mula2 masuk kerja lepas grad. Belajar bidang HR, tetiba masuk Corporate Comm. Tak jem kepala hahaha! Bila boss sebut term2 PR, semua saya tanya, 'Sorry boss, apa tu?' Nasib la boss tak buat muka kekwat kat situ hihi. Omputeh kata, hit the ground running maksudnya masuk2 kerja je dah kena terus perform jadi nak tak nak kena jadi mcm span serap semua knowledge baru tu dalam masa singkat.
ReplyDeleteSaya pun macam Ammi jugak, ada buku nota kecik utk catat term2 yg baru ni. Lepas tu tukar kerja masuk balik bidang HR, sekali lagi blur sebab HR banyak main sistem SAP. Kali ni tulis lagi dalam buku nota kecik tapi tulis camane nak run report dalam SAP utk generate report2 HR pulak.
linda pula jarang guna mesin photostat tu... kalau tetiba sangkut tu, alahai..nk buka2, kang salah buka, naya la pula.. hahaha
ReplyDeletePhotocopier tu rental lah eh.
ReplyDeleteOffice boy tu ad-hoc, incase ada urgent dia tak boleh datang, ada office boy back-up?
Lebih tenang kerja berdua dengan boss atau kadang-kadang ada rasa sunyi Ammi? Kalau KSarie yang introvert suka kerja tak ramai orang😅tapi itu dalam mimpi aje la kot ye sebab team yang dok ada ni je udah 25 orang😅
ReplyDeleteHahahaha, masih di maklumi kak, kan masih baru saat tuh 😄😄. Awal2 kerja tuh memang banyaaak biasanya pertanyaan2 yg lucu lah. 😅. Bagus juga kakak ada notes sendiri. At least tak perlu mengulang pertanyaan yg sama . Nanti atasan makin marah pula 🤭
ReplyDeleteKat ofis ni pun sama. Ada jenis kertas menyebabkan ianya terlekat terutama mesin yang 'murah'
ReplyDeleteSebagai orang IT pula, mostly orang ingat orang IT tahu semua benda termasuklah mesin fotostat. Memang ada problem yang kena technicians dia datang. Depa trained ikut model mesin.
ReplyDeleteHekhek, Faa dengan printer pun kadang boleh gaduh. Nasib husb ada settle kan. Time nak guna time tu la jammed.
ReplyDeleteMZ suka baca apa yg ammi share sbb boleh relate..yelah MZ memang bidang law cuma tak practice jer..jenis mls nak gi court...lps grad thn 2001 tu, MZ terus join bank under legal dept tapi memang tak gi court lah, buat dokumen banking ajerr..then thn 2004 terus join UIA as lecturer...
ReplyDelete