Sehari di Amari Lagoon, Melaka

Masa hari motivasi di sekolah Khilfi ammi & abah decide untuk tinggal di Amari Lagoon (letaknya di Bayou Lagoon Park Resort.  Dia ada 2 blok disitu Amari dan Tahiti kalau tak silap.  

Ini macam konsep AirBNB.  Boleh juga direct book dengan Bayou Lagoon tapi harga walk in biasanya kan lebih mahal.

Kami pernah tinggal sini masa Alip dalam perut.  Kakak & Abang masih kecil, dan kakak pun tak ingat dah.  Sekarang kami datang without abang.  Insyaallah, nanti kita datang lagi dengan abang.  Biarlah dorang enjoy saat masih seronok nak mandi-mandi kolam, guna slides ni.


Kami ambil studio apartment.  Harga dah campur tax, surcaj itu ini jadi RM160.00.  Harga dah termasuk 2 tiket waterpark.


Disediakan 2 futon juga


Tandas luas juga, cuma pintu bilik mandi tu je yang bila nak tutup macam ko tengah bergaduh je kekdahnya.  

                                 


Pandangan pintu masuk.  Ada fridge kecil, water dispenser.



Ammi tak turun langsung ke waterpark.  Hari pertama petang, kami suruh Kyra yang bawa adiknya.  Pagi Isnin tu abah pulak turun dengan Alip.  Hari Isnin tu patutnya ammi WFH kan, jadi marilah kita on laptop, tengok email, tengok apa perlu dibuat.  Kyra pun sambung buat assignments dia yang berlambak-lambak tu.  

Kejap lagi yang lelaki naik ktia nak ke Segamat pulak.


Dekat dalam lift ada letak ini, eh sedap pulak nampak.  Tapi ammi tak orderlah sebab untuk anak-anak kami memang dah siapkan makanan sebelum kami ke sekolah Khilfi.  



Once kita dah booked and bayar bilik tu, pihak homestay memang akan bagi few messages di WhatsApp.  Ada check-in & check out guide.  

Kami takdelah check out pukul 11 tu.... dekat pukul 12 juga baru kami keluar.  Biarlah puas sikit si kecik tu main kat waterpark.  

Begitulah bila tiba-tiba tanpa dijangka anak-anak dapat bercuti.  Terima kasih pada sekolah Khilfi sebab buat last minute program yang last-last satu family terjebak sama.  Pastu ammi lupa Alip patutnya sekolah hari Isnin.  Tak memasal pagi Isnin tu ammi pun jadi salah sorang parents yang letak "urusan keluarga" sebagai alasan anak tak datang.  

11 comments

  1. Memang betul urusan keluarga pun hehe...
    Okay juga kan, luas juga apartment ni. Itulah rezeki, kadang tak plan @ jangka, tiba-tiba hadir.

    ReplyDelete
  2. pernah check-in bayou lagoon 2x...thn 2014 & 2015..dkt entreance ada tulis amari villa time tu....yg 1st pegi dpt voucher menang contest ..2nd pegi byr sdiri...bilik amik studio room ada jacuzzi

    ReplyDelete
  3. Senanglah kalau sekolah terima alasan "urusan keluarga". Tak perlu fikir banyak² 😊.

    ReplyDelete
  4. waterpark tu tarikan utama lah utk anak2 main air! anyway, it's 31st august today! salam hari kemerdekaan utk kita semua!

    ReplyDelete
  5. Pernah juga stay kat salah satu airbnb kat bayou lagoon tu. Mmg seronok la bdk² kalau dapat mandi kat waterpark camtu kan. Mmg puas la dari pagi smp ptg kalau bole haha...

    P/s: kita dah pos hadiah awak k 😉

    ReplyDelete
  6. Seronoknya! Berbaloi sangat studio apartment tu dengan harga RM160 lengkap futon dan tiket waterpark. Terhibur pula baca bab pintu bilik mandi tu haha. Tapi tak apa, yang penting anak-anak dapat enjoy dan Ammi pun sempat WFH santai-santai

    ReplyDelete
  7. Nampak luas juga bilik air tu. Okla untuk harga RM160 sekali tiket waterpark.

    ReplyDelete
  8. Memang sesuai untuk keluarga yaaa. Rindu juga nak ke Melaka lagi. Teringin nak ajak suami, dia belum pernah kesana.

    Harga penginapan ini pun sesuai, apalagi dah termasuk tiket waterpark. Anak2 pasti suka lah.

    Hahahaha jadi Alip absen sekolah 1 hari ya kak 😄

    ReplyDelete
  9. Pernah juga stay di Bayou lagoon. Bagus harga dah termasuk waterpark sekali. Dulu tak sempat nak ke waterpark tu. Memang syoklah budak-budak datang sini kan. Murah juga untuk harga semalam.
    Ada hikmahnya tu semua dapat bercuti bersama. Next time kena datang lagi bersama Khilfi sekali. Itu yang dak Alip seronok dapat cuti sehari lagi. hihihi..

    ReplyDelete
  10. Studio cantik dan nampak kemas dan lengkap... RM160.00 dah termasuk tiket waterpark tu kira murah la kan kan.. insyallah boleh tu next time abg join sekali.. mengambit kenangan lama bersama..

    ReplyDelete
  11. As a student, I always appreciate reading about practical ways to improve academic writing without making the process unnecessarily complicated. Clear explanations, correct punctuation, and well-organised paragraphs can make a real difference when preparing university assignments. I also think it is helpful to develop editing habits rather than relying entirely on automatic corrections. Finding the best free grammar checking tool can be a useful step towards identifying common mistakes before submitting coursework. Combined with academic writing support UK, it can help students understand sentence structure, improve readability, and present their ideas more confidently. I would still recommend checking every suggestion carefully because grammar tools cannot always understand the intended meaning or specific requirements of an assignment.

    ReplyDelete