Hari Sabtu lepas (1.8.2026) adalah hari Negeri Sembilan memilih.
Lepas Subuh gigih ammi basuh bilik air. Gatal tangan gi beli magic span kat TT pastu bila sampai tak menyabar pulak nak try. Ehhhh proven ok...memang hilang tahi lalat di lantai bilik air. Lantai bilik air ammi hitam sebenarnya, tapi tetap nampak juga tahi lalat. Selama ni kalau basuh bilik air, ammi sental guna berus biasa macam tak jalan je.
Seketul Popia Nasuha yang sibuk "mencari feel" bila ammi dia nak mencuci toilet. Dia ni memang akan buang air kat toilet bowl tu. Jirus ngan air karang baru tau.
Siap mencuci toilet, mandi, pastu pergi mengundi. Ahakss...tidaklah. Ammi ngan abah ke pasar mencari lauk. Ammi memang taknak pergi mengundi di awal pagi. Pengalaman mengajar, di awal pagi confirm ko kena beratur. Tak kuasa!
Selesai membeli lauk kita cari sarapan pulak. Susah juga nak cari sarapan pagi Sabtu tu sebab payah nak dapat parking. Sudahnya ke kedai ini jelah. Kami tak pernah pun makan di sini tapi tengok ada parking, kita try jelah. Abah nak makan roti sardin, tapi roti canai habis. Mesti ramai yang order. Ammi makan roti bakar telur goyang jelah.
Anak-anak ammi suruh dorang buat egg wrap je kat rumah. Dah besarkan memasing...lagi pun Chef Khilfi ada.
Balik rumah, ammi terus je memasak sebab ammi ajak adik beradik datang berkumpul untuk lunch dirumah. Bukan senang juga nak kumpul 3 beradik ni. Pukul 12.15 camtu ammi dah siap masak...pastu terus jelah ajak adik ammi gi mengundi. At least lepas lunch karang dah boleh santai kat rumah.
Memula ammi sarung tudung je, sekali bila dah masuk kereta "eh jap la Yang, angah gi tukar baju. Ada kunyit-kunyitlah pulak kat baju". Ahakss...dah serupa makcik kantin pulak.
Bersama satu-satunya adik lelaki yang ammi masih panggil Ayang. Ammi ni masih lagi rasa dia budak...padahal dah 41 umurnya tahun ni. Ammi pun taktau apa punca panggil dia ayang sebab Along ngan arwah mama panggil dia Boy.
Kami mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said. Ini first time ammi mengundi di sini sebab dulu ammi mengundi di kawasan bekas Menteri Besar N. Sembilan di Sikamat. Abang ipar cakap "ko pakai tudung warna tu dah tau sangat ko nak undi apa" hahaha..
Masa kat tempat buang undi tu, lepas bagi kad pengenalan untuk petugas tandakan nama, kita kena pergi ke kaunter ke-2 tempat dorang nak periksa tangan dan "dakwat"kan jari. Masa ni baru perasan ammi tengah menggigil sebenar. Ammi rasa tak selesa dari dalam kereta tapi tak perasan. Ammi kerap terkena macam ni. Sampaikan petugas tu tanya "Puan datang memandu seorang ke? Menggigil teruk ni. Kami boleh sediakan bantuan perubatan kalau perlu". Ammi tengok bacaan heart beat di jam memang agak tinggi...tapi takpe. "Saya ok". Nak pergi memangkah je pun, takyahlah gemuruh sangat Sharmila!.
Kami masuk dalam sekolah cuaca masih cerah, beberapa minit (tak sampai 8 minit pun rasanya) ehhhh masa keluar tu hujan lebat pulak tiba-tiba.
Sampai rumah marilah kita makan. Ammi masak ayam masak lemak cili api tapi tak pedas pun, sotong sos tiram, kacang buncis pecah telur, telur masin, pedal goreng tepung, dan sambal gesek. Ngam-ngam soi je untuk kami ber10 kalau tak silap ammi. Ehhhh tak pandai betul ammi nak bajet tau.
Memandangkan tadi makanan ngam-ngam, ammi ajaklah adik ipar goreng keropok dan keropok lekor. Ammi pulak buat cekodok jagung ikan bilis. Minum air kopi o pekat likat. Alhamdulillah. Tak ada pulak gambar kami beramai-ramai, gambar juadah minum petang. Memang gitulah selalu.
Dah malam barulah sempat nak ambil bukti saya telah menjalankan tanggungjawab saya.
Cepat juga ammi mengantuk malam tu, memang tak sempat pun nak tunggu keputusan penuh pilihanraya...tapi sempatlah screenshot status di FB Wall kawan sekolah rendah ammi.
Rakyat pernah bersuara pada PRU ke-14, ramai yang "swing" sebab sesuatu perlu dibuat. Tapi bila kaduk mula naik junjung, rakyat kembali bersuara.
Ammi tak kenal figura ini tapi kita tengok prestasi Tok Mail ni pergi macam mana. Selamat bekojo Tok.
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Wah bagus tu magic spannya Ammi. Senang kerja cuci bilik air. Hari Sabtu yang luar biasa sibuk dan jemnya kan. Sabar je lah.
ReplyDeleteBiasalah tu kalau paling bongsu ni selamanya budak. kikiki...
Rasa macam nak tukar alamat mengundi pulak. Senang nak mengundi dekat-dekat je.
Tibe pulak darah gemuruh datang ek. hihi...
Seronoknya dapat berkumpul dan makan ramai-ramai. Tak cukup kita bagi cukuplah. Tak putus-putus makan.
Mana tidaknya Ammi penat awal. Pagi-pagi dah menyental, lepas tu beli barang, masak dan mengundi. Banyak habis bateri tu.
Lepas Tok Mat, Tok Min. Sekarang giliran Tok Mail pula.
moga pemimpin yg dipilih dpt menunaikan amanah dgn penuh integriti
ReplyDeletePadat betul aktiviti Sabtu Ammi! Dari sental bilik air guna magic sponge sampai lauk ayam masak lemak cili api, dan hai ayang!
ReplyDeleteKenapa Ammi menggigil tu? Eh penat sangat kut, itu yg heat beat laju. Tapi kalau memang selalu gitu, memang darah gemuruh la Ammi ni. Apapun, semoga sihat2 je hendaknya.
ReplyDelete