Potluck bawa tauhu berlauk

Sabtu-Ahad minggu lepas ada incomplete family day adik-beradik abah di Hana Homestay, Kuala Sungai Baru.  Nak completekan semua susah tapi biasanya adik-beradik yang 12 memang complete cuma anak-anak tak cukup.  Kali ni 3 orang adik beradik tak ada.  Tapi, yang dirancang tetap diteruskan. 

Macam biasa tiap kali family day dorang memang akan buka slot potluck (slot ni memang dorang bincang dalam group yang hanya ada 12 beradik ni je).  Dan macam biasa abah akan laju tulis dia nak bawak nasi impit rebus.  Bila abah cakap ngan ammi dia dah tulis nama nasi impit (ammi jeling je, balik-balik nasi impit...saya nak tambah tauhu berlauk ammi kata).

So, Jumaat marilah kita cari bahan buat tauhu berlauk.  Nak bajet berapa banyak bahan pun tak reti so main agak-agak jelah.  Ammi pilih buat ini sebab Mama Tisya asyik je up entry dia buat tauhu berlauk...jadi kita TIRU.  Benda boleh tiru kenapa tak nak tiru pulakkan?


Dalam adunan ni ada 9 tube tauhu jepun, 10 keping tauhu putih, 4 biji telur, isi ayam, 1/2 batang carrot cincang, daun sup, chili flakes pedas dan perasa.    Trip pertama ammi letak satu cup penuh isi adunan tapi lepas dah siap kukus tu macam ehhhh gemuknya kau.  Next batches tu ammi kuranglah.  Supaya senang nak makan, ambil satu ngap terus masuk mulut.



Kukus tak lama pun.  Dalam 7-8 minit dah siap, tapi biasanya ammi lajak je sampai 10 minit.  Nak tau dia dah masak, bila cucuk dengan garpu isinya dah tak melekat.



Yang dah kukus kita sejukkan dan susun elok-elok dalam bekas pastu kita simpanlah dalam fridge.  Adunan tadi tu dapatlah dalam 100++ biji tauhu berlauk sebab ammi ada 21 cup merah tu...dan ammi kukus 5 round.  


Dah sampai di homestay lepas solat Asar baru ammi mula goreng tauhu berlauk dengan dibantu Abah.  Okkkk...abah tak rela hati pun bantu tapi ammi PAKSA sebabnya tak retilah ammi nak on dapur yang macam kat kedai tomyam tu.  Dah alang-alang on kan api, marilah tolong sekali.  Tapi function teruklah...nampak betapa gigihnya abah susun tauhu berlauk yang dah digoreng tu atas tray.  


Tapi 1/2 way jelah...pastu dia longgok je gitu.  

Alhamdulillah, laku keras dan ada peminatnya tersendiri yang dah kata next kena buat lagi sekali.  Ala kasilah kita buat menu lain pulak.  Ammi tak buat cili kicap sebab patutnya kakchik tolong bawa.  Minggu sebelumnya kat rumah kak chik ada kenduri dan dia memang ada buat sebotol besar cili kicap untuk mi sup dia, sekali masa dia keluar rumah check semula botol tu macam ada bau masam katanya.  

Tapi mujur juga dak Apis yang pilih untuk masak sup daging ada bawa cili kicap.  Jadi kita makan kongsi-kongsi.

18 comments

  1. Sedap tu tauhu berlauk. Share resepi pls.. Kami nak tiru plak. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Mudah betul kerja abah ye nak bawa nasi impit je. hihihi..Benda mudah buat apa nak susah kan.
    Mama Tisya dah berjaya pengaruh Ammi dah. hihi..Saya tengok pun terliur. Sekali dah buat sedap pulak kan. Cantik kejadiannya Ammi. Nasib baiklah ada sambal kicap sup. Kongsi-kongsilah gitu.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tauhu berlauk...lama plak x buat...skrg i mood masak kelaut la...hahahahahah dah ada dapur baru pun malas erk..

    ReplyDelete
  4. menariklah ammi...
    bagi diea dkt nieyl ni, sbb 25hb ni nieyl plan nak buat makan2 sikit dkt rumah..

    ReplyDelete
  5. dh mcm buat jualan dh tu tauhu berlauk tu...yummmyyy..husband pn ckp nk buat stock lg...sbb dlm freezer dh abis

    ReplyDelete
  6. Seronok berkumpul @ family day
    Biasanya tak lengkap tp tetap happy kan berjumpa
    Potluck lg bestt masing2 bw

    ReplyDelete
  7. Rajinnya Ammi buat sendiri tauhu berlauk. Jadik pulak tu, comel-comel je bentuknya

    ReplyDelete
  8. Rajinnya Ammi layan potluck family day! Resepi tauhu berlauk tu memang favorite ramai, sedap dan auto-licin. Alhamdulillah, laris tauhu berlauk Ammi! Kuih potluck sedap memang cepat licin. Mujur Apis penyelamat ada bawa cili kicap. Next gathering plan nak masak menu apa pulak Ammi? Abah pulak loyal betul dengan nasi impit ya!

    ReplyDelete
  9. Saya pun terpengaruh siap beli bahan2 jugak tapi buatnya entah bila huhu

    ReplyDelete
  10. Tak aci Ammi dah buat dulu haha ... Kita baru stage 'nanti nak buat jugak' 😅
    Ramai ye adik beradik abah, seronok 👍🏻

    ReplyDelete
  11. Banyak tu 100+..lotih nak menggoreng...mmg patut ada pembantu...

    ReplyDelete
  12. nak buat juga nanti.. boleh buat stok dalam peti sejuk...
    abah nak yang mudah je ehhh.. hahhaa...

    ReplyDelete
  13. celup telur ye ammi? sedap nampak

    ReplyDelete
  14. da tebal buku resipi kita ni, satu pun kita tak start lagi. isk-isk~
    nampak best, kita suka sgt tauhu. menu diet.

    ReplyDelete
  15. Selalu juga tengok Mama Tisya buat ni. Tak berkesempatan lagi nak mencuba.

    ReplyDelete
  16. Abah ngelat.
    Sedap sangat tu makan ramai².
    Akak pernah buat sekali je... masa tu kesal pun ada.. awat macam leceh betul😆

    ReplyDelete
  17. Saya dah save resep mama tisya nih, tp mood nak membuat itulah yg belum datang2 😂😂. Asik pandaaaang je, tp tak gerak2 ke dapur. 😅. Padahal tahu dan segala macam dah beli.

    ReplyDelete
  18. rajin dan terer ammi masak! sedapnya tauhu tu!

    ReplyDelete