Makan apa di pejabat (4)

Minggu ni ada 3 hari je ammi makan di pejabat.  Biasanya Jumaat je ammi WFH, tapi boss kata please also WFH on Thursday and Monday.  Its a work from home not holiday...work still need to be done.  So, kita masuk semula ke office next Wednesday.  Wowweeee.  

Bulan 8 ni macam agak slow sikit kerja di office.  Tak banyak pertukaran fizikal dokumen jadi untuk kami tutup office dan kerja dari rumah tu macam tak "menakutkan" lah.  

Jadi ammi makan apa je haritu?


Hari Isnin ammi buat chicken salad.  Ayam tu ammi marinade dengan garlic powder, garam sikit dan sos peri-peri (yang kononnya menyihatkan tapi serius tak enak ditekak ammi.  Sos tu ammi letak kat bawah nanti ye).  Tapi dah beli, belas-belas juga harganya takkan nak buang.  Kita olahlah supaya masih boleh digunakan dan tak membazir.

Benda menyihatkan memang gitulah eh, no added sugar, no preservative, no MSG.  Tapi inilah yang sepatutnya kita guna guysssss.
 

Hari Selasa ammi bawak Egg Wrap with spicy pulled chicken.  Dalam telur yang dipukul tu ammi letaklah ayam carik pedas tu bersama sos peri-peri.  Bila dah guna few times rasa macam ok....dah boleh diterimalah rasanya.  


Ni ha sosnya... Boss Brother Peri-Peri Sauce.  Eh sauce ni product yang award winning tau.  Ada Jakim halal certification.  Maksudnya, sos ni bagus.  Tekak ammi ni je yang dah terbiasa dengan rasa.  Nak rasa manis, masin bagai.  Pastu komplen gemuk tak sudah-sudah.  Lempang sikit si Sharmila ni.

Ammi guna wrap jenama Mission.  Selalu ammi beli yang Gardenia.  Pada ammi wrap mission ni dia lembut dan nipis nau.  Senang terkoyak.


Rabu, ammi lunch dengan shake yang dicampur dengan meal replacement powder.  Semakin hari semakin cepat pulak ammi lunch.  Entahlah apa pasal lapar lain macam lately.

Disebabkan memang dah plan awal nak minum shake je keesokkannya, Selasa sebelum balik kerja ammi dah rendam rolled oats bersama chia seed dan letak dalam fridge.  Patutnya meal replacement tu minum gitu je, tapi perasaan rasa "nanti tak cukup dan lapar" tu yang buat ammi rendam awal-awal rolled oats.  Iman saiyaaaa memang tak kuat.


Bila 1 sachet meal replacement + overnight oats + chia seeds + few ice cubes, dapatlah banyak gitu.  Fluffy nau ko ye.  Sejengkal jugaklah size bekas tu.

Ammi minum pukul 12.15pm.  Ammi makan dinner pukul 9.30pm sebab Rabu tu ammi sampai Seremban lepas pukul 9pm.  Ammi terasa lapar sekitar jam 7pm mungkin sebab itu waktu ammi biasa dinner.  Rabu tu sampai lambat sebab jam bukan main teruk lagi.  Ada accident dan lori melintang katanya di Nilai menghala ke Bandar Ainsdale.  Maghrib pun terpaksa qada' je.  Nasib baik otak dah set "esok takyah gi kerja", jadi tak terasa sangat penat duduk dalam bus lelama.  Ammi naik bus dari Puduraya around 5.15pm, pukul 9malam baru je sampai di tol Seremban.  Ahhhh sampai tinggal 29% jelah battery fon sebab ko layan "Agent Kim Deactivated".  

So, begitulah cerita lunch saya di pejabat.  Semalam jangan ditanya apa saya lunch.  Out terusssss kengkonon diet saya ni.  

13 comments

  1. Yang jammed ada accident tu kami berdua balik ikut Lekas..lekas betul sampai rumah lepas tu terus makan at 7.00pm..sekarang ablik kerja je terus makan awal..tido pun awal...akak diet susah tul nak telan oat..rela makan telur rebus ngan salad je..hahahaha...pas tu muak..bila muak makan plak la chicken salad...muak gak..lantak la disitu...ni berat maintain 69.3kg, x turun x naik..haha

    ReplyDelete
  2. Oh, kami WFH selasa, khamis je ammi.. tp sy wfh hari khamis je sbb selasa kelas hands on.. nnt nk try jugak la ayam carik mayonis tu mcm best je

    ReplyDelete
  3. Bestnya ammi, boleh wfh banyak hari... dana ni sehari pun tak dapat hehehe... boss tak bagi, suruh teman dia kat opis je katanya. Semua menyihatkan menu lunch ammi

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  5. wah...masak sendiri lebih sihat dan kita tahu apa yang kita nak makan...

    ReplyDelete
  6. eh saya pun guna sos tu tapi sekali je lah beli sebab malas nak buat salad atau sandwich sendiri. nanti nak beli lagi sebab pedas dia buat sedap.

    ReplyDelete
  7. Kami tak boleh kerja dari rumah. Banyak benda kena guna intranet, jika tidak sistem tak boleh guna di laptop. Masa MCO dulu dia org install system kat laptop, now dah uninstall coz bahaya untuk company due to security..

    ReplyDelete
  8. Saya pun sos peri2 msh belum bisa suka. Yg di nandos tuh lah coba pertama kali, dan tak suka. Saya pikir pedasnya memang benar pedas, ternyata masam 😅😅. Makanya saya cukup sekali ke nandos .

    Tp tak tahulah kalau yg sos peri2 yg Kakak beli nih. Bisa JD lama2 lidah pun terbiasa.

    ReplyDelete
  9. Tenangnya WFH bila office slow sikit. Salad ayam tetap nampak sedap! Sos peri-peri brand apa tu Ammi? Xie xie share recipe sihat & jimat ni!

    ReplyDelete
  10. Wah best betul boss Ammi bagi WFH 3 hari. Ye benarrr, makanan sihat ni ada yang susah nak diterima oleh tekak. Benda dah beli, kenalah juga kita habiskan slow-slow. Saya ingatkan sos peri-peri tu pedas. Rupanya manis masin gitu ek.
    A'ah Ammi, hari rabu tu jem teruk. Mujurlah husband saya awal balik lalu plus haritu. Biasa ikut Lekas.
    Kalau tengok video memang cepatlah habis bateri tu Ammi.

    ReplyDelete
  11. saya tgh cari semangat nak restart diet ni...saya ada jugak beli ayam carik dlm tin mcm yg ammi share tu..lom bukak lagi so curious tak tau apa rasa ayam tin tu

    ReplyDelete
  12. Boss Brother Peri² tu lah yang Bami minta akak belikan. Katanya sos sihat. Dia perap dan panggang ayam dalam AF. Memang bukan tekak akak.lah😅.

    ReplyDelete