Makan apa di pejabat (3)

Rasanya sekarang ni every Thursday bolehlah ammi compilekan apa yang ammi makan kat office.  Makan je apa yang rasa nak makan asalkan tak lapar.

Biasanya meal ammi memang sekali jelah kat office.  Its either you eat breakfast like a king or you skip breakfast and makan lunch.  Pilih satu je.  Yang penting tiap pagi memang kena minum black coffee.


Hari Isnin ammi bawa grilled chicken dan sayur yang direbus manja pastu season dengan Kewpie Yuzu Roasted Sesame sikit dan cili flakes.  Telur rebus dalam jaring biru tu buat acah je sebab sampai hari Khamis ni telur tu masih ada atas meja.  Macam tak lalu pulak nak makan.  Harini kita bawak jelah dia balik.


Untuk hari Selasa - kononnya ammi nak buat Japanese Potato Salad With Cucumbers.  Tapi ammi tak ada cucumber kat rumah.  Ammi letak jelah telur rebus, ubi rebus, tomato, carrot pastu season dengan greek yogurt, japanese mayo, garam dan cili flakes.

Dalam video yang orang share tu bila dia makan krup krap bunyinya sebab ada sliced cucumber...ammi pun takdelah bunyi sebab takde timun.  Pastu ko datang office bawak sekeping wrap.  Ko masukkan dalam microwave.  Sudahnya keras weiiii.  Tapi lelama bila salad tu dah basahkan wrap tu oklah, bolehlah digigit.  

Sedap dan kenyang juga makan gini dengan syarat kena pedaskanlah.  



Japanese Potato Salad tu memang ammi buat 2 portion.  Tiba pagi Rabu tu bangun tidur ko rasa nak grill sikit salad tu.  Pecahkan sebiji telur pastu ko masukkan je baki potato salad, kacau-kacau dan masukkan dalam pan.  Bila dia dah masak, letaklah wrap di atas dan bawah dan grillkan sikit.  

Daripada 1 bulat besar wrap tu ammi cut into 4.  Ammi gi kerja bawa 3 bahagian dan tinggalkan 1 untuk Alip.  Tapi memang dah agak dah dia takkan makan sebab potato salad tu masam sikit (ammi ada letak greek yogurt dan mayo kan).  Jadi memang abahlah kena habiskan 1/4 part wrap tu.  Mesti abah pun terkulat-kulat juga sebab this is not his kind of food.



Hari Khamis, memang dari malam Rabu tu dah plan nak makan nasi ambeng.  So, pagi tadi beli je nasi ambeng dan makan masa breakfast.  

Biasanya hari Khamis abah jarang masak kat rumah sebabnya belah malam Abah & Alip akan ada makan-makan lepas bacaan Yaasin disurau.  Selalunya abah tapaukan je untuk ammi sorang.  Kita tengoklah petang karang macam mana perginya, kalau lapar sangat kita order yang berat, kalau tak tosei sekeping pun cukup dah.


Eh, ammi pun tiap hari makan nasi juga tapi untuk dinnerlah dan berat ammi ni fluctuate sebab ammi ada masalah nak membuang secara harian.  Kadang berat tu macam kurang banyak sikit, kadang naik sikit.  


So, sekarang ni tiap malam Jumaat memang ammi akan bancuh 1 sachet Kitsui Belloss Fiber ni.  Esok paginya lamalah ko conquer bilik air.  Haaa, lepas itu kalau timbang confirm ringan banyak.  Kadang-kadang malam Ahad pun makanlah sesachet sebab Ahad masih cutikan.  Risau nak makan hari kerja sebab takut pulak tiba-tiba keperluan menggunakan tandas sampai masa ko dalam bus.

Rupanya, doctor yang rawat ammi kata, orang yang ada endometriosis & adenomyosis memang agak susah nak membuang air besar sebab kemungkinan besar rahim kita dah menekan dibahagian usus.  Ouchhhh.

23 comments

  1. saya sejak minggu lepas dan minggu ni banyak makan free kat opis....

    ReplyDelete
  2. Nak buat healthy meal ni kita kena kreatif ikut selera kita. Kalau hari-hari yang sama kita jadi bosan dan give up. Betul tu Ammi, kena ada rasa pempedas tu. Baru berselera sikit makan bagi orang pempedas macam kita. hihihi...
    Susahnya nak ringan ni. Saya pun kadang naik kadang turun. Kan bagus kalau dah makan macam ni berat turun banyak kan. huhu..mencabar sungguhlah.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih atas perkongsiannya. Pepagi dah ada nasi ambeng. Seriuslah!!

    ReplyDelete
  4. Sedap pulak nampak wrap tu... Boleh la ambil idea ye Ammi 🤗

    ReplyDelete
  5. Saya pun selalu sembelit, walau dah minum banyak air.. nak cuba juga makan Kitsui Beloss Fiber. harap serasi lah. thx Ammi dah share info di atas

    ReplyDelete
  6. Sejak saya amalkan kapsul probiotik, alhamdulillah dah takde masalah sembelit dan susah membuang. Agaknya sebelum ni kurang bakteria baik dalam usus jadi makanan tak dicerna dengan baik kot.

    ReplyDelete
  7. Macam Kak SA kena olah pemakanan ke makanan lebih sihat, kena kira kalori apa segala kan...sebenarnya makan modal gak erk..hahahaha...tapi akak ikut je cara akak..malas nak semak- semak otak...untuk minggu ni akak hilang 600 gram je...sebabnya masa training makan lebih hahahaha....

    ReplyDelete
  8. linda pula, kena tandas dulu2 baru selesa nak membuang.. hahaha.. kalau tandas zaman sekarang ni, adoi, ada rasa, tapi bila masuk tandas..eh tak jadi pula..
    seronok la berat gitu...

    ReplyDelete
  9. nampak sedap segala makanan yg dikongsi pd hari ini. bila dah berusia ni kena makan menu sihat aje.

    ReplyDelete
  10. Suka betul idea compile hidangan mingguan ni! Tabiat black coffee pagi tu memang peneman setia nak energy boost. Baru tahu endometriosis boleh tekan usus. Mujur Kitsui Belloss Fiber membantu masalah sembelit. Take care and stay healthy, Ammi!

    ReplyDelete
  11. sama lah susah nak membuang tapi sebab malas minum air. dulu minum 3l tak ada masalah, sekarang pemalas nau minum 1l pun tak sampai.

    ReplyDelete
  12. Cie minum bellos tu tak turun berat 😅

    ReplyDelete
  13. Duluu penah jga tp skrg hari2 mkn buah dan sblm tido minum minyak zaitun
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. Menarikk. Nanti Faa suruh adik Faa beli Kitsui tu. Dia ada masalah penghadaman.

    ReplyDelete
  15. Makanan begini yg saya suka. Simple, tak perlu lama nak buat. Sebab saya tak suka masak sebenarnya 😄. Suka makan je 🤭. Makanya selalu cari resep yg sehat tp mudah kak. Makanya saya tak keberatan tak makan nasi tiap hari. Dalam seminggu tuh makan nasi 3-4 kali, trus hati2 lain roti atau wrap.

    Oh ic.. JD Krn ada endometriosis tadi, yg membuat pencernaan tak selalu lancar ya kak.. kalau sayapun harus dibantu tiap Hari dengan probiotik dan minuman serat. Kalau tak memang susah 😄

    ReplyDelete
  16. Sama jugak susah membuang, lepas tu pakej lupa minum air.

    ReplyDelete
  17. akak rasa kena mula semula makan secara sihat camni kot.

    akk tukar link blog tau.

    ReplyDelete
  18. Menu macam ni anak daraku je yang suka buat, ibunya tukang rasa.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. sedap tu pepagi dah makan nasi ambeng...
    sy rasa mcm dah lama tak mkn nasi ambeng tp area sini tak ada org jual...

    ReplyDelete
  20. sedap tgk menu2 sihat dia tu..suka la potato salad tu..nasi ambeng tk pernh mkn

    ReplyDelete
  21. menu diet ni, since berat da naik sekilo. halaaa~ nak exercise tak rajin. ottoke???
    teringin nak mkn ayam grill2 gitu.

    ReplyDelete
  22. semua healthy food ni....MZ rasa mcm bersemangat plak nak restart diet ni

    ReplyDelete