Jumaat yang sibuk

Khamis lepas boss dah bagi kebenaran untuk tak perlu masuk office hari Jumaat.  Patutnya memang ammi kena je standby kat office sebab bosskan tengah busy menguruskan isteri yang baru bersalin dan 3 anak yang masih di NICU.  Tapi memandangkan memang jadual kerja bulan Ogos agak santai, jadi tak perlulah masuk.


Pagi lepas Subuh marilah sediakan breakfast anak bongsu yang banyak perangai ni.  Time duduk rumah selalunya elok je dia pakai seluar track yang labuh, tak koyak (padahal kalau dia pakai memang ammi akan cakap "eh inikan seluar track sekolah"... dan jawapannya "takpe ada banyak lagi").  Tapi hari pergi sekolah, eh seluar senteng pastu berlobang juga yang dipilih.  Memang sengaja nak buat ammi naik angin ke apa pepagi?

Seluar track senteng tu tidaklah ammi buang, bolehlah buat pakai tidur atau main bola pepetangkan.  

Mandi-mandi jomlah kita dating sarapan berdua Ba sebelum pergi sekolah Alip.  


Bagi teaser sarapan jelah dulu.  Kopi ais tu ammi punya, sedap tapi tak sesedap kopi ais Senaling di kedai Murtabak Terbang Sikamat.  


Pastu moh le ke sekolah Alip ni.  Ammi ni jarang ke perjumpaan 3 penjuru anak kalau dibuat hari biasa.  Kebetulan harini tak kerja jadi marilah pergi dan dengar apa kata guru.


Ammi duduk kat luar ni ada sorang kawan Alip bagitau "Khalif, mak ko kat luar".  Tapiiiiii dia jenguk tidak, keluar pun tidak.  Ehhhhh dia ni.  Kita dulu kalau mak datang sekolah punyalah excited.


Sekejap je.  Ammi pun taktau nak tanya apa dah ngan cikgu kelas.  Ayat cikgu, dia ok je Puan dalam kelas, dia ketua darjah, selalu cepat siapkan kerja sekolah, mengaji ok, rajin komunikasi dengan guru.  Masalah dia satu je "suka mengejek orang".  Ammi baru je nak jeling dia, cikgu cakap "tapi Puan, memang hampir semua dalam kelas ni suka mengejek sesama dorang.  Banyak kali dah tegur, dorang ni kadang-kadang mengejek sampai bergaduh mulut".  

Ayat ammi "cikgu, kalau dia nakal, cikgu rotan dia pun saya ok je".  Cikgu pandang dia dan cakap "minggu lepas baru cikgu tarik sideburn awak kan Khalif".  Buatlah apa yang cikgu rasa patut, ammi ok je.  Dalam kereta memang kena marahlah sebab dah banyak kali cakap jangan mengejek orang.  Ejek itu sebahagian dari buli bla bla bla..

Kedudukan dalam kelas 10/37.  Ada seketul C untuk subject RBT.  Eh awak ni.  Dia ambil exam UPSA masa dia tengah injured bulan 6 haritu.  

Selesai di sekolah boleh bawa balik anak dan kita terus jelah ke UTC buat kad pengenalan dia.  Parut dimuka masih jelas tapi buat jelah.  Nak tunggu tahun bila ntan baru parut tu nak pudar ntah.  Dalam gambar kat atas tak jelas sebab camera timestamp ni "memfloleskan muka".


Osah handa koba eh.  Handa tak handa sojam gaklah den tercongok kek situ.  


Ini pertama kali ammi berurusan di JPN untuk anak-anak.  Kakak & abang memang abah je yang buatkan IC dorang...yang bongsu ni bagilah ammi can merasa sekali.  


Buatlah word search tu sesenyap.  Katanya ada mak kepada salah sorang kawan hadiahkan kat dia.  Hadiah sebab apa pun taktau.  Terima kasihlah pada ibu tersebut.



Sambil buat sambil gosok telinga kat ammi.  Memang perangai sebijik macam adik-adik bulu kat rumah.

Ammi tepekkan compact powder ammi kat tempat berparut tu, nampaklah pudar sikit.  Tapi lantaklah, dah boleh tukar IC tu nanti, pandai-pandailah handsomekan diri.

Selepas 1 jam IC dah boleh dikutip.  Tapi sampai ke hari ini, Isnin masih belum dikutip sebab kami ada perkara lain nak dibuat selepas solat Jumaat.  

6 comments

  1. wah..dah ada IC yer...
    aku ni dok paksa Ian gi buat ic baru dia, x pegi2 lagi.. 12 tahun leh la Mummy bawak, nie dah 20 tahun..gi sendiri la.. lepas 18 tahun kena tukar ic sebelum 21..dok tangguh2 lagi
    gabar lesen pun pic 12 tahun lagi...ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. kebetulan pg ni i bwk my razeen gi buat ic jugak kat JPN batu caves

    ReplyDelete
  3. Qah budak dah ada IC yeeayy.. alip dah beso la ammi haha....

    ReplyDelete
  4. Yang elok pakai kat rumah, yang senteng dia pakai nak pergi sekolah pulak ye. Dak Alip ni bikin Ammi jadi hijau je. Harapnya Alip ingatlah pesan cikgu tu. Risau betul budak-budak sekarang suka mengejek ni. Betul tu sebahagian dari buli.
    Dapatlah juga peluang Ammi untuk jumpa cikgu dan buat IC anak bongsu. Hashtag tu macam tak kena pulak kan. Sejam lama tu.
    Tak nampak lah kot parut tu dalam IC dah tepek bedak.

    ReplyDelete
  5. Selesai dah IC Alip...nk menyibuk ni..bos tu dapat anak kembar 3 ker?

    ReplyDelete