Kalau 11.7.2026 orang Johor diberi peluang memilih, hari ini 1.8.2026 orang-orang Negeri Sembilan pula akan memilih.
Semoga orang-orang yang masih belum tau apa nak dipangkah diberikan ilham untuk memilih yang betul.
Ini adalah keputusan Pilihanraya Negeri, Negeri Sembilan yang ke-15 pada 12.8.2023.
Tahun-tahun sebelum ni ammi mengundi di N13 iaitu Sikamat. Tahun ini ammi tukar tempat mengundi mengikut alamat baru dan now ammi mengundi di N12 iaitu Temiang. Ammi cuba juga tukar tempat mengundi Abah bulan Mac haritu, tapi entahlah kenapa tak lepas. Ammi punya lepas je.
Dua-dua tempat ni pada PRN yang lepas dikuasai oleh merah. Hmmm. Di N13 dulu yang menang PKR. Tapi kalau di N12 ni memang sejak dulu, itu adalah kawasan yang didominasi undian DAP. Auchhhhh, sakitnya itu disini.
Semoga penduduk N12 buatlah keputusan dengan bijak termasuk saya.
Calon-calon di kawasan saya...
Hai awak-awak bertiga...siapa pun yang saya akan pangkah, siapa pun yang bakal menang di antara kalian TUNAIKANLAH JANJI KALIAN. JANGAN HANYA PANDAI MENABUR JANJI.
Zamani Slam pulak cakap camni..
Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

.png)
.png)
selamat mengundi dan selamat memilih yg terbaik
ReplyDeletehappy voting ammi!
ReplyDeletesemoga calon yg Ammi pilih pada hari ini akan menunaikan janji2 beliau. Jika dia mungkir janji, kita bakor aje dia di PRN akan dtg!
ReplyDeleteSelamat mengundi dan semoga pemimpin yang terpilih dapat melaksanakan amanah sebaiknya
ReplyDeleteWah selamat mengundi orang² N9...pilihan anda yg menentukan masa depan anda
ReplyDeleteSelamat mengundi dan bercuti Ammi
ReplyDeleteSelamat mengundi!
ReplyDeleteNampak merah bungkus awal kat Sikamat. Gelombang biru nampaknya N9 ini kalilah. Semoga yang menang tu dapat galas tugas dengan sebaiknya lah kan. Kalau tidak , kita tukar lagi.
ReplyDeleteAlhandulillah selesai sudah kan....syukur gelombang biru di NS..puas hati...betul tu siapa pun yang menang buatlah kerja sebaiknya..tunaikan janji..jangan hanya janji dicapati
ReplyDeleteorg N9 dah memilih
ReplyDeletelps ni turn jiran, melaka pula
Dah selamat dapat MB baru.
ReplyDeleteTahniah... anda sudah menjalankan tanggungjawab.. giliran yang diundi pula melaksanakan tugas.
ReplyDelete