Family Day ni adik ipar ammi (dak Umi) yang plan. Ehhh memang selalunya kalau family day dialah mastermindnya. Dia yang akan arrange semua. Kita semua follow plan dia, follow arahannya, follow apa yang dia suruh bawak.
Lokasi pilihan di Hana Homestay yang terletak di Kuala Sg Baru, Melaka.
Kalini walaupun tak cukup quorum tetap diteruskan sebab kalau nak tunggu cukup memang sampai kesudahlah kita tak berkumpul.
Konsepnya hari pertama tu kita buat potluck. Bawak jelah apa-apa. Untuk malam kita buat BBQ dan setiap keluarga bawa makanan untuk keluarga masing-masing. Lepas bakar tu, makanlah sapa-sapa punya pun. Pastu setiap keluarga ada juga kena bawa barang lain contoh beras, mi, minyak masak, air mineral, tisu, pinggan, plastik sampah. Beras dan bahan masakan lain untuk hari berikutnya. Kita buat sarapan pagi merangkap makan sebelum balik.
Jemput je kakak dalam pukul 11.0 pagi, masuk kereta terus hilang bersama mimpi. Malam sebelumnya dia memang tidur agak lewat, pagi tu pulak ada buat shooting untuk subjek Pengajian Am. Yang sorang lagi tu mentang-mentang dapat pegang phone during weekend, memang tak lekang langsung phone & earphone.
Lepas jemput Khilfi dari sekolah (minggu lepas bukan minggu pulang bermalam, tapi sebab dia kurang sihat jadi kita jemputlah terus dan bawa ke klinik). Mikael, adik sepupu yang satu dorm dengan Khilfi lagilah, demam panas terus. Dia pun papanya angkut juga ke family day (yelah, benda yang tak dirancangkan)...tapi memang ammi nampak dia sekali je (itupun masa nak balik). Dia memang tidur je sepanjang masa sebab tak larat nak bangun.
Kononnya lepas jemput Khilfi kita nak gi makan, tapi bila fikir balik, karang kat homestay memasing bawak lauk sapa pulak nak makan. Kita beli roti je buat alas perut.
Sup daging campur kontang yang sodap dan mantoppp by Pak Pis. Dia memang terror buat sup dan masak. Yelah, dah terbiasa masak masa belajar kat Rusia dulu (eh kat sana dulu daging kuda pun dia pernah masak tau).
Mana ntah gambar makanan potluck lain...rasa ammi dah edit tapi hilang pulak. Lepas je makan dan solat memang yang budak-budak terus terjun pool jelah. Yang berusia ni melekat macam ada gam kat meja makan.
Dari petang sampai ke malam meja ni memang tak pernah kosong.
Lepas makan, mandi, nyanyi,nyanyi dan nyanyi.
Dah cakap jangan di bagi microphone tu kat maklong. Maklong dulu pernah dapat surat untuk masuk Bintang RTM sebab berjaya melepasi stage audition. Sekali surat tu kena buang je dengan atok. Jadi maklong teruskan jelah kerjaya jadi polis.
Budak ni pun ammi paksa dia nyanyi. Pemalu betul tapi lagu Iris by Awie juga jadi pilihan.
Lagu ke2 dan terakhir abang... kalini duet dengan abah.
Ini ayam yang ammi bawa. Ammi marinate dengan apa jelah yang ada kat rumah tu.
Bila dah malam barulah anak-anak dara ni mandi. Yelah, siang-siang panas berdonting wei...mana maunya dorang nak mandi...gelap pulak karang.
Anak no. 2 berusia 47 tahun, bersama anak no. 2nya berusia 16 tahun. Haaaaa...nampak pun sikit lesung pipitnya. Sejak-sejak dah bujang ni macam hilang begitu saja lesung pipitnya.
Nak buat entry lain tentang homestay ni tapi malas. Kita masukkan jelah gambar homestay dalam ni.
Masuk je dalam pagar akan nampak rumah ni dulu. Rumah ibu kalau tak silap. Rumah ni ada 3 bilik, hall semualah. Rumah ni memang untuk Siti sebab anak dia je dah 10 orang. Tapi di hari kejadian cuma 8 je yang ada bersama anak masing-masing.
Ammi tak ambil pun gambar dalam rumah ibu ni sebab taknaklah masuk dalam "rumah orang".
Depan rumah ibu ni ada swimming pool juga tapi takde sapa pun mandi kat sini sebab payahlah nak monitor. Kita suruh je budak-budak mandi kat swimming di belakang.
Elok tenang je swimming pool sebab takde sapa mandi kat sini.
.png)
Selain rumah ibu tu, ada 7 buah chalet.
Keadaan dalam chalet. Ok selesa je. Cuma arah kiblat memang bebetul mengarah ke pintu, in between katil tu macam sempit pulak nak solat. Jadi kalau solat tu nasiblah kalau ada sesapa nak masuk. Korang tunggu jelah dulu kat luar tu.
Ada gazebo yang berkipas yang bila malam akan dipasang dengan peralatan karaoke (kalau kita nak, dengan bayaran tambahan).
Haaa, ni swimming pool di belakang. Senang sikit nak monitor anak dari gazebo, dari tempat makan. Yang penting monitor dari tempat makan tu. Ahaks.
Ni dapur. Agak lengkap peralatan dapur disini. Ada fridge, coway, dapur besar macam kat kedai tomyam, air yang super laju dan besar, complete semua periuk, kuali, sudu, periuk, pinggan, sudip. Jangan risau, tempat ni hanya disewakan untuk Muslim sahaja.
Pendek kata selesa je disini, panas tu tak dapat nak dielakkan sebab memang sekarang musim agak panas dan kita pulak dekat dengan laut.
Nak tau harga paket semua bolehlah layari web Hana Homestay Melaka. Untuk family day kalini kami cuma bayar harga makanan & bahan masak yang kami bawak je. Yang lain semua ditaja oleh Umi. Ehhhh dia ni. Suka tau buat camni. Semoga melimpah-limpah rezeki kamu ye adik iparku.
Boleh repeat lagi buat family day sini kalau quorum tak cukup...kalau complete semua 12 adik beradik abah memang tak dapek do.

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Seronok kumpul ramai-ramai.. plan juga ni nak buat family day hujung tahun.. banyak benda nak kena settle
ReplyDelete