Hari Jumaat lepas ammi kerja. Lepas Alip habis sekolah, abah terus je shoot ke Melaka untuk jemput Khilfi. Kyra kami suruh dia book untuk naik bus dari KMNS ke KTM Seremban je. Memang setiap minggu akan dibuka slot tempahan bus. Satu trip tu cuma RM15 je. Oklah tu. Kalau balik sendiri naik public transport pun lebih kurang gitu je harganya sebab Kyra kena naik grab dari KMNS ke nearby bus station (ammi takut kalau dia stop kat memana bus stop, pergi bus station terus, lebih ramai orang) pastu baru kena bayar bus fare lagi. Bila dia naik chartered bus ni ammi lega sikit tak perlu nak check live location dia sepanjang masa.
Alip memang dari hari birthday dia dah cakap, untuk birthday treat dia nak makan steamboat. Tinggal lagi tak decide nak pilih yang mana. Kita cukupkan quorum baru kita gi makan. Itulah kami sejak anak-anak mula masuk asrama di tahun 2021. Masa mula Kyra masuk asrama dulu, kami nak makan di kedai tomyam pun rasa incomplete. Ahhh ngada betul mak bapak ni.
Alip pilih sini. Dia kata
"macam nak makan dekat Nippon Shabuyaki tapi nanti kena beratur panjang, Alip dah lapar ni". Betullah tu, nak ke town tu mesti banyak kereta, parking kat
Seremban Gateway tu pun susah betul nak dapat. Dan satu masalah kat shabuyaki tu adalah ... ammi rasa tempat tu sangat cramp. Rasa sesak dada duduk himpit-himpit. Meja rapat dan kita ni macam boleh je tumpang ambil lauk kat meja jiran sambil duduk je, tak perlu bangun. Ha, gitu punya rapat.
Diberi meja paling hujung. Auchhh jauhnya awak. So, anak-anak silalah buat kerja. Ammi nak duduk je sambil menikmati apa je yang korang ambil. Khilfilah yang buatkan sos ammi. Kyra tugasnya ambil gambar.
Antara makanan yang ada di shelf.
Memang anak beranak ammi je ke conquer bahagian ini?
Kali ni kami pilih tomyam &
teriyaki soup. Tapi hmmmm tak menariklah teriyaki tu sebab macam manis kuahnya. Lain kali kita stick je dengan chicken soup.
Free flow - sliced beef, sliced chicken, sliced lamb dan udang. Mintak je sampai kembang kembung perut korang. Banyak nau ehhhh lemak kat lamb tu.
Memang tak reti nak focus pandang camera ye Imam?
Yang berdua ni memang duduk berdua...banyak betul benda nak diborakkan.
Alhamdulillah, Allah izinkan kami berlima berkumpul. Panjangkanlah usia kami, dan berikanlah kami kesihatan yang baik Ya Allah agar dapat juga kami melihat keluarga kecil ini berkembang.
Dulu kami datang siang, jadi lampu semua tak menyala. Sekarang penuh satu restoran lampunya.
Alip cakap "abah boleh tak alip nak duduk 'healing' kat luar kejap, dalam ni sejuk". Ahahahhahah...healing eh. Dia sibuk nak menghadap handphone. Gitulah bila weekend, suruh lipat selimut pun dia guna sebelah tangan je sebab sebelah lagi nak pegang fon. Ehhh geram ammi aih.
Balik tu memang kenyang sungguh, terpaksalah "tangguh" dulu tidur walaupun mata dah mengantuk.
Samalah kitorg pun.. nak makan sedap², special² sikit mmg tunggu cukup korum baru pergi hihi
ReplyDeleteKemain erk bday boy nak healing pulak 😅
Bila masing-masing dah berjauhan ni susah nak berkumpul dah. Dah berkumpul barulah dapat celebrate sama-sama. Syok juga datang tak berapa ramai orang. Tenang-tenang je gitu. Senang Ammi dan babah anak-anak dah besar dah boleh harap dah. Duduk dilayan macam King and Queen gitu. Inilah masanya kan. Anak-anak dah mula belajar berdikari. Amboi alip, kemain santai lagi kamu di luar tu. Tak boleh renggang lansung dengan handphone ek.
ReplyDeleteBday boy punya selera sedap ye... alhamdulilah rezeki dpt gather² semua org... lagi berselera la bday boy makan kan hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronoknya bila quorum cukup! Walau sambutan hari lahir Alip tertangguh, momen makan steamboat di Sand Village sama-sama tetap bermakna. Selamat ulang tahun Alip!
ReplyDeleteprecious moments sgt! best bila cukup korum utk mkn2 bersama2
ReplyDeleteAkak yang dekat jugak ngan rumah pun x sampai2 lagi kat Sand Village ni...bila la nak pi sini agaknya
ReplyDeletebest..free flow daging kambing...feverettt...amiin2 atas doanya..seronok berkumpul ahli keluarga..
ReplyDeleteAlhamdulillah, best dapat makan-makan cukup korum ni.
ReplyDeleteItu lah, bila makan sedap ada orang tak balik, mesti terfikir, apalah yang anak ni makan kat sana. Kita ni makan sedap-sedap.
Seronok kan makan dengan anak2 biarpun lambat celebrate nya.
ReplyDeleteJanji cukup korum baru la best celebrate. Menarik pulak makan steamboat dekat Sand Village tu.
ReplyDeleteKalo mkn Steamboat camni.. Mmg kena makesure perut kosong sbb mcm2 nk mkn tu... Sedap tgk dumpling tu
ReplyDelete**jgn lupa jenguk entry kita ..menjwb kemusykilan yg aritu tnya psl gadget di dapur 😁
amboi terserlah betul signature gen z gambar solo kyra tu hahaha macam-macam perangai eh bila berkumpul ramai-ramai tapi moment ni lah nak ingat balik nanti. Happy belated birthday alip! Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah swt
ReplyDeletesukaaa, kena tunggu cukup korum baru merai hari istimewa. tapiii sejak isu yg satu tu, jadi lebih kerap makan dgn daktiga ja, sembang sambil curhat, mak pun lebih kurang gen z kaaan, ahahahaa.
ReplyDeletefinally complete makan steambot..
ReplyDeletepandai abah pakai chopstick..
Haa betullah.. banyak resto shabuyaki suka nau bubuh meja rapat-rapat.
ReplyDeletealhamdulillah.. happy bday khifli!! oga jadi anak yg soleh..aamiin
ReplyDeleteBila tak cukup korumnya memang kurang lah feel tu.. Bila dah lengkap ini barulah seronok makan kan..
ReplyDeleteKemain dia ye ber healing sorang diri..
Memang kelakuan anak bungsu lelaki tuh samaaa ya 😄. Jauh2 hari dah siap minta makan mana, dan minta kado apa 🤣. Kalau saya memang langsung forward ke papinya, biar dia yg prepare hahaha
ReplyDeletePandai Alip minta makan di sini. Nampak sedap juga. Dah lamaa kami tak makan Shabu and grill jepang macam nih
Teriyaki soup memang rasa manis. Sedap makan dengan cold udon. Kalau sos teriyaki pula memang ngam buat cicah dengan daging. Btw, happy belated beday budak bijak Khifli 🥳
ReplyDelete