Hari Jumaat lepas adik ipar ammi 'terpaksa' tinggalkan anaknya dengan Along ammi. Dia ada kursus 3 hari 2 malam di Melaka. Kalau ammi tak kemana-mana ammi ok je jaga tapi hari Sabtu tu kami ke Melaka juga sebab ada family day. Tapi kalau jaga Awish ni sebulan pun boleh kot. Senang sangat jaga dia. Takde nangis-nangis tak tentu hala. Bila kita tegah dia buat something nanti ayat dia akan "baik ammi". Alahaiiii sopannya kamu ni nak ooooi.
Captain America in the shop. Awal sampai memang terpaksa duduk di kedai along ammi jelah.
Petang sempatlah mama & babah bawak gi main taman. Merasalah mama babah ada anak kecik balik. Ahakss..
.png)
Masa makan tu dia tanya kat Mama dia "Awish nak main Abg Alip boleh?". Kebetulan masa tu abah pun lalu kat kedai makan abang sepupu ni, jadi abah angkut jelah dia naik motor. Bijak juga dia ni, kiranya di usia 2 tahun 8 bulan dia tau kat Seremban ada siapa, kat Kelantan ada sapa.
Sampai rumah ammi, mandikan dia dan bila tanya "Awish nak pakai baju bola tak?"...eh laju dia angguk. Alamak, masalahnya bila cari baju, tinggal baju Alip je. Ammi dah buang ke baju bola Alip yang kekecik tu? Lupa pulak.
Besar sikit baju bola Abang Alip, oklah tu. Dia ni masalahnya gigi je. Macam mereput gigi depan dia walaupun dia jarang makan gula-gula or jajan. Umminya ada bawa gi dentist tapi ammi lupa pulak nak tanya doctor cakap apa.
Budak Awish ni masih "suci" lagilah daripada handphone. Alhamdulillah. Dia datang je dia tau kat mana nak cari barang mainan dalam bilik Alip. Benda pertama dia cari adalah lego. Baik....silalah main.
Ammi kat dapur tengah basuh-basuh bekas makanan kucing, dia datang dan cakap "Awish nak shushu air ammi". Ha??? susu ke air? Bila bagi air, dia kata bukan. Nak "susu air". Ammi ambil botol dia nak buat susu, dia kata bukan juga, tapi dia pergi kat fridge. Ohhhh rupanya dia selalu minum susu kotak dutch lady tu. SUSU AIR TU SUSU SEJUK uollls.
Lepas minum tu ammi tengok dia melekat baik punya kat mesin basuh. Hmmm lain macam melekatnya tu..confirm dia tengah "projek". Dah moh le basuh dan tukar baju.
Buatkan susu panas, tapi alahai, dia minum dalam 2oz je kot. Membazir pulak rasanya.
Esok paginya marilah buat sarapan dulu sebelum kita hantar dia ke rumah mama semula. Lepas sarapan, Ammi nak gerak ke Kuala Pilah jemput Kyra, pastu ke sekolah Khilfi.
.png)
Shhhh captain america tengah busy makan mi sup kampung style.
Begitulah separuh hari ammi menjaga anak buah. Rasa tak puas sebab seronok layan mulut dia yang macam bertih jagung ni.
.png)
.png)

.png)
.png)
Sesekali jadi baby sitter kan Ammi. Bagus dia behave sungguh. Jaga budak kecil kena faham bahasa dia jugakan. Kita pun belajar bahasa baru. hihi...
ReplyDeleteComel nau makan pun nak pakai topeng.