Tengah scroll Google Photos sebab storage dah nak full. Ada gambar yang perlu dibuang. Terjumpalah gambar ni.
Kejadian selepas lunch kalau tak silap. Masa ni ammi tengok Aswad & Zaitun dok mendengus-dengus di tingkap dapur. Dorang ni kadang-kadang kalau ada kucing lain di belakang rumah tu, eh bukan main belagak lagi tau. Mentang-mentang dorang ni ada tuan. Kucing lain tu gelandangan.
Alip gi dapur cakap marah adik-adik dia "eh jangan nak action sangat boleh". Kejap tu Alip cakap terjerit dari dapur "Ammi ada buaya kat luar". Ehhhh mana datang buaya. Jauhnya rumah kita ni dari kolam ke, parit ke, tasik ke.
Ok...this is the buaya. Tapi memang besar jugalah biawak ni. Lama dia kat situ tak bergerak. Kita tutup jelah tingkap tu, takde penonton nanti dia baliklah rumah dia. Ahakss.

Buat terkejut Ammi je dak alip ni. Tapi macam tak terkejut sangatlah kan sebab mustahil. hihi...Biawak lapar perhatian ek. Kalau kita tak tengok, mesti dia blah cepat-cepat berlalu pergi.
ReplyDeleteKecik berbenar buaya ini ye. Dulu kat belakang rumah kampung saya ada hutan. Banyak 'buaya' ini. Eh! biawak.
ReplyDeletehahaha terkejut acik Alip ooiii ingatkan betul ada buaya sesat...
ReplyDeleteyang si biawak tu pun kemain eh mentang ada penonton tak mau berganjak
Anak buaya kot tu 🤣. Buaya terus dia cakap ye. Alip2.
ReplyDeleteBuaya pun boleh la Alip... Hahaha
ReplyDeleteKalau jumpa buaya ni kat kebun jangan bunuh, dia pengawal populasi ular sebab makan telur ular.
ReplyDeleteAdoii kita seriau tgk biawak beso ni hahaha dh mcm buaya gak kan.. esp bila dia jelir² lidah tu.. adoi mmg auto jadi penakut hahaha ini kalau tgh drive tetiba dia lalu kan mmg auto brek ni 🤣🤣
ReplyDeleteBuaya pun buaya la Alip hehe
ReplyDeleteHahahaaa....teringat anak-anak waktu kecil, tak boleh beza antaea buaya, biawak dan mengkarung.
ReplyDeleteTerperanjat ingatkan buaya betul! Rupanya biawak besar singgah rumah. Memang kelakar gelagat Alip, patutlah cemas semacam!
ReplyDeleteKalau dalam sungai mungkin nampak macam buaya juga ni Ammi. Tapi....kalau biawak besar ni dia boleh makan ayam juga ni.
ReplyDeletebahaya ni kalau terlepas masuk dalam rumah
ReplyDeletePatut la kucing tu dok mendengus-dengus ada buaya rupanya hahahha
ReplyDeleteAmboi Alip...buaya ngan biawak tu jauh bezanya, kumpulan lebih kurang sama...hahaha..kamu ni kelakar la Alip
ReplyDeletebuaya pun boleh...aku dah biasa tgk yg besar2 lagi....masa kat bangkok dulu. kat sana banyaks
ReplyDeletescary jugak bila biawak ni saiz besar! memang nmpk mcm buaya!
ReplyDeleteAlip... Alip...
ReplyDeleteBuaya pun boleh lah.. sepupu biawak tu😁
alip, buaya kat darat it called buaya darat okey.
ReplyDeletetu bewok... skali ia sprint, siap slide lagi ia boleh pergi tau, jgn dibuat hal dgn bewok ni.
Aaaa comelnyaa 'anak buaya' haha. Boleh tahan ganaih ni.
ReplyDelete