Hari Jumaat lepas, abah & ammi cadang kita sambutlah birthday Khilfi yang ke-16. Walaupun dah masuk July tapi tak apa. Birthday Khilfi 23.6.2026 tapi kita sambut bersama pada 3.7.2026. Aci je kan?
Bila anak-anak mula bersekolah asrama kehidupan family tidak lagi sama. Kami cuma dapat berkumpul lengkap bila anak-anak bercuti. Buat masa ni Kyra di Matrikulasi jadi masih dekat dengan kami. Tahun depan bila dapat U tak tau U mana pulak dia dapat. Masa tu lagi susah nak berkumpul.
Haritu nampak kak SA makan kat sini, so marilah kita pun makan juga.
Nak duduk kat dalam agak fullhouse restorannya. Ammi malas nak naik ke atas jadi kita duduk diluar je. Lebih windy dan selesa sebenarnya.
Full kan... kat atas taktaulah full atau tak.
Ammi order iced sea cocounut ...macam menarik je dalam gambar. Taste wise pun not bad. Very refreshing gitu.
Masa order tu kakak buat-buat tanya Khilfi..."nak makan kek tak?"... dan jawapan dia "silap oranglah kakak tanya". Dia mana suka makan kek ni. Tapi kakak cakap "ah tak kira kakak nak order jugak...dan dia orderlah cookies apantah ni. Mana pergi resit tu pun taktaulah.
Bila sampai je benda ni kita pun nyanyilah lagu birthday perlahan-lahan je untuk dia. Nak nyanyi kuat-kuat malu pulak. Hahahahha...jadilah. Sapa suruh tak makan kek...kakak paksa gak suap dia sebijik cookies tu. Mata dia pun tengah sepet sebelah sebab gatal-gatal sejak di asrama. Terbersin non-stop. Khilfi dan sinus memang berpisah tiada. Mak ni punyalah bekalkan ubat. Ubat spraylah, ubat makanlah siap cari kat farmasi yang tak mengantuk, tapi ubat tu duduk gitu jelah dalam locker.
Dan ini hadiah dari ammi. Sebenarnya bukan hadiah pun. Ammi belikan jam tangan dari tiktok je since sebelum dia ke Jakarta tapi dah sebab hadiah sampai lepas dia dah ke sekolah dan dia pun tak balik, jadi kita hold jelah sampai hari kejadian.
Budak asrama bukan boleh pun pakai jam memahal. Hilanglah, tercicir masa ambil wudhu' kat suraulah.
Alip order Indomee Fish Tempura. Gembira eh dia dapat makan instant noodle.
Ammi order grilled chicken
Khilfi order spicy Korean Burger.
Abah order spicy creamy tomyam spaghetti with grilled chicken.
Kyra macam biasalah... mac & cheese. Nama menu ni Mac & Cheese with Gangnam Bites .
Alhamdulillah begitulah simple birthday celebration family kami yang sentiasa simple ini. Tak perlu fancy-fancy sebab kami bahagia cara kami.
.png)
.png)
.png)

.png)
.png)
.png)
.png)
Eh, saya baru tahu kewujudan P&N Kitchen ni. Tak perasan pulak. Nanti bolehlah cuba juga kalau tak ada idea nak makan kat mana. Menu pun menggoda kita, chicken grilled tu menu favourite. Kita raikan cara kita, begitulah kan.
ReplyDeleteBelated Happy birthday Khilfi.
Alhamdulillah gembira semua dapat berkumpul. Menyelerakan tengok makanan terutama yang mac & keju dengan cebisan Gangnam. Ayam popcorn ya?
ReplyDeleteKalau ada Mac & Cheese tu memang kegemaran Dania la. Ada ayam Korea pulak tu.
ReplyDeleteHbb khilfi
ReplyDeleteKemain nama gangnam pulak dah. Dulu kan macam viral jugak gangnam tu. Lama dah tak dengar.
ReplyDeletegitulah bila anak2 mula keluar dari sarang. Jrg buleh makan sama2 mcm ni. Anak sy yg study di UiTM Dungun tu balik bercuti sempena study leave. Cuma kakaknya di Shah Alam tu x balik. Lps exam baru dia balik kg.
ReplyDeleteHappy belated birthday buat anak bujang Ammi. Sebaya dgn anak sulung saya. Makanan semua nampak sedap.
ReplyDeletemeriah menu tu..aritu birthday tisya pn pi mkn kt P&C Kitchen..entry tk sempat lg update
ReplyDeleteSetujuuuu kak Ammi. Bahagia tuh simple saja kan. Bisa berkumpul lengkap begini, makan di luar dengan pilihan menu masing2 itu saja dah buat happy 😍😍😍.
ReplyDeleteBelated Happy Birthday Khilfi 🎈🎈🎈
ReplyDeleteBahagia dgn cara sendiri, itu lebih membahagiakan.
Si Abang pun sama, kita bekalkan vitamin minda la, vitamin C la utk SPM hari tu, tengok² dia bawak balik penuh lagi botolnya 🥴
Happy belated birthday utk anaknya, meriah menu yang di order - Selamat menjamu selera
ReplyDeleteHepi belated day Khifli..
ReplyDeleteNampak sedapnyaaa mac&cheese tu.. geramm pulakk nengokkkkk
Kdg² beli kek semata, jom la potong dekat rumah.. jadi la sambutan birthday kita
ReplyDeletepart tak mkn kek tu..boleh gang dgn my razeen..memang tak denya dia nak kek even time bday pun
ReplyDeletePNC Kitchen ni fav place anak-anak buah akak time mengetuk mamalong dia...Selamat Hari Lahir Khilfi yang ke-16! Walaupun sambut lewat sikit tak apa, janji dapat kumpul lengkap satu keluarga. Suka tengok gaya simple keluarga Ammi... betul kata Ammi, tak perlu fancy-fancy, janji dapat makan sedap-sedap dan bahagia cara kita sendiri
ReplyDeleteHappy Belated Birthday
ReplyDelete