Makan Beradat Temenggung 2026

Makan beradat kembali lagi untuk tahun 2026 pada 17.7.2026.  Ammi rasa ini adalah makan beradat yang paling sempoi sekali untuk rumah TemenggungTahun lepas punya cantik betul deco dalam dewan.  This year actually tak nampak full seating arrangement, setting dewan semua jadi taktaulah apa rupanya.  Itulah bezanya bila guru penyelarasnya bukan perempuan.  Ohhh tidakkkk bukan kata lelaki tak best jadi guru penyelaras...best sebab mereka tegas dalam menjalankan tugas.  Tapi when it comes to capturing moments untuk dikongsi dengan ibu-ibu yang sering "dahaga"kan gambar anak ni...hmmm krik krik je.  




Tema tahun ni Temenggung Express.  Mungkin setting dan decoration dalam dewan cantik jugalah kot cuma tak "dirakam" secara full dalam gambar yang dikongsi di Google Link.




Daripada beratus gambar itu hanya ada 3 je gambar yang ada muka anak ammi.  Yang dua agak jelas sebab dia tukang baca doa.  Kalau dia bukan orang yang baca doa mungkin juga satu itu jelah gambar yang ada.

Gambar hampir sama tapi sebab ada 2 kita letak juga dua-dua.


Ini mulut sedikit terbuka


Ini mulut rapat ahhahah.  Janji ammi dapat tengok muka anak lanang yang ireng dan geseng ni.  Apa ke pesen rambut ni abang?  Rasa bulan lepas elok je rambutnya.  Jangan macam-macam ye.


Ini satu lagi gambar yang ada Khilfi bersama kawan-kawan Temenggung batch Superisme 2327...tp dianya nunnnn jauh dibelakang 3 dari kanan.  

Kami dalam grup mak-mak macam "eh apsal semua ambil gambar tunjuk tangan macam tu ye?"...tu simbol apa?  Pastu ada sorang tu cakap "itu macam huruf T je.  T untuk Temenggung kot".  Hmmm yelah agaknya ye.

Yang penting anak-anak semua happy, dapat makan sedap, dapat melaram.

16 comments

  1. Jadi la kan tu dpt gak tgk muka abang walau tgh baca doa... Xpe ammi, cuti sekolah coming soon hahah bole tebas terus rambut tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia balik hari Jumaat lepas, eh elok je rambutnya kalau disikat. Masalahnya dia tak sikat rambut, dan rambut pulak sejenis yang degil. Memang menggelongsor ke depan semuanya

      Delete
  2. kenangan manis utk anak2 pastinya

    ReplyDelete
  3. Meriahnya majlis Makan Beradat Temenggung 2026 ni!

    ReplyDelete
  4. Haha biasa Ammi, bila cikgu lelaki yang jaga memang 'ringkas dan padat' gambar-gambarnya. Janji ada! Mujur juga Khilfi baca doa, sekurang-kurangnya adalah juga 2-3 keping gambar kenangan yang jelas kan. Tapi janji budak-budak happy & perut kenyang

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, katanya makanan sedap. makan baguettelah, croisantlah, ada creme brulee la..

      Delete
  5. Menarik betul acara tahunan ni. Makan beradat ni tradisi kat SBP Sains ke Ammi? First time dgr. Dah tengok deko tahun lepas dgn tahun ni. Saya pulak rasa yg tahun ni punya nampak lebih eksklusif. Siap ada karpet merah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ammi rasa semua SBP memang ada tradisi makan beradat ni tak kisahlah sains ke tidak. Oh awak rasa deco tahun ni lagi ok eh...entahlah, nampak serabut pulak di mata ammi.

      Delete
  6. Itulah kita, selagi boleh teropong anak, kita teropong sampai dapat 😆
    Bagus Khilfi, entah² selalu jadi imam jugak ni kat surau

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jadi Imam Alhamdulillah... tapi kalau balik rumah jenuh juga nak kejut suruh bangun subuh. hmmm

      Delete
  7. Syok betul ada makan beradat. Macam dinner event gitulah kan. Mujur ada juga gambarnya. Jenuh nak mencari. Untung juga jadi Pak ostad baca doa. Dia sorang je dalam gambar. Kalau tunjuk huruf T dalam bahasa isyarat tu pun ngam juga kan.

    ReplyDelete
  8. tulah, kalau tak jadi pak ostad mmg tak nampaklah terus gambarnya

    ReplyDelete
  9. Dulu nieyl dok asrama pun ada sesi ni juga..
    tapi tempat duduk tak boleh pilih..masuk-masuk dewan, kena cari nama dkt belakang kerusi..nasib ler..

    ReplyDelete
  10. Itulah yang jadi dekat wasp group sekolah anak.. susah Beno nak ada gambo.. hahaha..
    Guru kelas semua lelaki..sabar jelah

    ReplyDelete
  11. Meriah makan beradat dorg. Lambang T la tu kot.

    ReplyDelete
  12. Khilfi join BADAR lah eh...
    Biasa acara begini pasti antara yang ditunggu-tunggu.
    Awal ya mereka arrange makan beradat tahunan.

    ReplyDelete