Jumaat lepas ammi cuma gorengkan fries je untuk Alip ke sekolah. Masa abah nak hantar Alip tu ammi pesan suruh abah sarapan siap-siap kat kedai je sebab ammi terasa nak makan sarapan versi India kat rumah. Abah tak reti makan benda ni.
Ammi teringin nak makan Uppama ni. Ammi ada beli ready made mixed Uppama ni jadi patutnya tinggal letak dalam kuali dan tambah air je.
Tapi ammi gigihlah tumis tambah cili kering pedas, letak juga ikan bilis sebab gitulah yang biasa arwah mama sediakan dulu.
Uppama ni ialah sejenis hidangan tradisi orang-orang dari Selatan India yang diperbuat daripada tepung suji. Tepung ni disangai kering sebelum dimasak. Mendiang nenek ammi dulu tak makan daging, jadi kalau dia buat tak adalah dia letak ikan bilis bagai tapi tetaplah sedap. Yelah air tangan orang lama kan yang dia masak penuh dengan kasih sayang untuk cucu-cucu kacukan dia ni.
Lebih kurang pukul 10 lebih ammi dan abah keluar rumah sebab ammi ada temujanji jumpa Dr. Kumudha, doctor Obgyn di Hospital Mawar. Laju betul. Tak sia-sia ammi decide untuk ke hospital ni je sebab kebetulan masa tu doctor wanita di hospital lain semua tak available.
Selesai di hospital, tunggu Alip disekolah tapau lunch dah marilah balik sebab ammi rasa semakin kurang enak badan ni. Daripada pagi sebenarnya ammi rasa sengal, lenguh macam nak demam.
Lepas dorang balik dari solat Jumaat ammi ni tidur. Boleh tak ammi sedar pukul 6 petang itu pun sebab abah kejut. Abah keluar gi solat Asar di surau ammi tak perasan, Alip keluar gi main dengan kawan ammi tak sedar. Memang syahdu betul tidur petang tu. Orang kata tidur lepas waktu Asar boleh jadi "gila"...ahaks.
Bangun cecepat selesaikan apa yang wajib pastu terfikir masak jelah yang simple-simple untuk dinner. Malas pulak nak makan di luar.
Buat sambal sardin tin kecil, telur dadar udang yang pecah masa ko terbalikkan (dah tua-tua pun masih fail lagi buat telur dadar) pastu sayur mentah jelah. Tiba-tiba rasa nak guna mangkuk kaca arwah mama ni. Mangkuk ni dulu keluar tiap kali hari raya je. Berapa usia set kaca ni taktaulah sebab memang dari ammi kecil ammi dah nampak kewujudan set mangkuk ni dalam almari pinggan mangkuk.
Baki sambal sardin & lebihan sayur tu dibawa ke esoknya dan abah terjunkan semua jadi nasi goreng. Tahniah my husband.
.png)
.png)
Oo tak pernmah lagi makan uppama tu haa.. kedai mamak ada ke menjual..?
ReplyDeleteLamanya tak makan sardin, tiberr terliur pulakkk
Kita pestime dengar uppama ni ... tp myb pernah tgk tp x tau nama 😅😅
ReplyDeleteBaru kenal uppama di blog Ammi ni. Air tangan orang dulu-dulu tiada tandingannya. nenek, mak masak apa pun sedap je walaupun yang simple². Tidur lepas asar tu memang real gila. Jadi mamai sampai tak sedar pagi ke petang ke malam. huhu...
ReplyDeleteBegitulah kalau makanan tak habis, terjun bersama nasi goreng je lah jawapannya.
cute dan unik mangkuk tu
ReplyDelete