Khilfi beli apa di Jakarta

Sebenarnya ammi pun taktau dia beli di Jakarta atau di Bandung.  

Ada sekali tu dia call kata nak beli sweatpants dan ammi pun ok kan jelah.  Memang ammi bagi dia duit untuk dia beli jelah apa-apa yang dia rasa nak.  Ammi tak bekalkan banyak pun dekat dia.  Cuma 1.5juta rupiah je.  Ammi bekalkan juga dengan kad wise just in case dia perlu guna kalau cash habis.  


Dia belikan kakak dia 2 figurine ni.  Apa nama dorang ni pun ammi taktau.


Jadi...adalah kawan yang sekor ni.  Kalau tak tu muka dia mencuka je.  Tapi kalau tetiba muka yang masam mencuka ni tersenyum happy pun risau jugakkan.  Memang ammi campak ko masuk tong sampah karang.


Untuk diri dia sendiri, dia beli mende alah ni.  Boleh tahan besar jugaklah

Dan dia tak beli pun sweatpants tu tapi dia beli seluar tidur kain lembut ni.  Sedaplah agaknya bila pakai sebab macam majoriti budak lelaki beli seluar ni.


Masalahnya sekali itu jelah dia berpeluang pakai seluar ni.  

Kisahnya balik daripada Jakarta tu, dia hantar bag baju kotor dia ke dobi sekolah sebab dia tak sempat nak basuh sendiri bajunya.  Sampai Melaka pukul 2 pagi lebih, pastu terus je masuk kelas macam biasa.  

Bila hantar ke dobi dorang akan guna dryer untuk keringkan baju.  Dan bila dia dapat balik seluarnya, sekian sahaja.  Koyak teruk kat bahagian kelangkang.  Kain macam ni kalau koyak kan jenis yang berbulu-bulu.  Dia bawa juga balik, tapi ammi suruh jelah dia buang.  Tak kuasa ammi nak jahit aih.  Bapakkan besar koyaknya.

Hari terakhir dia di Jakarta baru ammi activate kad wise sebab dia dah takde cash langsung.  Kesianlah pulak kalau-kalau dia nak makan or minum apa-apa masa kat airport nanti.  Masukkan RM100, dapatlah lebih kurang 445,000rupiah.  



Begitulah 'jutawan' itu membelanjakan duitnya di tanah orang.  Semoga anak soleh ni jadi jutawan sebenar nanti supaya tak perlulah nak tekan calculator sangat masa nak membeli tu.  Ahakss.

18 comments

  1. Wah! Bestnya dpt melancong ke Indon pd usia remaja. Shopping sakan la sbb semua barang murah2 je jika guna RM...

    ReplyDelete
  2. Jauh2 ke Jakarta tapi makan di Malacca Toast? Betul2 setia dia dgn Melaka hehe.

    Seluar jenis macam tu mmg sedap pakai kat rumah / masa tidur.

    ReplyDelete
  3. Hahahaa sonok kan dpt jadi jutawan kejap hehehe... bila ammi plak nak gi jakarta 😉

    ReplyDelete
  4. jutawan kalau tukar duit rupiah ni. Pakcik kayo! Haa kang terus masuk tong sampah kalau yang masam tu bertukar happy.
    Aduhaii..tak panjang umur pulak seluar tu kan.

    ReplyDelete
  5. Rasanya sama seluar tidur Cie beli kat Shopee 😄

    ReplyDelete
  6. Salam singah ya..tahniah travel jauh ke Jakarta bandung, bayak pengalaman bila jauh berjalan..akan nampak kehebatan kuasa Allah..

    ReplyDelete
  7. Ingat juga dia belikan souvenier, dpt jadi jutawan sekejap pun dah enjoy

    ReplyDelete
  8. ingatkan beli minyak wangi ke, baju batik ke. mainan jugak yg dibeli ye hehe

    ReplyDelete
  9. Mujurlah ada snap gambar dapat buat kenangan bersama seluar tu. Budak rumah ni ada sorang satu. Lembut seluarnya best pakai tidur.

    ReplyDelete
  10. Aamin 🤲🏻 Jgn lupa aunty ye kalau dah jadi jutawan ahak 😆
    Seluar tu mmg selesa pakai tapi jenis nipis je kan..

    ReplyDelete
  11. Hehe, jadi jutawan segera ye. Semoga satu hari nanti benar2 jadi jutawan

    btw, seluar tu, husb Faa suka sangat pakai. Selesa utk tido dia kata.

    ReplyDelete
  12. Merasa la dia jadi jutawan erk walau sekjap aje di usia muda....pengalaman tu nak..pengalaman.....

    ReplyDelete
  13. Patung anime tu sama macam anak bujang Lin.. kalau nampak mesti belikan dia.. one piece kot rasanya tu.. ke apa entah namanya.. sesekali jadi jutawan, kadang tak tau nak beli apa sebab konpius nak kira duitnya

    ReplyDelete
  14. seluar jenis tu masa zaman bujang mmg suka pakai buat tido..kain nipis lembut. tapi bukan jenis tahan lama..

    ReplyDelete
  15. Kita pun malas nak jahit seluar kain nipis bila terkoyak. Tapi sebab deme nak memakai juga, kita jahit tampal kain lain, awak. Hahaha... nak bagi kukuh.
    Budak-budak memang suka patung figurine ni ya.

    ReplyDelete
  16. A-Min semuga menjadi jutawan yang kaya duit, ilmu dan amal. Adab serta kesopanan dan kesusilaan.

    ReplyDelete
  17. Kain celana seperti itu memang tak bisa lah masuk mesin 🤣🤣🤣. Sayapun punya, tp selalu cuci tangan oleh asisten saya. Dia tak pernah masukkan mesin 😅😅. .emang koyak yg ada 🤭.

    Kapanlah kak Ammi DTG ke JKT. Nanti saya ajak kliling JKT di sini 😉

    ReplyDelete