Kalau terpaksa memilih

Kalau anda disuruh memilih..


Kalau diberi pilihan saya nak dua-dua tu ada.  Tapi kalau perlu memilih mungkin ammi ok kot kalau tiada elektrik.  KOT tau KOT.... sebab saya manusia biasa yang kalau boleh semuanya nak terhidang dengan elok di depan mata.

Kalau tak ada elektrik, mungkin kita masih boleh berkipas guna tangan dan buku ke, kertas ke.  Panas sangat ko baring jelah atas simen rumah tu.  Nak masak nasi kita guna je dapur walaupun ammi tak berapa pandai masak manual tapi bila keadaan terpaksa semua insyaallah jadi kot.

Walaupun sejak akhir ni tangan kita memang dah "lemak" sangat sebab asal bangun pagi je pegang handphone, lepas mandi pegang phone, lepas solat capai phone, mungkin inilah masanya kita berpisah sementara dengan handphone itu.  Dah bolehlah capai apa-apa buku or Al-Quran even better to kill the time.



Kalau tak ada air rasa macam lebih jenuh hidup.  Nak buang air kecil, air besar.  Nak masak, mandi, ambil wuduk.  Kalau dah diberitahu in advance mungkin bolehlah juga kita ni menyimpan air dalam apa segala bekas yang ada.  Kalau tiba-tiba takda air sebab paip pecah ke apa...naya Pak Karim.  

Kenapa bila naya je nama Pak Karim muncul?  

Korang pulak camna?  

8 comments

  1. Kalau Lin biar takde karen jangan takde air.. susah takde air huhuhu

    ReplyDelete
  2. Water is a necessity of life. You have a very nice blog. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    ReplyDelete
  3. Faa pilih takde letrik 🫢 paling takleh takde air. Tapi takde letrik pun susah juga 🫣

    ReplyDelete
  4. Kalau tiada air memang boleh haru-biru hidup dibuatnya. Setakat tiada elektrik kita masih boleh ikhtiar cari alternatif lain.

    ReplyDelete
  5. Sama macam Ammi.. Biarlah tak ada elektrik, jangan tak ada air.. huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Biorler takde letrik.. ayaq ni keperluan
    Huru hara hidup kalau takde dia huhu

    ReplyDelete
  7. Yee kalau boleh nak dua-dua. Tapi kalau diberi pilihan lebih baik tak ada elektrik. Susah woo tak ada air. Tak lengkap rasanya hidup ni tak ada air. Tulah tu, pak karim juga dapat nama.
    Asal nohh, mesti rokiah. hihi...

    ReplyDelete
  8. Saya pilih ada AIR, takde karen okay je

    ReplyDelete