Dah ke Taiping marilah kita ke Zoo dia. Antara zoo yang selalu disebut-sebut. Planning asal kami akan bermalam di Taiping 2 hari. Tapi disebabkan hari Isnin tu kami perlu daftarkan Kyra ke KMNS jadi kami baliklah awal supaya tak kalut. Risau juga kalau-kalau jam ke jalanrayakan.
Jadi disebabkan balik awal, tak dapatlah nak ke Night Safari tu. Kita gi jalan siang hari jelah ye.
Bukti hadir
Bergambarlah si sulung dan si bongsu. Kyra anak dara yang masih "belum malu" nak pakai jersi-jersi zaman persekolahan. Banyak kot jersinya...manjang je soalan dia dulu "boleh tak nak beli baju batch, boleh tak nak beli baju kelas, baju netball". Masalahnya baju rugby pun dia beli juga. Hukalohhh
Taklah rajin sangat pun nak jalan tetengah panas rembang tu, jadi kita naik tram je sudah. Mak Nora & Pas Asrul pun nak join juga ke Zoo sebab dorang pun lepas ni nak stay semalam di Ipoh pulak.
Bila pakcik tram tanya "ada sesiapa nak duduk depan dengan saya?"... pak Asrul yang over excited. Maka kita rombak tempat duduk. Ha selesa sikit tak perlu berhimpit.
Kita dengar je penerangan pakcik driver tram ni.
Tram Crew. Haaa ada rupa arwah Saleem Iklim.
Ok, tak menyesal naik tram. Luas zoo ni dan kalau jalan silap-silap pukul 5 pun ko tak sampai pintu keluar. Dulu masa kami ke zoo Melaka kitorang jalan pusing sebab masa tu anak-anak kecil dan dorang excited. Ammi pun lutut masih gah lagi waktu itu.
Ammi pun lupa binatang apa yang kita semua dok tengok tu.
Seketul mak nora & Kyra. Masa mak Nora bertunang dulu, mak nora pangku Kyra sebab dia masih baby, sekarang lagi besar dari maknoranya.
Dalam pukul 3.30 ada pertunjukan ular. Dah alang-alang kita tunggu jelah kat situ.
Berani juga dia pegang ular ni.
Ammi cuba juga rasa ular tu guna hujung jari...oooiiii meremang pulak rasa tekstur badannya.
Dia ada bagi kuiz sikit, at least kita pun adalah info tentang ular.
Harga tiket berbeza mengikut waktu. Malam harga lain sikit. Katanya datang malam lagi best sebab kebanyakan haiwannya aktif. Tapi betullah kot, kami datang tu banyak yang tengah tidur santai.
Dah marilah kita pulang, nanti bila anak-anak ammi dah ada anak bawaklah anak-anak ke zoo masa dorang di usia seronok nak belajar dan masa awak masih muda. Kalau tak ginilah, gi zoo mampu naik tram je.
.png)
Hari ini Abah pimpin tangan awak untuk melintas, esok luasa jangan lepaskan tangan abah bila tangan dan kaki abah dah tak segagah sekarang.
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.png)


1 Comments
Seronok tengok gambar Kyra dengan Mak Nora tu, cepat betul anak-anak membesar kan? Dulu kita pangku dorang, sekarang dorang pula lagi tinggi dari kita. Suka baca pesanan Ammi kat bawah tu... deep sangat. Semoga anak-anak sentiasa bimbing tangan kita bila kita dah tak gagah nanti.
ReplyDelete