Dah boleh buat kad pengenalan

Hari ini 14.07.2026 - genaplah 12 tahun usia anak bongsu abah dan ammi.  

Kami namakan Khalif Syafiq tapi arwah atuk panggil dia Ozil sebab dari awal berlangsungnya world cup tahun tersebut atuk support Germany.  Dan kebetulan 14.07.2014 adalah final World Cup between Argentina dan Germany.  Game sebenar di Brazil berlangsung pada 13.7.2014 tapi sebab kita di Malaysia...hambik waktu sahur tu abah sibuk melayan final.  Abah sahur sebab nak berpuasa di bulan Ramadhan, ammi pun kena sahur juga sebab itu jam terakhir ammi boleh makan sebab dah dijadualkan untuk masuk bilik bedah sebelah petang.  


Awak lahir 14.7.2014 bersamaan 17 Ramadhan 1435H.  Banyak ye ammi kena ganti puasa masa itu.  


Awak sangat obses dengan bola sejak kecil.  Ye, sejak kecil.  Dari dulu awak tetap dengan Manchester United.  Apa pun jatuh bangun kelab itu, awak kental tahan telinga.


Obses juga dengan kucing.  Kucing kurap kat kedai makan tu pun dia belai-belai macam tak ada perasaan.  Semoga bila awak dah besar nanti, bila awak dah mampu awak bolehlah bagi makan dan rawat kucing-kucing terbiar.


Awak suka minum teh tarik.  Suka minum teh o.  Ehhhh memang pesen air orang tua je semuanya ye.


Bulan March 2021 - hari pertama awak pakai uniform sekolah sebab sebelum ni awak hanya berPDPR di rumah.  Kesian.  Tau-tau ini dah tahun terakhir awak bersekolah rendah.  Oooppsss...ammi terlupa pulak nak isi permohonan ke sekolah khusus.  Terlebih santai pulak ammi bila menguruskan anak bongsu ni.



Semoga anak soleh abah ammi ni cemerlang dunia dan akhirat.  Semoga apa yang awak impikan jadi kenyataan.  

Cita-cita dia buat masa ni cuma nak jadi Cikgu Pendidikan Jasmani je.  Itu sahaja.  Ammi bagi cadangan jadilah cikgu Sains ke, cikgu Matematik ke...katanya taknak, dia cuma nak jadi cikgu PJ atau cikgu English je.  Oklah...apa-apa jelah.

Happy birthday diamond.

Post a Comment

9 Comments

  1. Sebaya anak kita, Aqlan. Bulan lepas birthday dia, time Aqlan dulu 30 hari kena ganti puasa.. Sabar je lah...hehe..kenangan..
    Semoga Khalif Shafiq menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. happy birthday Khalif Syafiq yang handsome yang cerdik pandai ni..moga yang baik2 semuanya untuk anak bongsu ammi..moga tercapai semua impian dan cita2 anaknda

    ReplyDelete
  3. happy birthday Khalif.
    sama tarikh lahir dengan dedek 17 Ramadan.

    ReplyDelete
  4. Semoga menjadi anak yang soleh yang sentiasa mendoakan orang tuanya.

    ReplyDelete
  5. Ohh macam tu kisahnya. Saya kenal Ozil masa main Arsenal dulu sebab husband club Arsenal. Masa tu tak tengok world cup pulak padahal tahun lebih kurang je. Kenal kat liga bukan world cup. hihi...
    Melekat sudah nama Ozil ye. Sampai sekarang lah dia mminat bola. Kadang cita-cita tu boleh berubah. Happy birthday dak Alip! Semoga berjaya dunia akhirat. Aamiinn..

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Ozil hehehe.. semoga membesar dengan sihat, maybe boleh jadi pemain bola sepak profesional satu hari nanti...chaiyokk !!!

    ReplyDelete
  7. happy bday khalif! baby ramadan lah ni...moga jd anak soleh, cemerlang dlm pelajaran..aamiin -- just now baca entry psl bday anak nieza..pun baby ramadan jugakkk

    ReplyDelete
  8. happy birthday khalif syafiq...semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dikurniakan kesihatan yang baik...semoga kamu sentiasa didalam rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT

    ReplyDelete
  9. Semoga Khalif sihat selalu, berjaya dalam akademik dan dalam bidang yg diminati.. Semoga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete