Padam kenangan

Anak wedhok sorang ni pun dah habis belajar peringkat menengah.  Lepas ni kalau masuk asrama pun tak perlulah ammi ni heboh nak save banyak-banyak nombor.  Dia dah boleh bawa handphone ke mana-mana.

Haritu tengah santai-santai ammi pun scroll contact list dalam phone ammi.  Banyak betul nama yang ada dua tiga nombor sampaikan ammi pun tak sure nombor mana yang latest.  

Sampai kat nama anak sendiri lagi banyak.  Dah delete hampir 4-5 nombor baru teringat nak screen shot.  Ammi save nombor di hostel setiap kali anak-anak call supaya ammi alert bila ada incoming calls.  Sekarang ni scammer pun sibuk "rindu" nau kat kita nak call hari-hari kan.


So, sekarang ni hanya nombor dengan tanda 💗itu sahaja yang tinggal.  Itulah nombor yang dia dah guna sejak 2020.  Berterima kasihlah pada Covid sebab angkara dia anak-anak semua boleh ada phone sendiri, nombor sendiri.  

Dah alang-alang tu checklah pulak nama Khilfi.  Lebih kurang juga banyaknya.


Khilfi ni pulak sejenis kalau call dia akan cakap "harini abang call ammi dari telephone belakang pintu".  Tu yang tak memasal ammi save as (blakang pintu).  Yang NB tu cer teka apa.

NB tu maksudnya Notice Board ahakss.  Dia call dari phone tepi notice board.  Ammi rasa ada few nombor macam XOX, wallet tu dah boleh dibuang sebab card tu pun dah hilang dan public phone tu pun banyak yang dah rosak disekolah.  

Post a Comment

6 Comments

  1. Pernah save nombor lepas tu clash pulak dengan nombor yang terbaru....banyak pulak kena save. Bila nak whatsapp tak tahu yang mana paling latest.

    ReplyDelete
  2. Hmm... setuju part scammer sibuk rindu nak call hari2. Agaknya sebab tak achieve KPI tahun ni lagi kot 😜 saya klu nampak nombor tak save call mmg haram nak angkat, lagi2 klu nombor hp.

    ReplyDelete
  3. NB tu..yg terlintas dlm otak MZ ialah new balance (brand kasut) dan new born (baby) hahahhah

    ReplyDelete
  4. Haha.. kreatif.. tp begitulah kalau anak di asrama mmg semua no public phone di sekolah kita save.. even sy yg anak harian pn save jugak no public phone sekolah

    ReplyDelete
  5. Janji faham dan tau siapa yang call kan...diorang rajin call ammi erk...kalau Dania tu...ermmmm....malas la nak cakap...

    ReplyDelete