Baju baru

Beli handphone baru 18/11/2025 tapi sehingga ke 28/11/2025 masih tak ada casing baru.  Screen protector pun tak ada.

Rekabentuk telephone ni katanya diperbuat daripada titanium yang mungkin tidak terdedah kepada keretakan, calar dan pecah, tapi tak bermakna device tak boleh pecah.  I ngeri uolls.  Masa memula sampai rumah ammi macam eh, casing telephone lama ni muatlah.  Sama pulak size dan designnya.

Tapi bila pakai casing yang ada lubang camera ok disitu baru nampak adalah perbezaannya.  Jadi kita order jelah online casing dan screen protector terus.


Ada tempat boleh letak kad kat belakang tu.  Tapi oiiii bapak an berat pulak casingnya.  Terasa beza berat sebelum dan selepas pakai casing baru ni.  Screen protector ammi beli yang jenis anti peep.  Barulah selesa nak tengok movie dalam bus tanpa risau jiran sebelah nampak ke tidak.  Ahaksss.

Pasang sendiri screen protector tu acah-acah hebat sekali ada air bubble kat tengah handphone.  Bila abah dah tolong keluarkan bubble tu ehhh tiba-tiba dia keluar bubble lagi kat tepi-tepi.  Camna ni?  

Dan nampak gaya memang kena cari casing yang lain juga.  Ammi tak selesa pakai casing yang terasa berat sangat ni.  Boleh je tak pakai casing tapi macam tak yakin je.  Selalu je ammi rasa macam handphone nak terlepas dari tangan kalau togel gitu.  


Post a Comment

0 Comments