Operasi cobek baru

Haritu ammi ada beli cobek kan dan ammi ada tanya tips untuk bersihkan cobek buat kali pertama.  Ramai yang kata sama macam cara yang ammi jumpa di Google.  Jadi ammi pun gunalah cara yang sama.

Langkah-langkah membersihkan lesung batu baru

  • Rendam: Rendam lesung batu dalam air semalaman. Jangan gunakan sabun.
  • Tumbuk beras: Keesokan harinya, semasa lesung masih basah, masukkan satu sudu makan beras ke dalamnya.
  • Gosok permukaan: Tumbuk beras sehingga ia hancur dan melapisi seluruh permukaan lesung.
  • Gosokkan beras ke permukaan menggunakan lesung itu sendiri atau dengan tangan.
  • Perhatikan perubahan warna: Teruskan menumbuk sehingga beras menjadi kelabu, menunjukkan permukaan lesung sudah bersih.
  • Bilas: Bilas lesung dengan air paip hingga bersih.
  • Keringkan: Keringkan lesung sepenuhnya sebelum digunakan buat kali pertama.


Ammi rendam cobek tu hari Khamis.  Ngam-ngam je size besen ammi ni.

Eh kita letaklah besen yang penuh dengan air ni kat tepi singki dan 2 ekor anak bulu ammi yang anak beranak tu, si Zaitun dan anaknya Nurul Aswad sibuklah nak minum air dari besen ni.  Macamlah air kat bekas minuman dorang dah kering.  Zaitun takat minum je, tapi si Aswad tu dia nampak bayang-bayang dia dalam air beriya betul dia dok kuis-kuis.

Tips kata rendam sehari tapi hari Sabtu baru sempat ammi kerjakan dengan bantuan anak teruna.  Ini salah satu cara nak build up your biceps, triceps...whatever ceps lagilah abang.  


Si Tampuk Manggis ammi yang bekerja keras demi ammi.  Setiap sudut dapur ada kain lap.  Motif betul seketul ammi ni dan kainnya.


2 round juga Khilfi buat guna beras yang baru.  Nak buat kali ketiga kami dah kesuntukan masa.  Kami ada kenduri pastu nak terus je ziarah Kyra di Segamat.

Tak sabar dah nak rasmikan cobek baru ni.  Yang paling tak sabar adalah Alip sebab sekarang ni setiap hari dia makan nasi letak sambal korek pemberian Fanny dan dah nak habis dah pun.  "Alip ada tengok kat TikTok cara nak buat sambal macam ni", katanya.  Tu diaaaaaa, dia pun cari juga cari buat sambal.  Ammi suruh buat karang mau menggelupur pijar tangan.

Post a Comment

0 Comments